Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Friday, 31 August 2012

MERDEKA!?

Sejarah perjuangan rakyat Tanah Melayu (Malaya) sehingga mencapai kemerdekaan banyak dipertikaikan. Siapakah sebenarnya yang berjuang untuk kemerdekaan total dari British. Siapa penggeraknya dan bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan tanpa tumpah darah?
Setiap tahun rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan tanah air pada 31 Ogos. Laungan MERDEKA! akan dilaungkan oleh rakyat yang berhimpun dimana majlis tersebut diadakan. Di Pasir Puteh pada tahun ini tidak kedengaran pula bunyi bunga api...

Apakah realiti yang kita hadapi hari ini hasil daripada keMERDEKAan yang kita perolehi dari British? Apakah hasil yang dapat kita lihat hari ini? Adakah Melayu bertambah maju dan progresif berbanding sebelum MERDEKA? Atau adakah bangsa yang dikenali dengan sopan santun dan budaya yang unik ini telah hilang segalanya setelah lebih 50 tahun MERDEKA?

Adakah kualiti hidup kini bertambah baik berbanding sebelum MERDEKA?

Hakikatnya.... Kini...

... lebih ramai yang MERDEKA membuang bayi merata tempat.
... lebih ramai yang MERDEKA merempit macam pelesit dijalanan
... lebih ramai yang MERDEKA melakukan maksiat tanpa segan silu
... lebih ramai yang MERDEKA menderhakai ibubapa
... lebih ramai yang MERDEKA melawan Allah
... lebih ramai yang MERDEKA hidup menurut hawa nafsu
... lebih ramai yang MERDEKA menjadi Punk, Gothic dan entah apa lagi...
... lebih ramai yang MERDEKA menjadi bangsa yang hilang identiti dan adat serta budaya hingga mereka tidak lagi mengenali dan menghargai budaya bangsa, adat dan agama...

Manusia hanyut tanpa sedar
Manusia lupa tanpa tahu
Manusia hilang rupa bentuk diri sendiri


MERDEKA! Realitinya entah dimana...

Ramai yang digelapkan namanya dari senarai pejuang. Aku heran... Kenapa nama golongan tertentu sahaja yang disebut sebagai pejuang sedangkan ramai lagi yang telah dikurung, ditangkap, dikenakan tahanan dirumah sendiri, di ugut, dibunuh, didakwa dan macam2 lagi.

Siapakah pejuang kemerdekaan sebenar negara ini. Kenapa nama mereka dihitamkan dan dihilangkan dari sejarah. Siapakah yang membuat British kecut perut dengan gerakan politik yang melaungkan slogan "Melayu Untuk Malaya dan Malaya Untuk Melayu"?

Siapakah yang diburu hingga terpaksa masuk kedalam hutan untuk berjuang dengan senjata? Berapa ramai kah yang ditangkap oleh British?

SUARA YANG DIGERUNI

Siapakah yang digelar SUARA DARI GUNUNG? Kenapa British takut menghadapi mereka?

KESATUAN FIKRAH

Parti manakah yang telah berjaya menyatukan semua bangsa dalam satu perjuangan dan satu slogan? Apa yang terjadi pada parti tersebut dan siapakah pemimpin mereka?

UMNO

Bagaimanakah UMNO ditubuhkan? Siapakah yang meletakkan bulatan kuning dan keris pada bendera yang kini menjadi kebanggaan UMNO?

Kalau hendak ditulis semua disini akibatnya anda akan bosan membacanya... kerana terlalu detail dan terlalu panjang perbahasannya... kami bercakap dari hati... dari pengetahuan peribadi yang ditinggalkan pejuang terdahulu...

SESUNGGUHNYA KEMERDEKAAN KITA RAKYAT MALAYSIA BELUM LAGI DIPENUHI...

Kita masih belum MERDEKA untuk mengembangkan ADAT BUDAYA & AGAMA kita sendiri di bumi kita sendiri.

Kerana manusia hari ini... sudah tidak peduli lagi... lantaran keMERDEKAan yang mereka kecapi...

MERDEKA APAKAH ITU?


No comments:

Post a Comment