Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday 20 September 2012

Di sebalik filem ‘Innocence of Muslim’

MARAH!!! ?

Kita semua marah, saya pun berasa juga marah... Saya tiada wang berjuta untuk saya berikan kepada sesiapa yang dapat membunuh pembuat video yang menghina Rasulullah wa Habibullah. Kalau saya berpeluang maka saya tentu akan membunuhnya...  tapi kemudian kemarahan saya beralih daripada marah kepada Nakoula kepada pemimpin dan umat Islam yang sebenarnya menjadi punca golongan kuffar berani memijak kepala kita. 

APA MASALAH SEBENARNYA?

Masalah sebenarnya adalah kita. Kita yang menyebabkan mereka berani bertindak sesuka hati. Kita yang memberi ruang kepada mereka untuk menyerang kita. Kita yang mengajar golongan kuffar menghina Nabi. Kita... Ya... Kita lah yang sebenarnya bersalah... kerana apa? Kerana salah satu sebabnya ialah kita sendiri yang menghina pewaris Nabi SAW. Bukankah Ulama itu pewaris Nabi? Habis tu kenapa kita sendiri yang buat gambar macam ni? Bukankah menghina ulama itu sama seperti menghina Rasulullah? And you call yourselves Muslims? Bullsh*t!!!

Ini bukan perbuatan Yahudi atau Nasrani tetapi oleh orang yang mengaku Islam.

Satu lagi perbuatan yang disukai golongan kuffar. Thank you stupid Muslim.

Kenyataan oleh orang Islam? terhadap Ulama. Bukankah Ulama itu pewaris Nabi? Menghina Ulama sama jugak dengan menghina Nabi? Kenapa Pemuda UMNO tak buat demonstrasi?

Tak betul lagi ke kata saya bila saya salahkan diri kita sendiri? Umat Islam sendiri (entah solat atau tidak tak tau la) yang berani sumpah seranah alim ulama dalam negeri ini. Esok Jumaat nak berarak kat Kedutaan US? Tak payahla... Kamu sendiri yang hina Nabi kenapa marahkan kuffar buat benda yang kamu buat sejak bertahun-tahun dalam negeri ini? 

Memang kita salah... Memang kitalah puncanya maka golongan kuffar makin berani. Kita yang ajar mereka buat begitu. Sebelum ini pernah timbul kisah lukisan yang menghina Nabi... tapi pada waktu yang sama adakah kita ingat bahawa dalam negara kita pun orang Islam menghina Hukum Allah dan Rasul serta mencaci maki Ulama jauh sebelum lukisan itu dibuat? 

Kita yang salah... kerana apa?

Kerana kita lupa... kerana kita tidak menuntut ilmu yang sepatutnya kita tuntut. Kita buang kitab lama dan ambil kitab baru. Kita tinggalkan pandangan Mujtahid dan mengambil pandangan dan fatwa orang yang kemudian. Sedangkan pandangan, ilmu dan amalan para Mujtahideen itu sepatutnya diutamakan.

Kita yang bersalah... kerana terlalu sibuk dengan internet dan facebook, twitter dan yang seangkatan dengannya... bukannya berdakwah melalui segalanya tapi meluahkan perasaan cinta, benci, marah, hinggakan pakai seluar dalam warna apa pun nak beritahu kat orang dalam Facebook... Memalukan....!

Kita yang bersalah... kerana kita lalai dan lupa....
Kita yang bersalah... kerana kita tidak menjadi sebaik-baik ummah seperti Firman Allah:

 3:110

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik ummah yang keluar dari kalangan manusia yang ramai, sekiranya kamu mengajak kepada kebaikan dan melarang daripada segala perkara yang mungkar (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. 

Apakah kebaikan yang kita anjurkan? Apakah kemungkaran yang kita cegah? Kalau sekadar mencegah dalam hati dan berdoa, adakah itu cukup? Bukankah mencegah dengan TANGAN dan LISAN itu lebih aula? 

Oops... baca betul-betul... Nabi S.A.W. bersabda supaya kita mencegah... bukan


عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman Hadis sahih riwayat Muslim

Mencegah! Mencegah bererti perbuatan yang dicegah itu belum lagi dilakukan... betul ya begitu?

Pernahkah kita melakukan apa-apa secara kolektif untuk mencegah Kristian dan Yahudi daripada menghasut, memfitnah, mencaci maki Allah, Quran, Nabi, Ulama dan Umat Islam itu sendiri?Apakah yang kita lakukan selama ini? Mungkin ada yang menjawab, apa yang boleh kita lakukan kerana mereka (musuh Islam) menguasai media dan sebagainya. Itu bukan jawapannya saudara. Itu sajakah yang dapat kita katakan? Apakah kita ni lemah sangat hingga tak mampu untuk bangun secara kolektif untuk keluar dari kelompok manusia yang ramai... keluar untuk berdakwah... keluar untuk menyeru manusia seluruhnya kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran serta mengajak mereka kepada ISLAM? Lemah sangat ke kita ni atau adakah kita TAKUT? Takut kalau keluar berdakwah nanti susah nak makan? Islam tak ajar kita berfikiran sebegitu. 

 
Why are You Afraid to Speak about Islam - Be Proactive by SHeikh Khalid Yasin

Hakikatnya saudara sekelian ialah, kita sendiri lalai dan lupa akan tugas dan tanggungjawab kita yang paling utama dan kita tinggalkan seruan Allah kepada kita. Lain yang disuruh, lain yang dibuat... Kita lebih banyak menumpukan kepada soal politik sedangkan hal selainnya kita lupa. Pergi lah ke masjid anda setiap Jumaat dan dirikanlah Solat Jumaat... dan dengarlah apa yang dibaca oleh Khatib yang berkhutbah... jangan tidur pula... Bilakah kali terakhir anda mendengar Khatib memberi peringatan tentang DAJJAL? 

Kita sendiri yang bersalah kerana tidak pernah bersikap ProAktif malah selalu mengambil sikap REAKTIF... Tontonlah video diatas.... 

I rest my case for now...

No comments:

Post a Comment