Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Friday, 31 August 2012

Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu telah banyak diubah. Banyak fakta yang digelapkan dan ramai yang dihitamkan namanya dari sejarah perjuangan bangsa yang suci ini. Anak muda kini tidak tahu sejarah sebenar perjuangan bangsa mencapai kemerdekaan.
Kenapa ini terjadi? Ianya tidak lain hanyalah kerana pihak tertentu ingin menutup kisah sebenar dari diketahui kerana jika ianya tersebar luas, mereka akan kehilangan pengaruh dan kehilangan kuasa.

Sejarah perjuangan bangsa ini mencapai kemuncaknya setelah Partai Kebangsaan Melayu Malaya ringkasnya PKMM (Malay Nationalist Party) pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya meraih sokongan segenap bangsa di Tanah Melayu. British takut pada kuasa politik Melayu yang di terajui PKMM.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy


Apakah yang sebenarnya berlaku 10 tahun sebelum negara ini mencapai kemerdekaan? Ikuti secebis dari kisah sebenar mengenai perjuangan bangsa ini.


Hartal telah membuka mata British bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengekang gerakan kemerdekaan ini dari terus mendapat tempat. Raja-raja Melayu telah dipengaruhi untuk tidak menyokong perjuangan yang dibawa oleh RAKYAT ini.


Siapakah yang memberikan label kiri kepada perjuangan suci bangsa ini kalau tidak British? British yang terkenal dengan sikap diplomasi dan reverse psychology mereka sebenarnya telah GAGAL menyekat kemaraan RAKYAT yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu secara TOTAL dari mereka. Mereka khuatir akan kehilangan 'hasil bumi' yang mereka kaut dari Tanah Melayu. Bijih Timah, Bijih Besi, Arang Batu, Emas dan Getah, semuanya dimiliki oleh konglomerat British yang membawa pulang hasil bumi ini kenegara mereka. British lebih teruk dan lebih dahsyat dari Belanda dan Portugis.


Kalau benar British ni baik, jujur dan ikhlas ingin memberi kemerdekaan kepada RAKYAT TANAH MELAYU, kenapakah mereka menolak Perlembagaan Rakyat yang diutarakan oleh KUASA RAKYAT pada waktu itu? Tahukah anda apakah isi kandungan penuh Perlembagaan Rakyat itu?


UMNO MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN?

Benarkah UMNO pernah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dari British atau...?


No comments:

Post a Comment