Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Saturday, 18 August 2012

Qiam with me Vs Iktikaf di masjid ikut style Nabi

Di petik komen ini dari Facebook. Cer baca... Tapi jangan marah...
Qiam with me Vs Iktikaf di masjid ikut style Nabi

Den terlihat iklan ‘Qiam with me’ tajaan Sultan Kelantan dlm fb. Wah bagos la, kato hati den. Den ingatkan qiam kek masjid sbb berdasarkan tarikh ia berado dlm 10 mlm terakhir ramadhan. Den tak perasan pulak di mano venue qiam tersebut diadokan. Bilo gambar ribuan org qiam bersamo Sultan Kelantan disebarkan dlm fb, baru den tersedar ia bukan dilakukan dlm masjid sebaliknya di istano baginda sendiri. Wadehel?!

1] Bagi yg tahu, sunnah yg nabi tak ponah tinggal bilo tibo 10 mlm terakhir ramadhan ialah beriktikaf di masjid. Tetapi malang bg org melayu, sunnah ini lah diorg selalu tinggal. Sunnah org melayu bilo tibo 10 hari terakhir ramadan ialah shopping, kacau dodol, menganyam ketupat, bakar lomang dan berebut-rebut boli tiket bas & AirAsia utk pulang ke kampung. Terawih tah ke mano, jemaah solat isyak lagi la hancur. Apo tah laie cito2 mengejar mlm lailatulqadar yg lobih baik drpd 1000 bulan, toksah harap la bai.

2] Sepakat majoriti ulamak bhw iktikaf kono buek kek masjid jami’ atau masjid rasmi yg mano bulih didirikan solat jumaat di dlm nya. Bukan kek rumah. Rumah nabi dan masjid hanyo dipisahkan dgn sebuah dinding. Tapi still nabi beriktikaf di masjid rather than rumah ey. Malah, nabi siap hulur kepalanya utk disikat oleh A’isyah, isteri nabi demi menjago kedudukannya kokal berado dlm bahagian masjid, manokalo A’isyah menyikat rambut nabi dlm bahagian rumah. Nabi bulih je sikat rambut dlm rumah sbb rumah nabi dgn masjid teramat la dekat tapi nabi mengajar umatnya bhw bertapa pentingnya posisi iktikaf perlu dlm masjid. Iktikaf MESTI di DALAM LOKASI masjid! Ia berdasarkan hadis yg direkodkan sendiri oleh A’isyah :

"Ketika nabi beriktikaf, baginda menghulurkan kepalanya kpd ku lalu aku pun menyikat rambutnya. Baginda tidak masuk ke dlm rumah kecuali krn hajat manusio semato2” – muttafaqunalaihi & lafaz menurut Muslim, jil: 1, mukosurat: 244

3] Ulamak drpd 4 mazhab bersepakat bhw hukum beriktikaf pd10 mlm terakhir ramadhan adolah sunat muakkad. Ini korang bulih nilai sendiri dalil berdasarkan hadis2 yg dilaporkan oleh isteri nabi sendiri iaitu A’isyah. Hadis2 tersebut ialah :

i) "Rasulullah S.A.W bersungguh-sungguh beribadat pd masa 10 akhir ramadan berbanding waktu-waktu lain” – riwayat Muslim: hadis no. 1175

ii) "Apabilo masuk 10 akhir ramadan, Rasulullah S.A.W akan mengikat kemas kainnya (tidak bersetubuh dgn para isterinya). Baginda menghidupkan malamnya & mengejutkan para isterinya supaya beribadat bersamanya” – riwayat Bukhari & Muslim

iii) "Nabi selalu beriktikaf pd 10 akhir ramadan sehinggalah baginda wafat. Kemudian para isteri baginda pula beriktikaf selepas kewafatan baginda” – riwayat Bukhari: hadis no. 2026 & riwayat Muslim: hadis no. 1772

Ini dikuatkan lagi dgn hadis yg direkodkan oleh Abu Hurairah r.a iaitu salah seorg sahabat nabi yg kuat hafalannya. Hadis tersebut berbunyi :

"Nabi beriktikaf pd setiap ramadan selamo 10 hari. Pd tahun kewafatannya, baginda beriktikaf selamo 20 hari” – riwayat Bukhari: hadis no. 2044

Dan korang kono iktikaf dlm masjid. Bukan dlm istano. Bukan den cakap tapi Allah sendiri yg cakap. Korang nak tgk black & white? Nak tgk bukti? Meh sini tgk :

".....sedangkan kamu beriktikaf dlm masjid-masjid” – Surah al-Baqarah: ayat no.187

4] Bilo den update status fb berkenaan isu ini dlm nada sinikal, ramai kenkawan yg tersalah anggap. Status fb den berbunyi :

” Eh ado fatwa baru kor? Setahu den iktikaf ni kek masjid. Mano ado istilah iktikaf kt istano. Ado pahalo khusus kor bilo iktikaf kek istano? Kan elok qiam yg ribu2 org tu buek kek masjid rather than istano. Mano lagi agung & afdol, rumah sultan (istano) atau rumah Allah (masjid)? Status ni xdo kono mengono dgn kelantan. Ngeee . . . :-P”

Kenkawan ingat den tersilap baco tajuk program Sultan Kelantan tersebut. Sikit pun den tak tersilap bai. Status fb ini bertaraf sindiran. Kono read between the line. ngeee

5] Dalam iktikaf ado qiamullail atau solat tahajud. Dalam qiamullail tak semestinya ado iktikaf. Kau bulih qiam kek mano-mano shj yg kau suko hatta dlm guo sekalipun tanpo mengiro hari atau bulan. Allah ado memberi penerangan ttg qiamullail kpd kito manusio seperti yg tertulis dlm al-Quran :

"Lakukan qiamullail walaupun sedikit (samo ado sebahagian mlm atau kurang drpd itu" - Surah al-Muzzammil: ayat no. 2

Tapi bilo masuk 10 terakhir Ramadan, kau kono qiamullail iaitu beriktikaf dlm masjid. Hukumnya sunat muakkad (rujuk balik point no. 3). Qiamullail ni bermaksud solat malam. Kau kono tido dulu baru bulih mendirikan qiamullail/tahajud. Bilo masuk bulan Ramadan ia dipanggil Qiam Ramadan. Maksud samo cumo tukar istilah. Solat terawih jugo dipanggil sbg qiam Ramadan.

Sudah menjadi kebiasaan umat Islam sedunio semaso beriktikaf 10 mlm terakhir Ramadan mrk melakukan amal ibadat seperti bertasbih, bertahmid, berzikir, membaco al-Quran, tadarus al-Quran, solat sunat, solat tahajud, qiamullail, mengulangkaji kitab2 hadis, byk berdoa, belajar, mengajar & sebagainya. Tetapi ibadat yg paling utamo antara ibadat2 tadi ialah qiamullail. Time 10 terakhir ramadan ini lah yg membawa kpd kemuncak tertinggi darjat qiamullail.

Apsal darjat qiamullail mencapai kelas VVIP time iktikaf 10 terakhir ramadan dan tidak pd waktu2 lain? Jwbnya, nabi tak ponah meninggalkan qiamullail kecuali satu mlm tetapi bilo masuk 10 mlm terakhir ramadan, nabi super extra bersungguh2 mendirikan qiamullail. Antara bukti kesungguhan baginda yg tak ponah berdosa ini ialah solat tahajudnya atau qiamullailnya semakin lamo semakin panjang dari satu malam ke malam yg lain sepanjang 10 mlm terakhir ramadan berlangsung. Ia telah dibuktikan dlm memori sahabat nabi yg bernamo Nukman bin Basyir r.a dlm catatan berikut :

“Kami dapat melakukan qiam Ramadan bersamo Rasulullah S.A.W pd mlm ke-23 ramadan sehingga sepertigo mlm. Kemudian pd mlm ke-25, kami bersamo baginda sehinggo separuh mlm & pd mlm ke-27, kami berqiam sehinggo hampir tamat waktu sahur” – riwayat Ibn Khuzaimah: hadis no. 2204 dgn sanad yg hasan.

