Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Saturday, 14 January 2012

"Kalau nak sebar pun tinggal mike je lagi..."

Oleh: Dr. Kamal Shah
Presiden & Guru Utama
Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan
Malaysia

"Kalau nak sebar pun tinggal mike je lagi..." Begitulah antara mesej yang saya terima di handphone saya dari Almarhum Shabudin Ahmad (Yop Din) beberapa bulan sebelum beliau kembali ke Rahmatullah... AL- FATIHAH untuk Yop Din...

Almarhum merupakan seorang yang ikhlas dalam mengembangkan Silat Lintau yang asalnya dikembangkan di Malaysia ini oleh Pendekar Talib yang datang dari Lintau. Yop Din berguru dengan ramai orang antaranya ialah dengan Tok Ki Baharom dan Pak Alang Amat. 

Sebelum Yop Din 'stroke' tempohari, beliau telah meminta saya berjanji untuk terus mengembangkan Silat Lintau ini supaya ilmu ini tidak mati. Saya telah memberikan janji saya kepada Yop Din dan AMANAH ini saya tanggung bukan kerana mencari nama dan pangkat atau gelaran tetapi hanya menjalankan AMANAH yang diberikan oleh Almarhum.

Saya bukan lah orang yang pandai seperti yang selalu saya beritahu anak2 murid sejak mengajar di Kelantan ini pada tahun 1995 lagi. Namun, keinginan untuk melihat Silat Lintau ini terus berkembang menyebabkan saya terus berusaha untuk melestarikannya di Kelantan. 

Saya tetap akan berusaha untuk melaksanakan AMANAH yang diberikan walaupun saya dicerca dan dihina oleh pihak tertentu. AMANAH adalah sesuatu yang berat untuk dipikul dan sebaik mungkin saya akan menjalankannya dengan pertolongan ALLAH. Kepada Allah saya pasrah agar saya diberi kekuatan dan kemampuan untuk memberikan yang terbaik kepada anak murid di seluruh Malaysia. 

Silat Lintau mempunyai keunikan yang tersendiri yang tidak boleh dan tidak akan dipertontonkan kepada masyarakat umum. Apa yang di pertontonkan adalah kesenian dari Silat Lintau itu. Rahsia Gerak dan Langkah dalam Silat Lintau hanya diketahui oleh pengamalnya setelah melalui pelajaran yang mengambil masa yang agak panjang. Bukan semua murid boleh memilikinya. Hal ini adalah untuk menjamin kesinambungan Silat Lintau ini diperturunkan kepada mereka yang diyakini dapat menjalankan AMANAH dengan baik. 

Kepada ahli PERSILEK dan pencinta Silat Lintau di MALAYSIA dan INDONESIA, marilah bersama kita berusaha agar Silat Lintau ini dapat terus bersinar di Malaysia dan di seluruh dunia.

Musuh Tidak Ku Cari, Bertemu Musuh Pantang Mengelakkan.

No comments:

Post a Comment