Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday, 31 December 2012

Hukum Islam

Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, ".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

BERJAGA-JAGA 2013 LEBIH DAHSYAT LAGI.

William Ewart Gladstone ( 1809 – 1898 ) – mantan PM Britain zaman Queen Victoria “selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. – ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )

Saturday, 29 December 2012

Asal Dan Usul

ASAL USUL . . .
Solat 5 Waktu . . .
Sehari Semalam . . .
Ketahuilah Wahai Ummat . . .

Thursday, 20 December 2012

Jangan Kata Saya Berbohong

Tajuk post kali ini sengaja dibuat begitu supaya dihari2 akan datang tidak ada yang mengata yang bukan-bukan mengenai Silat Lintau yang saya kembangkan dan yang berkaitan dengan diri saya sendiri.

Wednesday, 19 December 2012

Konflik Malaysia - Indonesia

Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa, Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa. Adat Bersaudara, Saudara Dipertahankan, Adat Berkampung, Kampung Dipertahankan, Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan, Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan

Wednesday, 5 December 2012

PESTA SILAT NUSANTARA 2012

HARI INI... 06 DISEMBER... JAM 2 PETANG... DI GELANGGANG SENI, KOTA BHARU KELANTAN... PARA PENDEKAR DARI 10 PERTUBUHAN SILAT AKAN MEMPAMERKAN AKSI MASING-MASING....


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENYAKSIKAN PESTA SILAT WARISAN NUSANTARA YANG JULUNG KALI DIADAKAN DI KELANTAN INI.

Monday, 3 December 2012

'Ajaran Sesat Lintau' Masih Berleluasa....

Disaat ini, AJARAN SESAT yang menggunakan nama Silat Lintau masih terus berkembang dan bergiat di Malaysia. Adakah kerana JAKIM dan Jabatan Agama Islam di Negeri2 kekurangan anggota atau memang sengaja malas untuk 'follow-up' isu ini tidaklah diketahui akan tetapi isu ini sekiranya dibiarkan akan merebak dengan lebih luas lagi, menyesatkan lebih ramai umat Islam di Malaysia.

JOM KE PESTA SILAT!

Persiapan akhir untuk PESTA SILAT NUSANTARA 2012 sedang giat dijalankan oleh ahli-ahli daripada 10 Pertubuhan Silat yang menganggotai Pertubuhan Gabungan Seni Silat Nusantara Kelantan (WARIS).

Sunday, 2 December 2012

Pentingnya Pelajaran Langkah Dalam Silat Lintau.

Pentingnya langkah adalah untuk memastikan penuntut silat itu 'hidup' pergerakannya apabila bersilat. Pelajaran Langkah juga penting untuk memastikan penuntut faham dan tahu bagaimana mengaplikasikan gerak dan buah semasa bertarung.

Saturday, 1 December 2012

Chosen By God?

Bunyi macam Yahudi je... Ish... Apa nak jadi bangsa Melayu ni... Dia lupa apa yang dia katakan itu boleh makan diri balik...

Thursday, 29 November 2012

Keris - Pakaian Adat atau Pendekar?

Baru-baru ini, saya ditertawakan rakan-rakan apabila saya memberitahu mereka bahawa saya tidak memiliki keris. Ada yang sampai berkata, Guru Silat apalah Doktor ni, keris pun takda... tersinggung jugak rasa bila orang mengata begitu. Adakah dia faham apa yang dia perkatakan?

Tuesday, 27 November 2012

Kunjungan Sahabat Lama...

Lama sudah tidak mendengar khabar berita darinya... hari ini beliau ke Kelantan... sahabat lama yang sungguh baik budi pekerti dan the best of friends.... Rindu....

Friday, 23 November 2012

CINTA DAN AIR MATA

Kolej Komuniti Kok Lanas telah mengadakan program Cinta & Air Mata yang berlangsung di AURA Training Centre, Kandis, Bachok pada 20-22 November, 2012. PERSILEK telah diundang untuk membuat persembahan Silat Lintau pada 22 November.

Thursday, 22 November 2012

USAH RAGU

Keaslian Silat Lintau yang dikembangkan melalui PERSILEK sering menjadi bualan bagi ramai orang yang ingin tahu bagaimanakah 'rupa' Silat Lintau yang sebenar... 

Saya Ada Bukti...

Masih ada lagi mereka yang mempertikaikan kebenaran mengenai Silat Lintau yang ASLI. Masih ramai lagi yang mengata dan mengutuk saya. Lantak hangpa lah. Yang penting bagi saya ialah saya tau kebenarannya.

Tuesday, 20 November 2012

Berhati2 Memilih Guru Silat Lintau...

Kekeliruan mengenai Silat Lintau tidak pernah akan berakhir selagi ada pihak yang mengaku bahawa merekalah yang membawa dan mengajar Silat Lintau yang betul.

Friday, 16 November 2012

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA
13hb November 2012
“KEBEBASAN BERAGAMA”

Thursday, 15 November 2012

NASYID PALING BODOH ABAD INI?

Diharap anak2 murid tidak terpengaruh dengan benda2 karut seperti ini.

Wednesday, 14 November 2012

HIJRAH - PENGERTIAN DAN RUPA.

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh, Umar bin Khattab Radhiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barang siapa berhijrah karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah karena Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah karena dunia yang ia cari atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju. (H. R Bukhari & Muslim)

Kita Dijadikan Allah Sebagai Bangsa Melayu.

Tanpa kita sedari, kita dijadikan berbangsa-bangsa dengan sebab dan tujuan tertentu. Antaranya ialah supaya kita saling kenal mengenal diantara satu sama lain.

Tuesday, 13 November 2012

Murtad tidak termasuk dalam kebebasan beragama

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) bersama pelbagai badan ulama’ di peringkat antarabangsa sentiasa mengalukan pendirian tegas OIC bagi mewakili semua negara anggotanya di PBB dan pelbagai forum antarabangsa berhubung kebebasan agama.

Monday, 12 November 2012

Muslim Dibenarkan Untuk Murtad?

Pada 10 Julai, 2007 Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan pandangan yang jauh berbeza dengan Tun Mahathir, Dato Seri Najib Tun Razak dan UMNO secara keseluruhannya. Pandangan beliau bakal menjadikan UMNO dan golongan yang mempolitikkan ucapan Nurul Izzah menjadi bercelaru.

Benarkah Islam Menganjurkan Kebebasan Agama?


Kepada pembaca blog sekelian, apakah anda sanggup anak anda yang telah dididik dengan Al-Quran, solat, puasa sejak kecil, menukar agamanya? Apakah anda menganggap ianya sesuatu yang diharuskan dalam agama? Anda tak kisah ke kalau anak bini anda murtad? Cuba jawab di ruangan komen dibawah posting ini.

Sunday, 11 November 2012

JAKIM DIMINTA SIASAT


JAKIM dan JAIS diminta menyiasat dakwaan berhubung kemunculan wajah yang didakwa Siti Mariam (ibu Nabi Isa) disebuah hospital di Subang

Kebebasan beragama termasuk menukar agama?