6] Menunjukkan bertapo mustahaknya beriktikaf dlm masjid utk 10 mlm terakhir Ramadan, isteri nabi ponah bikin khemah dlm masjid. Jgn terperanjat bai, ia menurut sunnah nabi krn A’isyah r.a ponah bg khemah kpd nabi semaso baginda beriktikaf di dlm masjid. Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Dingatkan sekali lagi, masjid dan rumah nabi hanyo dipisahkan dgn sebuah dinding shj. Kalau nak ikutkan buek apo nabi susah2 badan bikin khemah dlm masjid padahal rumah baginda di sebalik dinding masjid yor? Tido yolah dlm rumah tu, karang qiamullail/tahajud masuk balik masjid. Kan mudah. Tapi nabi tak buek mcm tu geng. Ini menunjukkan nabi sengajo berbuat demikian utk ditunjukkan kpd umatnya bhw 10 mlm terakhir ramadan PERLU berado di dalam masjid & bukan tido sebolah bini kek rumah.

Korang bulih tiru sunnah ni dgn memasang khemah kecil di penghujung atau sudut-sudut masjid. Jgn la dirikan khemah camping korang kek dewan solat atau tmpt org solat. Itu kurang ajar namo ey. Grrrr….

7] Wlpn org melayu sibuk bershopping dlm 10 hari terakhir Ramadan, masih ado lagi insan-insan yg sudi ke masjid utk beriktikaf. Pujian & tahniah den ucapkan. Tetapi ado sebahgian korang beriktikaf dlm masjid mendatangkan kemarahan kpd den & para jemaah masjid yg lain. Antara isu yg menyobabkan mrk baran ialah :

i) Tidur takdo alas atau hamparan. Mako air liur basi korang automatik kono karpet masjid. Kalau tidur atas sejadah masjid lagi kurang ajar bai. Cukuplah peta2 dunio yg ado kek bilik den. Tak payah la korang tambah laie kek masjid.

ii) Tidur bergelimpangan merato-rato tmpt dlm masjid. Cubo tgk gmbr kek atas. Apo korang ingat masjid ni pusat pemindahan mangso-mangso banjir kor? Bilo korang tido xdo displin mcm ni ia akan menyobabkan ruang utk bersolat makin sompit dlm masjid.

iii) Kes klasik. Bilo berak tolong pam tandas. Kami tak hingin pun melihat submarine scorpene yg tak mahu tonggolam tu bai. Tolong lah jago kebersihan tandas masjid!

8] Ajk masjid tmpt den pulak hanyo provide makanan sahur pd mlm2 ganjil 10 terakhir ramadan. Ini menyobabkan jumlah org yg beriktikaf dlm masjid pd mlm gonap turun mendadak. Aduhai. Bukankah ado riwayat yg kuat mengato an nuzul quran yg berlaku pd mlm lailatulqadar jatuh pd mlm ke-24? Makno ey lailatulqadar tak semestinya jatuh pd mlm ganjil. Ajk masjid ni pun satu bai, kodokut tak botompek.

9] Oh ye ramai org kritik & kutuk den krn mahu mempertahankan Sultan Kelantan, Sultan kesayangan mereka. Den lihat korang mempertahankannya bukan atas kefahaman. Tetapi krn ketaksuban. Betul baginda sultan seorg yg baik. Bwk sendiri keto tanpo driver, pakai selipar poie masjid & rapat dgn ulamak. Tapi itu bab hubungannya dgn tuhan. Mcm mano pulak hubungannya dgn rakyat Kelantan, adokah kaler air paip istano Kelantan jernih mcm air paip rkyt kelantan? Famili den hampir 2 tahun tinggal di Pangkalan Chepa sebelum kembali semulo ke pantai barat pd tahun 2008. Kaler air paip rumah kami tak ponah jernih. Dan sekarang anak buah den yg berusio setahun lobih sedang & masih lagi menikmati perkhidmatan air paip berkualiti rendah di Bachok. Ponah tak baginda sultan terfikir lalu mengambil inisiatif bg menyelesaikan masalah kaler air paip Kelantan?

