Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday 3 October 2012

Bajet 2013: Gula dan kencing manis

Antara yang menarik perhatian ramai dalam pembentangan bajet 2013 ialah pengurangan subsidi gula sebanyak 0.20 sen/kilo. Alasan yang diberikan - DIABETES atau kencing manis. Rasional kah?
DIABETES atau KENCING MANIS adalah suatu keadaan penyakit yang disebabkan oleh GAYA HIDUP dan PEMAKANAN selain daripada mempunyai unsur HEREDITARY/KETURUNAN. Pesakit Diabetes terdiri dari semua golongan dari seawal 1 tahun hingga umur paling tua.

Melalui pengamatan saya sebagai seorang doktor Homeopathy yang telah merawat lebih daripada 250,000 orang pesakit dalam jangkawaktu 28 tahun, saya dapati orang yang mengidap kencing manis kebanyakannya adalah orang yang mempunyai gaya hidup yang menjuruskan kepada kencing manis. Hampir separuh daripada mereka tidak suka gula tapi mempunyai kadar gula dalam darah yang terlalu tinggi.

Kenapa mereka yang kurang makan gula masih kena kencing manis? Ianya adalah kerana mereka memakan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi (karbohidrat/glukos) WALAUPUN makanan tersebut TIDAK DICAMPURKAN dengan gula!



CONTOH:

Karbohidrat. Makanan yang kaya dengan karbohidrat termasuk roti, ubi, kekacang, nasi, pasta, buah2an dan sayur. Kebanyakan dari makanan ini mengandungi kanji dan serat.

Karbohidrat yang dihadam —kanji dan gula—dipecahkan menjadi molkekul yang simple oleh enzim yang terdapat didalam air liur seseorang, didalam jus yang dikeluarkan oleh pankreas dan didalam lapisan usus kecil.

Kanji dihadamkan dalam dua langkah. Mula-mula, sejenis enzim didalam air liur dan jus pankreas akan meleraikan kanji kepada molekul-molekul yang dipanggil maltose. Kemudian, sejenis enzim di lapisan usus kecil akan memecahkan maltose tadi kepada glukos yang dapat diserapkan kedalam darah. Glukos ini dibawa melalui saluran darah ke hati (liver) dimana ianya disimpan atau digunakan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh.

Manakala gula pula dihadam dalam satu langkah. Enzim yang terdapat dalam lapisan usus kecil menghadamkan GULA (yang diturunkan subsidinya.. hehehe) kepada glukos dan fruktos yang kemudiannya di serap melalui usus kedalam darah. Susu mengandungi sejenis lagi gula iaitu Laktos yang ditukarkan kepada molekul yang lebih kecil oleh satu lagi enzim didalam lapisan usus.

KANDUNGAN GULA DALAM MAKANAN


1 senduk nasi bersamaan dengan 11 sudu gula tidak kira samada anda makan nasi putih, nasi beras siam, nasi beras herba asalkan namanya nasi akan menghasilkan gula (glukos) yang sama kadarnya.

1 senduk pulut bersamaan dengan 44 sudu gula. Kalau pulut manis atau pulut yang dicampurkan dengan santan lagi lah tinggi glukosnya.

Semua jenis ubi - kentang, kayu, keledek (setela) menghasilkan kandungan glukos yang jauh lebih tinggi berbanding gula.

Kesemua makanan yang saya sebutkan diatas menghasilkan lebih banyak gula (glukos) berbanding gula (sukros) yang dibuat teh o. 

Kesimpulannya:
JANGAN JADI KAKI BODEK YANG KURANG CERDIK!
MENURUNKAN SUBSIDI GULA SEBANYAK
0.20 SEN TIDAK AKAN MENGURANGKAN KADAR KENCING MANIS DI DUNIA INI.  
JANGAN TIPU RAKYAT BOLEH TAK?

No comments:

Post a Comment