Sisters In Islam atau SIS (baca: setan in islam) hari ini mengeluarkan kenyataan yang sesat dan menyesatkan Umat Islam dinegara ini. Ini jawapan kepada 'Islam is not a one-way street'

Monday, 5 November 2012

Saudi hilangkan nama Nabi Muhammad di pintu Kaabah

Kabah di Kota Makkah menjadi kiblat umat muslim sejagat. Namun, pemerintah Arab Saudi dituding berlaku bodoh dengan alasan memelihara keimanan kaum muslim.

UPDATED! Makam Rasulullah Akan Diroboh!? TERKINI! VIDEO MENGENAINYA...

Hadis Nabi: من زارني في المدينة محتسبا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahiku di Madinah dgn mengharapkan pahala; maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untk membelanya pd hari kiamat.(HR Baihaqi)

Sunday, 4 November 2012

Tragedi

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM! 
SADARLAH DARI LENA MU! 

Friday, 2 November 2012

WASIAT SAIDINA ALI BIN ABI THALIB KW.

Saidina Ali r.a., Khalifah keempat setelah dibunuh di dalam satu pengkhianatan oleh Ibnu Muljam. Peristiwa ini berlaku di Kufah, ibu negara Islam berlaku pada 17 Ramadhan.

Wednesday, 31 October 2012

Tak Tahu Doa Masuk & Keluar Tandas?

Peranan besar ibubapa ialah mendidik anak-anak sedari kecil lagi tentang adab makan, berpakaian, keluar masuk tandas dan sebagainya. Sedihnya, kini, tidak ramai yang menjalankan tanggungjawab itu. Dalilnya? Pelajar sekolah menengah tidak dapat membaca tulisan di dinding sekolah mereka. Tulisan yang ditulis diluar tandas.... Doa masuk dan keluar tandas... tidak dapat dibaca langsung.... Astaghfirullah... apa nak jadi la bangsaku ini....

Monday, 29 October 2012

Salah Siapa?

Apakah maksud yang tersirat disebalik kenyataan mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau menyatakan Melayu pengemis di tanah air sendiri?

Sunday, 28 October 2012

My Name is Khan

Oleh Md Izwan


KUALA LUMPUR, 28 Okt — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem “My Name is Khan” lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung.

Thursday, 25 October 2012

Festival Silat Nusantara Kelantan

Satu Festival Seni Silat Nusantara Kelantan akan diadakan di Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan pada 06hb Disember 2012 ini.

AIDIL ADHA

Hari Raya datang lagi. Ambillah peringatan daripada peristiwa yang berlaku di Makkatul Mukarramah lebih 2000 tahun yang lalu. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa LiLlahil Hamd.

Tuesday, 23 October 2012

Islam dihina lagi dan lagi...

Kali ini oleh Presiden MCA yang suatu ketika dahulu terlibat dalam skandal seks yang menggemparkan negara. Adoi. Hairannya, tiada demonstrasi, tiada perarakan dibuat oleh mana2 pihak. Hmm.. politik...

Monday, 22 October 2012

Silat Lintau Pendekar Talib

Samakah langkah Pendeka Talib dengan langkah yang di ajar oleh PERSILEK?

Sunday, 21 October 2012

Jenayah: Budak Tingkatan Lima 'Lemas' Dalam Hotel Dengan Pakwe

Seolah-olah takkan habis kes begini. Kes begini memang berlaku tiap hari tak kira siang ataupun malam. Dimana saja di Malaysia ini kita akan jumpa kes2 seperti ini berlaku setiap waktu. Penccegahannya? PENDIDIKAN AGAMA yang syumul dan PELAKSANAAN HUDUD, TAKZIR DAN QISAS yang sebenar.

KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA

Keputusan berpihak kepada pasukan...

Pengemis Warga Asing

Kegiatan pengemis warga asing dikesan kini di HENTIAN PUTRA. Warga asing ini tanpa segan silu menaiki bas yang penuh penumpang, menipu penumpang untuk mendapatkan wang dengan berbagai cara.

Saturday, 20 October 2012

PIALA MALAYSIA: KELANTAN ATAU ATM?

Beribu penyokong TRW turun ke Shah Alam mulai petang kelmarin untuk menyokong pasukan Kelantan dalam misi akhir merebut gelaran JUARA PIALA MALAYSIA. Di beberapa tempat, kelihatan beberapa buah kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya...

Thursday, 18 October 2012

Silat - Maksud dan Tujuan



Apakah maksud dan tujuan kita bersilat? Adakah untuk menjadi Pendekar yang gagah atau seorang yang memiliki kehebatan luar biasa? Adakah Silat serupa dengan ilmu beladiri lain?

Wednesday, 17 October 2012

Orang Mana Pun Sama Je...

Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri 9, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura.... Mana-mana pun sama je... Tak ada lebihnya orang satu negeri berbanding negeri yang lain...

Tuesday, 16 October 2012

Kenapa Kita Jadi Begini?

Apa dah jadi pada bangsaku ini. Hari-hari tiada cerita lain yang keluar didada akhbar. Kes buang bayi, dadah, rempit, murtad, sengketa politik sesama Melayu beragama Islam, rompakan, ragut, bunuh dan segala yang negatif semuanya berlaku dan dilakukan oleh anak bangsa kita sendiri?  
APAKAH DOSA KITA?

Monday, 15 October 2012

Jadilah Kelapa

Dari akar hingga ke pucuk, tiada suatu pun yang tidak boleh digunakan. Begitulah pohon Kelapa. Semasa saya disekolah, moto sekolah kami ialah Belajar Berbakti dan kebetulan pula sekolah pertama saya mengajar Silat Lintau mempunyai moto yang hampir serupa iaitu Hidup Biarlah Berjasa.

Sunday, 14 October 2012

Pesilat Sumbar Dipanggil Pelatnas

Kejuaran Dunia Pencak Silat di Thailand

Pesilat putri Sumbar Wenny Sasmitha (terjatuh)
Padang, Padek—Prestasi gemilang yang diraih pesilat putri Sumbar Wenny Sas­mi­tha pada PON XVIII Riau 2012 dengan meraih medali emas kelas B putri, mendapat gan­ja­ran besar dari PB IPSI. Dia dipanggil otoritas tert­i­ng­gi silat Indonesia itu ma­suk pe­lat­nas untuk diper­siap­kan me­nghadapi k­e­jua­ran dunia pen­cak silat di Chiang Rai, Thailand, dari 18-26 November mendatang.



Saturday, 13 October 2012

ISU PEDAS TANPA CILI - SILAT - NAZAK MENANTI MATI...

Silat sudah nazak dikerjakan oleh bangsa Melayu sendiri... Gejala sosial yang melanda umat akhir zaman ini (dadah, seks bebas & murtad) makin berleluasa, pengawalan tiada, ilmu agama tidak cukup diajar disekolah2, ilmuwan yang tidak ada tauliah majlis agama dilarang berdakwah, kuliah dimasjid2 pula tidak menekankan akidah dan budaya, sokongan alim ulama tiada (asik berpolitik sakan), budaya dipisah, dicincang, dibuang, digantikan dengan budaya dari luar negara... Pesilat pula banyak yang lebih suka menjilat dari menggigit... Itulah padahnya yang kita semua harus terima dan pertahankan sampai mati.

Friday, 12 October 2012

Bahagian II - Gejala Sosial & Penyelesaiannya

Langkah penyelesaian ditangan kita sebenarnya. Kalau kita serius untuk membendung gejala sosial yang semakin parah dalam masyarakat maka sesuatu harus dilakukan secara total untuk mengembalikan maruah bangsa dan agama yang kita cintai ini.

Jangan Tiru Aksi Kami...

Sebab apa sehingga kini saya masih belum mempamerkan Silat Lintau Pandeka Talib kepada umum? Ada sebabnya. Kekhuatiran saya akhirnya terbukti bila melihat aksi terkini sebuah pertubuhan silat yang telah meniru sebahagian daripada gerak dan langkah Silat Lintau. Kalau tangan sanggup mencincang, bahu juga harus sanggup memikul...

Gejala Sosial dan Penyelesaiannya.

Gejala Sosial Semakin Parah Namun Usaha Mengatasinya Seolah-olah Tiada. Kalau Adapun Ianya Seperti Tidak Terurus Dan Tersusun. Apakah Penyelesaian Terhadap Isu Ini?

Wednesday, 3 October 2012

Bajet 2013: Gula dan kencing manis

Antara yang menarik perhatian ramai dalam pembentangan bajet 2013 ialah pengurangan subsidi gula sebanyak 0.20 sen/kilo. Alasan yang diberikan - DIABETES atau kencing manis. Rasional kah?

Tuesday, 2 October 2012

Perlukah Hudud Dilaksanakan?

Dengan peningkatan kes jenayah yang berlaku dinegara ini maka adalah wajar pihak berwajib mengenakan Had kepada kesalahan jenayah seperti ragut, rompakan bersenjata, samun, rogol, zina dan lain-lain jenayah yang memerlukan Hudud dijalankan. Empat kes yang dipaparkan ini cukup untuk membuktikan betapa Hudud diperlukan. Anda bagaimana?

Apakah sebenarnya tujuan Innocence of Muslims dibuat?


Monday, 1 October 2012

Tahukah Anda?

Tahukah anda bahawa Almarhum Sultan Idris Shah Marhum Afifullah telah menulis titah amanat terakhir baginda 3 hari sebelum baginda mangkat pada 30 Januari 1984? Apakah kandungan titah amanat tersebut? Adakah titah amanat tersebut dilaksanakan selepas baginda mangkat?

Saturday, 29 September 2012

Bajet 2013 ~ Dimana Peruntukan Silat?

Silat adalah seni beladiri tradisional bangsa. Bila ada yang mengatakan Silat adalah olahraga kampungan berarti kita menghina diri kita sendiri.” ~ Uwa Djelly Tjaniago

Friday, 28 September 2012

Penerbit dan Pengarah 'Innocence of Muslims' Di tangkap.

The California man behind a crudely produced anti-Islamic video that has inflamed parts of the Middle East was arrested Thursday for violating terms of his probation, authorities said.

Nakoula Basseley Nakoula, 55, has been on probation for a 2010 federal check fraud conviction that brought a 21-month prison sentence. Under terms of his probation, he was not to use computers or the Internet for five years without approval from his probation officer.

Ayah Dan Ibu

 Sayangilah Ayah & Ibumu... Merekalah permulaan kita.... wali keramat... dengarlah nasihat mereka... jangan sekali-kali melawan mereka dalam apa cara sekalipun....

Thursday, 27 September 2012

Masalah kita hari ini

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud"Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
(Muttafaqun 'alaih)

Singa Padang Pasir - Omar Mukhtar


Para Syuhada di gantung... 
saksikan di minit ketiga klip video sebenar....

Wednesday, 26 September 2012

Kenapa Video Ini Masih Ada Di You Tube?

Nabi Muhammad belum jumpa jalan yang lurus? 
Nabi Muhammad seorang pedophilia? tak seimbang mental? 
Ini penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. yang berlaku DALAM NEGERI kita sendiri!!! 
Video ini di upload pada 27 Ogos 2010.

2 Wanita Islam Kongsi Sebilik dengan Jantan Afrika

Ini baru dua... sebenarnya beratus lagi yang macam ini... Islam ke apa kalau dah macam ni ?

Tuesday, 25 September 2012

Kembalikan 'Perak Man'

Lembah Lenggong telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Monday, 24 September 2012

Muak dengan

Saya muak membaca berita yang tak henti-henti dimainkan di dada akhbar samada online atau offline berkaitan filem yang tersiar di youtube yang dikatakan menghina Nabi tercinta Muhammad SAW. Bukan tujuan saya untuk membela Amerika atau Yahudi tetapi nampaknya kita masih lagi menyalahkan pihak yang tidak ada kena mengena dengan penyiaran filem tersebut.

Mana HERO Melayu?

Cerita yang menarik minggu ini? Jom ke kedutaan Nigeria....  
DEMONSTRASI BERAMAI2
Apa? taknak? Jangan gitu bang... Ini dalam negeri kita ni...

Inilah Nakoula Basseley...

Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.

Islam, Kristian dan Yahudi Sepakat...

Di Brazil, Umat Islam, Kristian dan Yahudi, sepakat mengadakan tunjuk perasaan bagi memprotes filem Innocence of Muslim karya Nakoula Bassey Nakoula, seorang Arab Mesir warganegara Amerika.

Friday, 21 September 2012

Siapa Sam Bacille?

'Sam Bacille' atau nama sebenarnya Nakoula Bassey Nakoula merupakan seorang rakyat Amerika berketurunan Mesir dan menganut agama Kristian Koptik. Nakoula kini menetap di Cerritos, California Dalam sebuah temuramah dengan Voice of America - Radio Sawa, beliau mengaku sebagai seorang graduan Fakulti Sastera dari Universiti Kaherah. Ketahui Fakta sebenar tentang beliau dan filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam diseluruh dunia. Adakah kita tersalah sasar?

Tuesday, 18 September 2012

Tanda Kiamat



Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui bila akan berlaku kiamat. Namun begitu Allah telah memberi kepada kita petunjuk di dalam Qur’an dan Hadis tentang kedatangan kiamat. Tanda kiamat dapat di bahagikan kepada dua: Tanda kecil dan Besar. Artikel ini tidak menyenaraikan kesemuanya tetapi yang paling penting terdapat di dalam nya. Kesemua tanda tanda yang dinyatakan adalah berdasarkan hadis dan Qur’an.

Friday, 14 September 2012

Bendera Hitam Sudah Berkibar!

CAIRO (AP) — Protesters angered over a film that ridiculed Islam's Prophet Muhammad fired gunshots and burned down the U.S. consulate in the eastern Libyan city of Benghazi, killing one American, witnesses and the State Department said. In Egypt, protesters scaled the walls of the U.S. Embassy in Cairo, and tore and replaced the American flag with an Islamic banner.

Sunday, 9 September 2012

Dia Sudah Ada...

Nota Pengarang: Saya menulis berdasarkan keterangan yang diambil dari sumber yang paling boleh dipercayai. Gerakan untuk menguasai tanah suci yang ketiga sedang rancak berjalan sekarang dan kempen menggerakkan bangsa tertentu untuk bangkit merealisasikan kehadiran ORANG INI sedang berlaku dalam skala yang besar diseluruh pelusuk bumi. Sedarlah wahai Umat Muhammad SAW... masanya telah tiba...

Friday, 7 September 2012

Cara dan Adab Berdoa.

Kita setiap hari berdoa kepada Allah. Bagaimana cara berdoa yang dianjurkan oleh Allah?

Tuesday, 4 September 2012

Kibar Bendera Pun Salah Ke? APTB

Bodoh betul la manusia ni kadang2. Kibar bendera pun salah ke? Kibar bendera pun jadi isu besar ke? Itulah mainan bodoh orang politik di Malaysia ni.

Asal Usul Silat

Silat merupakan seni beladiri yang berada khusus di wilayah Nusantara. Dari Selatan Thai sampai ke Singapura, dari Aceh hingga ke Sulawesi, Borneo dan Filipina, semuanya mempunyai seni beladiri yang dinamakan SILAT.

Sunday, 2 September 2012

Sang Saka Merah Putih

Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina dikenali sebagai Nusantara. Dahulu, sebelum nusantara di jajah oleh Barat, tiada sempadan diantara kita, tiada permusuhan, tiada perbezaan. Kita adalah satu. Penjajahan memecahbelahkan kita dan meletakkan garis geografi atau sempadan yang memisahkan kita. Penjajah juga berusaha dan berjaya membuat kita bermusuhan antara satu sama lain. Kita juga turut bersalah dalam hal ini kerana menerima tanpa menilai apa yang ditanam di fikiran kita oleh bangsa penjajah yang sememangnya tidak senang dengan apa yang ada pada BANGSA NUSANTARA ini.

Friday, 31 August 2012

Secebis Kisah Perjuangan - Abdullah Zawawi

Lahir di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1922, Raden Abdullah Zawawi bin Raden Haji Hamzah merupakan keturunan langsung daripada Bintoro Raden Adipati DanuRadjo (DanuRejo) atau lebih dikenali sebagai Sunan Geseng yang merupakan murid dari Sunan Kalijaga.

Sang Saka Malaya ?

Bendera negara manakah ini? 

Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu telah banyak diubah. Banyak fakta yang digelapkan dan ramai yang dihitamkan namanya dari sejarah perjuangan bangsa yang suci ini. Anak muda kini tidak tahu sejarah sebenar perjuangan bangsa mencapai kemerdekaan.

MERDEKA!?

Sejarah perjuangan rakyat Tanah Melayu (Malaya) sehingga mencapai kemerdekaan banyak dipertikaikan. Siapakah sebenarnya yang berjuang untuk kemerdekaan total dari British. Siapa penggeraknya dan bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan tanpa tumpah darah?

Thursday, 30 August 2012

ADAT BASANDI SYARAK...

ADAT BASANDI SYARAK (ABS), SYARAK BASANDI KITABULLAH (SBK)
Membangkitkan Kembali Kesadaran Kolektif Akan Nilai dan Norma Adat
dan Syariat Islam

Tangan Kiri Hampir Putus Ditetak Peragut

KOTA BHARU Rabu 29 Ogos 2012- Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini.

Wednesday, 29 August 2012

Mengisi Adat...




Mulai 1 Muharram 1434 maka berlakulah perubahan paling besar dalam sejarah Silat Lintau di Kelantan. Perubahan yang dimaksudkan adalah kembalinya segala adat istiadat Silat Lintau sepertimana yang diamalkan di Lintau, Sumatera Barat.

Sunday, 26 August 2012

Hidup Untuk Mati

Bagi saya, hidup ini untuk mati.Ingatlah pesan Imam Ghazali RA "HIDUPlah sebagaimana mau mu, tapi INGAT bahawasanya kau akan MATI

Tuesday, 21 August 2012

Majlis Sambutan Hari Raya

Pada hari Isnin, 20 Ogos 2012 Pertubuhan Seni Silat Lintau telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Silat Lintau dan jiran yang berdekatan.

Sunday, 19 August 2012

Ucapan AidilFitri Tuan Guru Menteri Besar Kelantan

Saya tulis semula (dengan sedikit suntingan) ucapan Aidilfitri YB Dato Bentara Setia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan.  

Kesedaran untuk hidup beragama seperti yang kita ketahui amat kurang dikalangan masyarakat kita sebelum ini. Alhamdulillah, kini kesedaran manusia untuk menjalani kehidupan beragama dilihat kian meningkat setelah Kelantan berjaya melaksanakan dakwah dalam pemerintahan di negeri Kelantan.

Monday, 13 August 2012

Peranan Pendekar Amat Berat

Satu perkara yang dilupakan oleh golongan pendekar ialah peranan sebenar yang harus dimainkan dalam masyarakat. Apakah sebenarnya peranan pendekar dan besar manakah peranan itu. Adakah mereka sedar tentang hal ini atau hanya pandai bermain kata-kata tanpa pelaksanaan yang jitu? Posting kali akan cuba mengupas isu ini.

Sunday, 12 August 2012

BUKA PUASA DI SMK SRI AMAN

SMK SRI AMAN, PASIR PUTEH, KELANTAN telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di Dewan SMK SRI AMAN, PASIR PUTEH, KELANTAN.

Saturday, 11 August 2012

Bantuan Hari Raya

PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU, PASIR PUTEH, KELANTAN (PERSILEK) berhasrat mengadakan kutipan DERMA/ZAKAT bagi mereka yang layak menerima bantuan zakat seperti Anak Yatim, Pelajar Maahad Tahfiz (Fi-Sabilillah), Muallaf dan Keluarga Miskin disekitar Pasir Puteh. 

Friday, 10 August 2012

Thursday, 9 August 2012

RAYUAN ZAKAT/DERMA

Hari Raya makin hampir dan Umat Islam makin sibuk untuk menyambutnya dan bergembira bersama keluarga. Namun janganlah hendaknya kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Post kali ini ingin memohon sumbangan ZAKAT/DERMA dari mereka yang prihatin kepada nasib anak yatim, pelajar miskin dan golongan muallaf di Pasir Puteh, Kelantan.

Tuesday, 7 August 2012

Hidup Ibarat Layang-layang

Begitulah keadaannya anak muda kini. Kebanyakannya hanyut di bawa arus pemodenan atau duniawi yang mengasyikkan, yang menaikkan nafsu, yang merugikan mereka tanpa mereka sedari. Siapakah yang bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan masyarakat yang hidup tanpa pedoman, ibarat layang-layang yang putus talinya...

Sunday, 5 August 2012

Apakah kamu mengira...?

Dalam keluaran lalu saya menyentuh ayat 214 Surah Al Baqarah....


Monday, 30 July 2012

Jangan kamu mengira...

Kebanyakan manusia yang hidup didunia kini lalai dan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya lalai. Mereka menyangka mereka akan masuk syurga lantaran mereka sudah Islam... Perhatikanlah Firman Allah ini semuga kita semua insaf.

Friday, 6 July 2012

Persembahan Umum Pertama Silat Lintau Kelantan.

Silat yang berasal dari Kenagarian Lintau ini diakui sebagai 'Silek Nan Tuo' atau Silat yang paling tua dialam Melayu/Minangkabau. Kontroversi mengenai Silat Lintau di Malaysia masih belum dapat diselesaikan kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Sunday, 1 July 2012

SILAT : PERMAINAN ATAU ILMU PERANG?

SILAT (سيلت) kini dipandang sebagai 'permainan' dan bukannya sebagai Ilmu Perang yang diwarisi daripada Hulubalang, Pahlawan dan Pendekar zaman dahulu yang mewarisi ilmu ini daripada para shahabat Rasulullah dan ulama salaf. 

Terdapat bukti jelas bahawa Musa Al-Kazim R.A., cucu Rasulullah S.A.W., adalah seorang Pendekar yang mempunyai gelanggangnya sendiri. Kisah Musa Al-Kazim tenggelam dengan berkembangnya sistem pendidikan yang dikembangkan oleh penjajah dan ianya menyebabkan Umat Islam keturunan Melayu kini lemah.

Wednesday, 27 June 2012

Bangsa Melayu Semakin Lemah?

Dimana pemimpin Melayu?

Akal Sihat Dalam Tubuh Yang Sejahtera

Mens Sana In Corpore Sano

Silat merupakan aktiviti yang penting dan boleh menyumbang kepada kesihatan FIZIKAL DAN MINDA  seseorang. Bersilat boleh menyihatkan tubuh badan dan menghindarkan daripada penyakit. Selain itu, bersilat seperti Silat Lintau juga dikenalpasti dapat mencerdaskan minda murid sekaligus meningkatkan mutu pelajaran murid.

Thursday, 21 June 2012

Persembahan Silat Lintau Di Pasir Puteh.

Kali pertama Silat Lintau dipertontonkan kepada umum adalah pada hari perasmian Pesta Air di Terusan Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan. Hanya dua orang pesilat yang mengambil bahagian dan kami hanya dapat beraksi selama 2 minit di hadapan KDYMM AL-SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD KE V.

Monday, 30 April 2012

BERSIH3.0 DARI KACAMATA KAMI

28/04/2012 atau lebih dikenali sebagai 428 merupakan tarikh yang menyaksikan peristiwa yang tidak ingin dilihat oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Friday, 27 April 2012

Hati-hati dengan propaganda..

Musim Pilihanraya sudah tiba... Gendang perang sudah berbunyi. Apakah PRU kali ini akan menjadi bertambah kotor seperti kata BERSIH 3.0 atau sebaliknya? Apapun, api perkauman sudah mula kedengaran dan ianya dapat dibaca di blog pro-kerajaan. 1 Malaysia menjadi slogan yang mati kerananya...

Wednesday, 25 April 2012

Cara Meningkatkan Trafik Blog Cara Pelik

Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Cara ni bagi Saya memang tak pernah tengok lagi, tapi best!Saya jumpa cara ni kat blog Kerja Sambilan. Jom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog korang!

Siapakah Yang Patut Dihukum...?

Peristiwa ini berlaku di salah sebuah Sekolah Menengah di Kelantan. Peristiwa ini menyaksikan seorang pelajar digantung dari asrama. Apakah kesalahan yang beliau lakukan? Kenapa hanya dia yang digantung sedangkan kesalahan seorang lagi pelajar LEBIH BESAR dan MEMALUKAN PIHAK SEKOLAH jika diketahui umum?

Sunday, 22 April 2012

Kesibukan

Akhir-akhir ini  saya terlalu sibuk menyebabkan kurangnya waktu yang dapat diluangkan untuk melayari Facebook atau menulis blog. Anda mungkin tertanya apakah yang menyebabkan saya sibuk begitu sekali...

Wednesday, 28 March 2012

HARI KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SMK DATO ISMAIL

Pasir Puteh - Pada 26.03.2012 SMK Dato Ismail, Pasir Puteh, Kelantan telah mengadakan HARI KEBUDAYAAN DAN KESENIAN bermula dari jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang.

Thursday, 15 March 2012

Penampilan Silek Taduang bangkeh yayasan Annur Abdul Rahman batipuh dorong perkembangan silat Tradisi

Laporan ; Mustafa akmal

Batusangkar----Salah satu upaya untuk mendorong perkembangan silat baik silat tradisi maupun silat laga disamping melalui GSB juga bagaimana bisa mendorong perkembangan silat keseluruh sasaran silek di nagari
     Upaya itulah yang terus dilakukan oleh IPSI tanahdatar ujar Ketua IPSI Tanahdatar waktu mengukuhkan pengurus IPSI Kecamatan batipuh dan penampilan silek tradisi dan silek laga  tuo silek  dilaksanakan disasaran silat taduang bangkeh yayasan Annur batipuh di jorong ladang laweh nagari batipuh baruh kecamatan batipuh.
     Ketua IPSI Kecamatan batipuh yang dikukuhkan itu adalah ketua umum HA.DT Malano khatib, ketua i. RH DT Landuang, ketua II A.DT Sikumbang, ketua III heri sidi,sekretaris Yunaidi khatik sutan,sektaris II K.ST Jo endah, bendahara  Z DT sampono,wakil bendahara zulimar dan Koordinator humas M.DT Sidi Ali. Pengkuhan itu dihadiri kepala dinas budpar pemuda dan olahraga yang diwakili adharul utama, Anggota DPRD Sumatera barat ir arkadius DT Intan bano, wakil ketua DPRD Tanahdatar Bukhari DT Tuo SE, camat batipuh, walinagari dan ketua kan nagari batipuh baruh dan tuo tuo silek dalam kenegaraian batipuh baruh dan ketua yayasan Annur abdul rahman batipuh Mustafa akmal.dt sidi ali.           
    Untuk mendorong perkembangan silat tradisi maupun silat laga perlu dukungan guru guru tuo silat sehingga bisa membangkitkan kembali silat minang. Apalagi perkembangan silek minang sudah banyak dipelajari dan dikembangkan keberbagai Negara. itu dibuktikan dengan tumbuhnya berbagai sasaran silek dari minang seperti silek silek kumango,silek tuo. Silek sungai patai termasuk silek lintau sendiri dan termasuk silek gadang yang dikembangkan di Yayasan Annur Abdul rahman dan merupakan yayasan kedua di tanahdatar yang mengembangkan sasaran silek dibawah naungan yayasan.
    Karena pola yang dikembangkan yayasan ini sangat berbeda dengan nagari lain karena disamping memiliki sasaran silat juga memiliki pondok alquran dan tidak itu setiap anak anak yang mulai berlajar silat harus membaca ayat ayat alquran dipondok tersebut sebelum mulai berlajar silat dan perhatian terhadap guru silat juga dilakulan dalam memberikan motivasi kepada guru seperti memberikan bantuan ternak dan anak anakpun berlajar secara gratis.
   Sementara itu Anggota DPRD Sumatera Barat IR Arkadius Dt intan bano sangat mendukung langkah IPSI Tanahdatar melaksanakan pengukuhan IPSI dilaksanakan disasaran Silek seperti yang dilakukan di yayasan Annur Abdul Rahman Batipuh sebagai putra daerah tanahdatar, saya sudah melihat program yang dikembangkan yayasan annur, tidak saja bidang pendidikan,alquran,adat,dan pengembangan budaya melalui silek tradisi juga mendorong ekonomi para guru dan para orang tua yang anaknya berlajar silat di Yayasan tersebut.

Monday, 5 March 2012

JANGAN PERKECIL USAHA GURU SILAT


Oleh Dr. Kamal Shah.

Belajar Silat Di Hujung Tanjung,
Bukan Sekejap Bertahun Lama,
Bersiap Jika Musuh Menyerang;
Kelantan Berdaulat Raja Dijunjung,
Menjadi Sanjungan Rakyat Jelata,
Dari Dahulu Hingga Sekarang.

Pemimpin masyarakat yang terdiri dari Penghulu, Penggawa, Yang Berhormat2 DUN dan Parlimen  diseru supaya memberi peluang kepada badan Silat untuk melestarikan seni budaya bangsa dan membentuk sahsiah golongan remaja di negeri ini.

Friday, 24 February 2012

Adat Raso Jo Pareso

Sebelum masyarakat Minangkabau mengenal dan menganut agama Islam, filsafah adatnya adalah

               Adat basandi kapado alua,
               Alua basandi kapado patuik jo mungkin.
               Raso bao naiak,
               Pareso bawo turun


Kemudian pada awal abad ke 19 sesuai dengan perkembangan, maka dibuatlah kesepakatan yang sangat mendasar sekali antara ninik mamak dengan alim ulama di bukit Marapalam. Dibukit Marapalam ini terpatri :

              Adat basandi Syarak.
              Syarak basandi Kitabulah


Namun adat tetap bersandarkan :

              Raso bao naiak
              Pareso bao turun
              Tarimolah raso dari lua
              Pareso bana raso kadalam
              Antah iyo antah indak.

Karena intisari dari adat adalah "Raso jo Pareso" Rasa takut kepada Allah, Rasa malu dan sopan terhadap sesama manusia, segan menyegani, tenggang rasa dan saling menghargai diantara sesama anggota masyarakat. Dari rasa malu timbul rasa sopan.
RASO inilah sebagai perekat dan mengikat dengan erat ditengah masyarakat dalam kehidupan semenjak fase taratak sampai fase nagari. Demikian juga fase selanjutnya, yaitu fase rantau.

              Karantau madang dihulu
              Babungo alah babuah balun
              Marantau bujang dahulu
              Dikampuang baguno balun
              Hiu bali balanak bali
              Ikan panjang bali dahulu
              Induak cari dunsanak cari
              Induak samang cari dahulu
.

Raso mambuahkan malu dan takut berbuahkan budi. Malu laksana humus dalam padang kehidupan bermasyarakat yang berfungsi sebagai biang penyubur dan sebagai dasar untuk bertumbuh kembangnya kehidupan di Minangkabau. Minangkabau bataluak budi, ranahnyo titian tanah baso . Falsafah dasar hidup masyarakat yang demikian makin mempercepat masuk dan berkembangnya agama Islam. Malu adalah sebagian dari iman sabda Rasulullah SAW, Selanjutnya ditegaskan lagi "Innamabu'itstu li utammima makaarimal akhlaq. Sesungguhnya aku diutus kata rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlaq manusia. Dengan demikian Emotional and Spritual Quotion (ESQ) yang lagi popular sekarang ini, ternyata di Minangkabau telah lama menjadi pakaian sehari hari. Tetapi bunga tulip dihalaman tetangga lebih bagus daripada bunga tulip dihalaman kita, bak pepatah Belanda.

             dima kain kabaju,
             Dijaik indaklah sadang,
             Lah takanak mangko diungkai.
             Dimalah nagari ndak kamaju,
             Adat sajati tu banalah nan hilang
             Dahan jo rantiang nan bapakai.
             Supayo jarami naknyo takerai
             Larakkan padi ditampuaknyo
             Supayo nagari naknyo salasai
             Latakkan sesuatu ditampaiknyo.
             anak urang koto hilalang
             pai kapakan baso
             Malu jo sopan kalau lah hilang
             Hilanglah raso jo pareso
             Rarak limau dek binalu
             Tumbuah sarumpun jo siakasek
             Kalau hilang malu jo sopan,
             Nan bak kayu lunnga pangabek
             Dek ribuik rabahlah padi
             Dicupak nak urang canduang
             Hiduik kalau indak babudi
             Duduak tagak kumari tangguang
             Talangkang carano kaco
             badarai carano kandi
             Bareh nan samo dirandang
             Baganggang karano dek raso
             Bacarai karano dek budi
             Itu nan samo kito pantangkan
             Nan merah iyolah sago
             Nan kuriak iyolah kundi
             Nan indah iyolah baso
             Nan baiak iyolah budi
             Pulau pandan jauah ditangah
             Dibaliak pulau si angso duo
             Ancua badan dikanduang tanah
             Budiak baiak dikana juo.
             Pisang ameh bao balai
             Masak sabuah dalam peti
             Hutang ameh buliah di bayia
             Hutang budi dibawo mati.

Begitu pentingnyo raso jo pareso, maka adat Minangkabau menuntun masyarakatnya untuk menanam raso malu dengan raso sopan. Raso takut terhadap Allah SWT raso malu terhadap sesama manusia, malu antara lelaki dan perempuan, malu antaro sumando dengan mamak rumah, malu antara mertua dan menantu, malu berbuat sumbang salah, malu melanggar aturan adat, malu melihat kalau ada tetangga merintih kelaparan, malu berbuat tidak sopan, malu kalau kalau hati orang lain terluka, malu kalau kalau terambil hak orang lain dan lain sebagainya.
Bahkan raso malu dikaitkan dengan harta benda, Harta dapat dibagi tapi malu tidak dapat dibagi. Bagi mereka yang tidak memakaikan raso jo pareso dan malu  jo sopan disebut dengan yang tidak tahu di nan ampek, indak tau diatah takunyah, indak tau disuduik kancah.
Raso jo pareso dan malu dengan sopan dapat diperoleh dari didikan orang tua dirumah terutama sekali dari ibu/bundo kanduang. Bundo kanduanglah limpapehrumah gadang, acing-acing dalam nagari. Tampaik maniru dan manuladan, kasuri tuladan kain, cupak tuladang batuang. Tampaik pa aja baso dengan basi pendindiang malu jo sopan. Bundo kanduanglah yang harus gigih mendidik anaknyo rajin sekolah dan mengaji supaya kelak menjadi anak yang beraklak dan beriman tangguh, narako jalan tabantang sarugo jalan batampuah, karano kalau karuah aiadihulu biasonyo karuah pulo kahilia. Kalau kuriak induaknyo, rintiak anaknyo, karano cucuran atok jatuahnyo ka palambahan.
Inilah yang diperingatan oleh Allah SWT dalam firmanNya pada surat Anisaa ayat 9. Dan hendaklah (orang tua) mereka menjaga jangan sampai meninggalkan anak yang lemah dibelakang hari, yang dikawatirkan akan sengsara (karena kehilangan pegangan). Oleh karena itu hendaklah ia patuh kepada Allah dan hendaklah mengatakan/mengajarkan perkataan yang benar dan sabda Rasulullah SAW, beri ilmulah anakmu, sesungguhnya zaman yang kamu lalui tidak lagi akan ditemui anakmu nanti.

Sedang dalam pelaksanaan "nan ampek" dalam masyarakat diperlukan aturan, agar tidak keluar dari baris dan menimbulkan cemooh dalam masyarakat. Malabiah ancak ancak, mangurangi sio sio, bayang baying sapanjang badan, sasuaikan patuik jo mungkin, letakkan sesuatu pada tempatnya.
Aturan aturan tersebut tertuang dalam nan barih balabeh, nan bacupak bagantang, cupak nan 12 taia, gantang nan kurang duo lino puluah.

Masing masing komponen masyarakat harus memahami posisi dan funsi serta sifatnya dalam masyarakat, apakah sebagai mamak, kemenakan, mamak rumah, urang sumando, niniak mamak, alim ulama, cadiak pandai, bundo kanduang atau urang mudo mantah. Kalau kita memahami semua itu maka inilah yang dikatakan orang arif budiman lagi jauhari bijaksana pandai maninbang tau manjalankan.

Sumber :  Surek kaba Anak Nagari SUNGAI PUA edisi 02 Januari 2003.
Disadur oleh : Dewis Natra

Sunday, 19 February 2012

"Tersadung lilin, terbakar kampung: Keculasan guru koku membunuh silat"

Untuk renungan:

  1. Kenapa sikap guru KOKU Silat berlainan daripada guru KOKU lain
  2. Apakah pandang umum tehadap silat yang menyebabkan keculasan itu
  3. Bagaimana kita dapat membetulkan keadaan?

Wednesday, 15 February 2012

Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan

Bermula tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan supaya dasar 1 murid 1 sukan dilaksanakan di sekolah2.

Thursday, 9 February 2012

Kursus Kejurulatihan Silat Lintau

Seramai 10 orang telah menghadiri Kursus Kejurulatihan Silat Lintau di Gelanggang Utama PERSILEK di Pasir Puteh, Kelantan.


Monday, 6 February 2012

Maulidur Rasul: Cukupkah dengan bersolawat dan berarak?

Hanya air mata yang mengalir bila mengenangkan susah payah baginda Nabi SAW dalam mengembangkan Islam... betapa deritanya sahabat baginda seperti Bilal bin Rabah dan ramai lagi diwaktu permulaan Islam...

Betapa hancurnya hati ini melihat keadaan umat Muhammad SAW hari ini... Umat yang tidak tahu apa-apa tentang Islam...

Thursday, 2 February 2012

Perginya seorang pejuang...


Beliau meninggal pada jam 5.37pm pada 31.01.2012 selasa.Semasa saat akhirnya sedang tenat,beliau d temani isteri,anak2 dan sanak saudara terdekat.Semoga arwah tergolong dikalangan org yg beriman..Amin..
Length: ‎1:49

Sunday, 29 January 2012

Terima Kasih Bupati...

Pada 25hb Januari 2012 PERSILEK telah menerima sumbangan daripada Pemerintah Daerah Tanah Datar, Yth, Bupati M. Shadiq Pasadigoe.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh ibu Eti, wakil Bpk. Bupati ke Malaysia di LCCT Sepang.

Bantuan diperoleh karena Shadiq sangat respons terhadapnya waktu dia berkunjung ke Lintau untuk mencari silsilah silek Lintau ke Tanahdatar.
Dr. Kamal menandatangani surat penerimaan barangan.











Monday, 23 January 2012

Tahniah...

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PELAJAR YANG TELAH MENGIKUTI KURSUS PELESTARIAN DAN PEMANTAPAN SILAT LINTAU DI S.T. KLUANG
20-22 JANUARI 2012

Monday, 16 January 2012

Kursus Pelestarian Silat Lintau II

Satu kursus pelestarian Silat Lintau II akan diadakan seperti berikut:

  • Tempat: Sekolah Tinggi Kluang, Johor.
  • Tarikh: 20 - 22 Januari, 2012
  • Masa: 8:00 pagi - 11.30 malam
Kursus tersebut akan di kendalikan oleh Jurulatih yang bertauliah dari Ibu Pejabat PERSILEK. Mereka adalah
  • Khairuddin bin Ismail
  • Wan Abdul Rahman W. Tayit
  • Abdul Hannan b Anuar
  • M. Kamal b Mat Junoh
Kursus dijalankan dalam bentuk bengkel berkumpulan. Peserta akan diajar:
  1. Langkah Sembah dan Tari 
  2. Balabeh dan Menghantar
  3. Sambutan Tangan
  4. Sambutan Kaki
  5. Kuncian
Kesemua peserta akan diberi Sijil dari PERSILEK.


Sekian di maklumkan dan terima kasih


Zamri b Abdul Aziz
S/U Agung PERSILEK

Sunday, 15 January 2012

BAB IV PERATURAN ADAT

1. Pemberian Gelar

Sesuatu yang khas Minangkabau ialah bahwa setiap laki-laki yang telah dianggap dewasa harus mempunyai gelar. Ini sesuai dengan pantun adat yang berbunyi sbb :

Pancaringek tumbuah di paga
Diambiak urang ka ambalau
Ketek banamo gadang bagala
Baitu adaik di Minangkabau

Ukuran dewasa seorang laki-laki ditentukan apabila ia telah berumah tangga. Oleh karena itulah untuk setiap pemuda Minang, pada hari perkawinannya ia harus diberi gelar pusaka kaumnya. Menurut kebiasaan dikampung-kampung dulu, bagi seorang laki-laki yang telah beristeri rasanya kurang dihargai, kalau ia oleh fihak keluarga isterinya dipanggil dengan menyebut nama kecilnya saja.

Penyebutan gelar seorang menantu, walaupun dengan kata-kata Tan saja untuk Sutan atau Kuto saja untuk Sutan Mangkuto, telah mengungkapkan adanya sikap untuk menghormati sang menantu atau rang sumandonya. Ketentuan ini sudah tentu tidaklah berlaku bagi orang-orang tua pihak keluarga isteri yang sebelumnya juga sudah sangat akrab dan intim dengan menantu atau semendanya itu dan telah terbiasa memanggil nama.

Setiap kelompok orang seperut yang disebut satu suku didalam sistim kekerabatan Minangkabau mempunyai gelar pusaka kaum sendiri yang diturunkan dari ninik kepada mamak dan dari mamak kepada kemenakannya yang laki-laki. Gelar inilah yang diberikan sambut bersambut kepada pemuda-pemuda sepersukuan yang akan berumah tangga. Karena itu pemberian gelar untuk seorang pemuda yang akan kawin, harus dimintakan kepada mamaknya atau saudara laki-laki dari pihak ibu.

Selain dari mengambil gelar dari perbendaharaan suku yang ada dan telah dipakai oleh kaumnya sejak dahulu, maka gelar untuk seorang calon mempelai pria dengan persetujuan mamak-mamaknya juga dapat diambilkan dari persukuan ayahnya atau dari dalam istilah Minang disebut pusako bako. Dan yang tidak mungkin atau sangat bertentangan dengan ketentuan adat ialah mengambil gelar dari pihak persukuan calon isteri, karena dengan demikian calon mempelai pria akan dinilai sebagai perkawinan orang sesuku.

Ketentuan untuk memberikan gelar adat kepada pemuda-pemuda yang baru kawin ini, tidak hanya harus berlaku dari rang sumando atau menantu-menantu yang memang berasal dari suku Minangkabau saja, tetapi juga dapat diberikan kepada orang semenda atau menantu yang berasal dari suku lain. Kepada menantu orang Jawa, orang Sunda bahkan kepada menantu orang asing sekalipun. Karena gelar seorang menantu sebenarnya lebih berguna untuk sebutan penghormatan dari pihak keluarga mempelai wanita kepada orang semenda dan menantunya itu.