Utk isu nasional, sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong adokah baginda sultan mendesak Majlis Raja-Raja Melayu bg memberi tekanan kpd kjaan pusat pimpinan Najib Tun razak supayo membebaskan ISA 45 yg kini sdg ditahan di kem Kamunting sebelum Aidilfitri pado tahun ini? Tahan tanpo bicaro atau ISA ni akta zalim yg masih dikokalkan oleh kjaan BN/Umno bagi menakut2kan rakyat drpd bersuara dgn bebas demi mengokalkan penguasaan mrk ke atas golongan majoriti yg tertindas. Sultan Johor yg gedebe tu pun berlapang dado memberi pengampunan serta membebaskan beberapo banduan yg duduk dlm penjaro sblm ramadan aritu. Kalau isu nasional pun baginda tak amik pot, jgn harap la baginda nak cakna ttg nasib yg menimpa umat Islam Rohingya yg sdg disombolih kek Myanmar skrng ni geng. Tutup mato dan buko lah mato hati korang. Baru korang nampak apo yg den nampak.

10] Patutnya org melayu malu dgn nabi. Nabi start beriktikaf sblm matahari terbonam pd hari ke-20 ramadan dan keluar pd pagi aidilfitri atau slps matahari terbonam pd hari terakhir ramadan. Nabi yg maksum takdo doso poie iktikaf tapi org melayu masih menyombong poie kluar bershopping. Ingat lah, dlm 10 terakhir ramadan itu ado mlm lailatulqadar. Di mano mlm tersebut lobih baik drpd ibadah 1000 bulan. Kalau korang xnak rebut mlm lailatulqadar, tak tahu la den samo ado kau jahil atau sombong dgn sedokah Allah.

Ayat ke-3 surah Al-Qadr diturunkan sobab Allah mahu menunjukkan umat nabi Muhammad S.A.W ini lobih utamo drpd pahalo ibadat seorg pemudo Bani Israil. Pemudo tersebut bilo tibo waktu siang dio berjihad menogakkan agamo Allah dlm keadaan berpuaso manokalo pado waktu malam tekun melakukan amal ibadat kpd Allah S.W.T non-stop setiap hari selamo 1000 bulan. Kau umat Muhammad Allah bg satu mlm utk cover pahalo ibadat yg lobih bernilai drpd 1000 bulan pun masih taknak laie? Osah bangang ey bai. Malah nabi ponah memberi motivasi kpd para sahabat dgn berkata :

"Sesiapo melakukan ibadat pd mlm lailatulqadar dgn penuh keimanan & mengharapkan ganjaran, pasti Allah ampunkan dosanya yg lalu" - hadis yg diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari & Muslim

Nak buang maso poie shopping laie?

Sbg penutup, Sultan Kelantan sbg ketuo agamo negeri sepatutnya lead rakyatnya beriktikaf di masjid. Bukannya qiam di istano pd permulaan fasa 10 mlm terakhir ramadan. Kalau program 'Qiam with me' diadokan pd 1-19 ramadan, den tak kisah bai. Kalau buek hari lain pd bulan lain pun cantik gak. Tapi bilo tibo fasa terakhir ramadan, kito kono ikut nabi bukan sultan.

Setelah menilai segalo hujah & dalil, dgn akal yg sihat kito mampu memilih mano yg terbaik utk diri sendiri & famili kito. Pastikan kito & famili kito berado at the right time & at the right place di saat akhir bulan poso ni bai. Rugi lah kito & familo kito terperangkap di dlm trafik jem di saat ini semato2 krn mahu selamat pulang berhari rayo di kampung halaman memasing. Nabi dah ajar & praktikkan apo yg harus kito buek bilo tibo saat 10 terakhir ramadan iaitu sebaik-baik maso yg dikurniakan oleh Allah kpd kito dgn beriktikaf di dalam masjid yg merupokan sebaik-baik tempat di atas mukobumi ini.

Den tak pro pakatan & den tak pro BN. Tapi den pro kpd kebenaran. Sapo boto den sokong.

Dipetik tanpa suntingan daripada:


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=508470139166483&set=at.508470119166485.136412.100000105053006.100001499377133&type=1&relevant_count=1&ref=nf

No comments:

Post a Comment