Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday, 31 October 2012

Tak Tahu Doa Masuk & Keluar Tandas?

Peranan besar ibubapa ialah mendidik anak-anak sedari kecil lagi tentang adab makan, berpakaian, keluar masuk tandas dan sebagainya. Sedihnya, kini, tidak ramai yang menjalankan tanggungjawab itu. Dalilnya? Pelajar sekolah menengah tidak dapat membaca tulisan di dinding sekolah mereka. Tulisan yang ditulis diluar tandas.... Doa masuk dan keluar tandas... tidak dapat dibaca langsung.... Astaghfirullah... apa nak jadi la bangsaku ini....

Beginilah Umat akhir zaman. Ramainya seperti buih dilautan, tidak tahu apa-apa tentang ilmu agama wa ima hal yang berkaitan dengan adab keluar masuk tandas. 


Tandas dianggap sebagai tempat yang jijik dan kotor. Tabiat syaitan adalah menyukai tempat-tempat yang kotor seperti tandas. Oleh itu sebagai seorang Muslim, selain daripada kita disuruh supaya membaca doa keluar dan masuk tandas kita juga diwajibkan mementingkan aspek kebersihan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). 
Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya. Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci (tidak membasuh anggota kelamin sesudah kencing) oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas yang menceritakan :
”Nabi s.a.w berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,: ”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.

 ADAB BERKENAAN TANDAS



Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:

1.   Cara yang haram.
2.   Cara yang makruh.
3.   Cara yang sunat.

Cara Qada Hajat yang diharamkan.

1.   Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran, hadis atau nama-nama para rasul ketika qada hajat.

2.   Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding maka tidaklah diharamkan.

3.   Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada haiwan.

4.   Qada hajat di atas kubur.

5.   Membuang air di tempat ibadah seperti di surau, masjid, musalla dan sebagainya.

6.   Membuang air di atas kitab-kitab agama .

7.   Membuang air di atas makanan.

8.   Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya.
 
Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.

1.   Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit.

2.   Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting, kecuali dalam keadaan darurat.

3.   Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak.

4.   Membuang air di bawah pokok buah-buahan

5.   Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir.

6.   Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan.
 
Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan.

1.   Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau disebalik  batu.

2.   Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri.

3.   Ketika hendak masuk, baca doa seperti di atas.

4.   Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk tandas.

5.   Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar dan sebagainya ketika qada hajat.

6.   Beristinbak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar.

7.   Ketika keluar dari tandas, mulai langkah kaki kanan dahulu.

8.   Ketika keluar dari tandas, membaca doa seperti di atas.
 
Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air.

1.  Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh daripandangan orang (kiranya tidak menggunakan tandas).

2.  Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu yang ada kalimah Allah.

3.   Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air, ini adalah bagi mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh hukum syariat.

4.   Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan berdoa seperti diatas

5.  Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya  jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding..

6.  Jangan membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat orang biasa berteduh, di jalan-jalan, di tempat mandian atau di bawah pokok yang berbuah.

7.  Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air.

Adab buang air
1. Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas, dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.

2. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran, atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas.

3. Hendaklah memakai sepatu atau terompah atau seumpamanya.

4. Hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya.

5. Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu, kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan.

6. Jangan buang air di air yang tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yang luas atau laut.

7. Jangan buang air di lubang tanah, kerana kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu.

8. Jangan membuang air di atas kubur.

9. Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti masjid, surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut).

10. Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan.

11. Jangan buang air di mana-mana tempat perhentian.
 

No comments:

Post a Comment