Gelar yang diberikan kepada seorang pemuda yang akan kawin, tidak sama nilainya dengan gelar yang harus disandang oleh seorang penghulu. Gelar penghulu adalah warisan adat yang hanya bisa diturunkan kepada kemenakannya dalam suatu upacara besar dengan kesepakatan kaum setelah penghuluvyang bersangkutan meninggal dunia. Tetapi gelar untuk seorang laki-laki yang akan kawin dapat diberikan kepada siapa saja tanpa suatu acara adat yang khusus.

Pada umumnya gelar untuk pemuda-pemuda yang baru kawin ini diawali dengan Sutan. Seperti Sutan Malenggang, Sutan Pamenan, Sutan Mangkuto dsb.

Ada ketentuan adat yang tersendiri dalam menempatkan orang semenda dan menantu-menantu dari suku lain ini dalam struktur kekerabatan Minangkabau. Bagaimanapun para orang semenda ini, jika telah beristerikan perempuan Minang, maka mereka itu oleh pihak keluarga mempelai wanita ditegakkan sama tinggi dan didudukkan sama rendah dengan menantu dan orang semendanya yang lain. Karena itu kalau sudah diterima sebagai menantu, masuknya kedalam kekeluargaan juga harus ditetapkan secara kokoh dengan mengikuti ketentuan-ketentuan yang sama. Ini sesuai bunyi pepatah-petitih Minangkabau :

Jikok inggok mancangkam
Jikok tabang basitumpu

Artinya segala sesuatunya itu haruslah dilaksanakan secara sepenuh hati menurut ketentuan-ketentuan yang berlaku.

Nah, untuk semenda yang datang dari suku lain ini, pemberian gelar juga tidak boleh diambilkan dari perbendaharaan gelar yang ada dalam kaum ninik mamak mempelai wanita, karena jatuhnya nanti juga jadi perkawinan sesuku. Tetapi dapat diambilkan dari perbendaharaan gelar yang ada di keluarga ayah mempelai wanita atau disebut juga dari keluarga bako.

Atau bisa juga menurut prosedur yang agak berbelit yaitu calon menantu dijadikan anak kemenakan dulu oleh ninik mamak suku lain yang bukan suku mempelai wanita, kemudian ninik mamak suku yang lain ini memberikan gelar adat yang ada disukunya kepada calon orang semenda itu.

Pemberian gelar untuk calon menantu inilah, baik ia orang Minang maupun orang dari suku dan bangsa lain, yang wajib disebutkan pada waktu berlangsungnya sambah-manyambah dalam acara manjapuik marapulai. Hal ini ditanyakan oleh juru bicara rombongan calon mempelai pria yang menanti. Kemudian disebutkan pula secara resmi ditengah-tengah orang ramai setelah selesai acara akad nikah secara Islami. Inilah yang disebut dalam pepatah petitih :

Indak basuluah batang pisang
Basuluah bulan jo matoari
Bagalanggang mato rang banyak

Pengumuman gelar mempelai pria secara resmi setelah selesai acara akad nikah ini sebaiknya disampaikan langsung oleh ninik mamak keluarga mempelai pria, atau bisa juga disampaikan oleh pembawa acara. Dalam pengumuman itu disebutkan secara lengkap dari suku dan kampung mana gelar itu diambilkan.


Saturday, 14 January 2012

"Kalau nak sebar pun tinggal mike je lagi..."

Oleh: Dr. Kamal Shah
Presiden & Guru Utama
Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan
Malaysia

"Kalau nak sebar pun tinggal mike je lagi..." Begitulah antara mesej yang saya terima di handphone saya dari Almarhum Shabudin Ahmad (Yop Din) beberapa bulan sebelum beliau kembali ke Rahmatullah... AL- FATIHAH untuk Yop Din...

Almarhum merupakan seorang yang ikhlas dalam mengembangkan Silat Lintau yang asalnya dikembangkan di Malaysia ini oleh Pendekar Talib yang datang dari Lintau. Yop Din berguru dengan ramai orang antaranya ialah dengan Tok Ki Baharom dan Pak Alang Amat. 

Sebelum Yop Din 'stroke' tempohari, beliau telah meminta saya berjanji untuk terus mengembangkan Silat Lintau ini supaya ilmu ini tidak mati. Saya telah memberikan janji saya kepada Yop Din dan AMANAH ini saya tanggung bukan kerana mencari nama dan pangkat atau gelaran tetapi hanya menjalankan AMANAH yang diberikan oleh Almarhum.

Saya bukan lah orang yang pandai seperti yang selalu saya beritahu anak2 murid sejak mengajar di Kelantan ini pada tahun 1995 lagi. Namun, keinginan untuk melihat Silat Lintau ini terus berkembang menyebabkan saya terus berusaha untuk melestarikannya di Kelantan. 

Saya tetap akan berusaha untuk melaksanakan AMANAH yang diberikan walaupun saya dicerca dan dihina oleh pihak tertentu. AMANAH adalah sesuatu yang berat untuk dipikul dan sebaik mungkin saya akan menjalankannya dengan pertolongan ALLAH. Kepada Allah saya pasrah agar saya diberi kekuatan dan kemampuan untuk memberikan yang terbaik kepada anak murid di seluruh Malaysia. 

Silat Lintau mempunyai keunikan yang tersendiri yang tidak boleh dan tidak akan dipertontonkan kepada masyarakat umum. Apa yang di pertontonkan adalah kesenian dari Silat Lintau itu. Rahsia Gerak dan Langkah dalam Silat Lintau hanya diketahui oleh pengamalnya setelah melalui pelajaran yang mengambil masa yang agak panjang. Bukan semua murid boleh memilikinya. Hal ini adalah untuk menjamin kesinambungan Silat Lintau ini diperturunkan kepada mereka yang diyakini dapat menjalankan AMANAH dengan baik. 

Kepada ahli PERSILEK dan pencinta Silat Lintau di MALAYSIA dan INDONESIA, marilah bersama kita berusaha agar Silat Lintau ini dapat terus bersinar di Malaysia dan di seluruh dunia.

Musuh Tidak Ku Cari, Bertemu Musuh Pantang Mengelakkan.

Saturday, 7 January 2012

Lintau FM - Rentak Muzik Nusantara

Dalam usaha untuk melestarikan Silat Lintau di Malaysia, PERSILEK kini mengaktifkan kembali siaran Lintau FM. Radio Internet Lintau FM yang sudah lama tidak ke udara kini aktif kembali dalam bentuk baru. Siaran ujian selama sebulan melalui caster.fm akan bermula pada malam ini jam 9:00 malam waktu Malaysia. 


Lintau FM akan memainkan lagu2 lama dan baru dari Malaysia dan Indonesia disamping lagu2 Inggeris, Hindi, Arab dan koleksi lagu2 Nasyid. Selain itu, Lintau FM juga akan menyiarkan siri Pituah Adat Minangkabau. 


Lintau FM juga menyediakan ruangan permintaan lagu kepada para pendengar semua.  Dengarlah siaran Lintau FM - Rentak Muzik Nusantara... 


Siaran Lintau FM dapat di akses melalui www.silatlintau.caster.fm/ dan anda akan dapat membuat permintaan lagu di laman www.facebook.com/LintauFM