Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Friday, 10 August 2012

Iktikaf Atau Qiamullail?

Apakah amalan Rasulullah SAW pada akhir Ramadhan?


Di tahun2 60an 70an dan 80an, kita tidak pernah mendengar orang mengadakan solat tahajud berjamaah atau Qiamullail di masjid pada 10 akhir Ramadhan. Amalan ini hanya wujud pada tahun 90an dan ianya kekal sehingga hari ini.

Siapakah yang menganjurkannya. Apakah mereka ini tidak mengetahui cara sebenar untuk beribadat dan melaksanakan iktikaf seperti yang dilakukan Nabi SAW?

Cara Rasulullah

Adalah Rasulullah SAW menentukan puluhan akhir dari bulan Ramadhan dengan beberapa pekerjaan yang tiada beliau kerjakan di dua puluh hari yang telah lalu.
  1. Menghidupkan malam dengan ibadat
  2. Membangunkan ahli2nya untuk solat
  3. Mengikat dengan ketat kainnya dengan tali. 
  4. Menta'khirkan berbuka sehingga sahur.
  5. Mengerjakan iktikaf di dalam masjid
  6. Mandi diantara Maghrib dan Isya dan menghiaskan diri di malam2 yang diharapkan padanya Lailatul Qadar .
Melaksanakan iktikaf disepuluh yang akhir di Ramadhan di Masjid

Diantara amalan yang baik dibulan Ramadhan ialah Iktikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan.

Hukumnya adalah seperti berikut.

A. Pengertian Iktikaf Dan Hukumnya.

Iktikaf ialah "Duduk berhenti sesaat atau lebih, dimalam hari saja atau disiang hari saja didalam masjid dengan niat beribadat dan bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah"

Jangka masa melakukannya ialah pada 10 akhir Ramadhan (20-29/21-30)

Ibnu Rajab berkata: Iktikaf itu ialah : Memutuskan perhubungan dengan makhluq untuk menghubungkan diri dengan Khaliq dengan jalan perkhidmatan (berkhidmat secara berseorangan kepada Allah SWT. pen

Iktikaf itu suatu sunnah yang amat tinggi nilainya dan iktikaf yang dilakukan didalam Mesjid seperti yang dilakukan Rasulullah SAW itulah khalwat yang disyariatkan agama.

Adapun khalwat yang biasa dilakukan orang diluar mesjid seperti didalam bukit, atau di ditempat yang terpencil dari orang ramai itu sebenarnya tidak dituntut agama. Khalwat yang sebegitu disebut juga sebagai bertapa dan ianya ditegah oleh Islam.

Khalwat/Iktikaf yang disyariatkan ialah : Duduk didalam mesjid : istimewa di bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir daripadanya. (Hari ini kita melihat ramai yang membawa bantal dan tikar untuk tidur di Masjid)

  1.  Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim (An Nail IV : 354) dari Aisyah katanya: "Adalah Rasulullah SAW beriktikaf disepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga beliau wafat.
  2. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah juga bahawa : Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk puluhan yang akhir (dari Ramadhan) berliau menghidupkan malamnya, beliau membangunkan ahli2nya dan beliau mengikat pinggangnya (tidak mendekati saya dan isteri2 yang lain) (An Nail IV : 361)
  3. Diberitakan oleh Ahmad dari Anas, ujarnya: "Adalah Rasulullah SAW beriktikaf pada puluhan yang akhir Ramadhan, maka pada suatu tahun itu beliau tiada beriktikaf, kerana itu pada tahun depannya beliau beriktikaf selama dua puluh hari. (An Nail : 354)
  4. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah juga, ujarnya: "Dan telah pernah Rasulullah SAW meninggalkan i'tikaf dibulan Ramadhan akan tetapi beliau menggantikannya dengan beri'tikaf pada puluhan yang akhir dari bulan Syawal. (An-Nail IV : 355)
Dari hadis2 ini kita memperoleh dua petunjuk:

Pertama: Adalah sangat disukai kita menghidupkan sepuluh malam yang akhir dibulan Ramadhan.

Menghidupkan malam itu boleh dengan menghidupkannya sepanjang malam atau sebahagiannya sahaja. 

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ummul Mu'minin Aisya R.A beliau berkata : " Aku tidak mengetahui bahawa Rasulullah SAW menghidupkan malam semalam suntuk hingga subuh (Shahih Muslim 1 : 286)

Kedua:  Sangatlah disukai kita melakukan i'tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari bulan Ramadhan itu. Sungguh tak dapat diragui bahawa i'tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari bulan Ramadhan itu suatu sunnah Rasulullah yang kekal beliau kerjakan sehingga wafat. (An Nail IV : 355)

Akan datang: Pengertian Tahajud di bulan Ramadhan dan cara melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment