Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday, 25 April 2012

Siapakah Yang Patut Dihukum...?

Peristiwa ini berlaku di salah sebuah Sekolah Menengah di Kelantan. Peristiwa ini menyaksikan seorang pelajar digantung dari asrama. Apakah kesalahan yang beliau lakukan? Kenapa hanya dia yang digantung sedangkan kesalahan seorang lagi pelajar LEBIH BESAR dan MEMALUKAN PIHAK SEKOLAH jika diketahui umum?
Kesian abang... walaupun apa yang abang buat tu tak betul tapi tak sepatutnya abang digantung dari tinggal diasrama... Kalau ikut abah la.. dua2 kena gantung asrama atau diberi AMARAN KERAS kerana kesalahan yang dilakukan abang dan adik..

Hanya itu yang dapat abah katakan bila mengetahui peristiwa abang digantung dari tinggal di asrama gara2 abang tidak dapat mengawal PANAS BARAN abang kepada adik... Abang sebenarnya tak patut pukul adik hari tu... abg sepatutnya beritahu abah dahulu dan tidak mengambil tindakan MEMBUTA TULI macam itu. Kalau ia pun, tak patut abang mengambil tindakan abang sendiri tanpa berunding dengan abang-abang yang lain.

Berkali2 sudah abah mentarbiah anak2 semua... ZAHIR PESILAT MENCARI KAWAN, BATHIN PESILAT MENCARI TUHAN... Lupakah anak2 apa yang selalu abah katakan... pesan Pandeka Talib kepada kita semua... MUSUH NDAK DICARI, BERTEMU MUSUH PANTANG MENGILAKKAN...

Lupakah anak2 semua bahawa kalian semua bersaudara... hai... ntahla....

Begini kisahnya...

Pada hari Jumaat yang lalu, semua pelajar lelaki telah ke Masjid berdekatan untuk menunaikan Solat Jumaat. Ada seorang adik ni TIDAK MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT pada hari tersebut sedangkan dia BERADA DI MASJID! Pulang dari Masjid, abang ni telah berjumpa dengan adik yang tak solat tadi dan bertanya benarkah dia tidak menunaikan Solat Jumaat sewaktu di Masjid tadi? Oleh kerana takut... adiknya menjawab (berbohong kepada abangnya) bahawa dia solat... Setelah disoal berkali2 adik masih tidak mengaku akhirnya abang menampar adik dan menumbuk perut adik... kesian adik.. sakit adik dibelasah abang...

Abah dah panggil adik dan tanya kepadanya... betul ke dia tak solat Jumaat hari tu.. adik mengaku dia tak solat.. dan adik juga memberitahu bahawa bukan dia yang lapor kepada warden asrama...

Kesalahan adik memang BESAR DISISI ALLAH... MENINGGALKAN SOLAT SATU WAKTU DENGAN SENGAJA bukan suatu yang ringan... walaupun ada yang mengatakan hukum orang meninggalkan solat ialah menjadi FASIQ DAN MUNAFIK namun hukum Mazhab Shafie JELAS menyebut bahawa "BARANGSIAPA YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA WALAUPUN SATU WAKTU MAKA HALAL DARAHNYA"

Abah sedih dan kesal kerana hanya abang yang diambil tindakan gantung asrama sedangkan kesalahan adik lebih besar lagi aibnya daripada kesilapan abang yang menegur dan menampar adik...

Abang... Jangan lagi engkau mengikut BARAN SETAN kau tu... dan adik pula... JANGAN JADI SETAN.

Sekian dari abah.

* Kisah diatas adalah sebuah kisah benar yang berlaku minggu ini dan disampaikan kepada saya oleh seorang sahabat. Semua nama dan nama sekolah dan lokasinya dirahsiakan bagi menjaga nama baik sekolah tersebut dan pelajar2nya.

No comments:

Post a Comment