Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Friday 12 October 2012

Bahagian II - Gejala Sosial & Penyelesaiannya

Langkah penyelesaian ditangan kita sebenarnya. Kalau kita serius untuk membendung gejala sosial yang semakin parah dalam masyarakat maka sesuatu harus dilakukan secara total untuk mengembalikan maruah bangsa dan agama yang kita cintai ini.
Hendak seribu daya... tak hendak seribu dalih... Kita yang menentukan nasib dan masa depan diri kita dan anak-anak kita... Kita yang mencorakkan masyarakat dan kehidupan yang ingin kita tempuhi... PERSILEK sedia membantu...


Buang Bayi

Ibubapa turut bersalah kerana gagal mendidik dan mengawal anak sehingga berlakunya kes melibatkan remaja/gadis dan anak lelaki yang lebih liar dari haiwan. Pencegahan bermula dari rumah. PERSILEK menawarkan kursus intensif selama satu tahun untuk memberi pendidikan kepada golongan muda supaya terhindar daripada masalah seperti ini.

Dadah

Masalah penyalahgunaan dadah dikalangan remaja meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini. Melalui pendidikan yang diberikan oleh PERSILEK, anak muda akan dapat mencegah diri daripada terjebak dalam penyalahgunaan dadah.


Murtad

Gejala murtad makin berleluasa terutama melibatkan pelajar Institut Pengajian Tinggi. Hal ini dapat ditangani sekiranya lebih ramai pelajar IPTA/IPTS mempelajari Silat Lintau. Setiap pelajar Silat Lintau dibekalkan dengan Ilmu Akidah dan Sejarah Agama (bermula Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW) yang mana akan melahirkan Insan yang beriman, bertaqwa dan muslim yang baik.

Kesimpulan

Ibubapa diseru untuk menghantar anak-anak mereka untuk mempelajari Silat dan Agama Islam melalui PERSILEK. Ini kerana di PERSILEK murid bukan sahaja di ajar bersilat tetapi penekanan diberi terhadap mencapai Ilmu Tauhid yang sebenar-benarnya selain daripada Ilmu Fiqh dan Sejarah perkembangan agama. Dengan ilmu yang dibekalkan, insyaAllah para murid akan terhindar daripada gejala sosial yang semakin parah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment