Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday 31 December 2013

2013 RECAP



2013 meninggalkan banyak kenangan pahit manis mengajar Silat Lintau di empat buah sekolah dengan jumlah pelajar seramai 176 orang yang aktif. Antara kenangan manis ialah persembahan Silat Lintau di hadapan menteri dalam negeri Dato Seri Zahid Hamidi di UTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Disember 2013 yang lalu.

Wednesday 21 August 2013

AQIDAH

Pengenalan

  1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat

Tuesday 20 August 2013

Kalau dah Bilal pun tak reti...

Kalau Bilal pun tak reti, apa nak diharapkan padanya lagi. Ilmu yang SAHIH diperlekehkan, SUNNAH Nabi dikatakan bukan. Inilah senario dalam negeri Kelantan yang diberi gelar Serambi Mekah. apa tindakan MAIK, JAHEAIK, Jabatan Mufti dan lain-lain dalam hal ini. Tak tapis ke orang nak jadi Bilal ni?

Monday 19 August 2013

RUKUN IMAN:PERCAYA KEPADA ALLAH

Tauhid Dalam Fahaman

Tauhid berdasarkan kepada “la ilaha illa’ Llah, Muhammadur-Rasulullah”: “Tidak ada tuhan yang wajib disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasulullah”. Atau “asyhadu an la ilaha illa’Llah, wa asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah”:

RUKUN ISLAM:SYAHADAH

Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.

Saturday 17 August 2013

MERDEKA!

Hari ini Republik Indonesia menyambut HUT Kemerdekaan Indonesia yang ke 68

Monday 12 August 2013

KEMERIAHAN AIDIL FITRI

Saban tahun Aidil Fitri disambut oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai tanda kesyukuran kepada Allah azza wa jalla diatas kejayaan menjalani ibadah Puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Tahun ini, sambutan hari raya PERSILEK tidak lah semeriah tahun lepas namun pelajar tetap berkunjung ke rumah Dr. Kamal.

Wednesday 31 July 2013

Keliru



Semakin Lama Semakin Bertambah Keliru Umat Islam Berbangsa Melayu Di Tanah Melayu Ini. Umumnya Umat Islam Berbangsa Melayu Kini Tidak Mempunyai Asas Agama Yang Kukuh, Tidak Mengenali Sejarah Islam, Tokoh2 Dalam Islam, Lemah Penguasaan Ilmu Al Quran Dan Hadis.

Monday 22 July 2013

Blog baru untuk kelas silat lintau.

Satu lagi blog Silat Lintau disediakan bagi mereka yang sedang belajar dan berminat untuk berkenalan dengan Silat Lintau.

Saturday 13 July 2013

Ancaman Keatas Islam



Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Apakah ‘locus standi’ kenyataan ini disisi undang-undang? Adakah ia bermakna bahawa ‘agama’ lain tidak diiktiraf dinegara ini? Ungkapan ‘agama rasmi’ perlu diberi pentafsiran yang lebih jelas supaya kedudukan Islam dan umatnya dinegara ini terjamin baik dari segi undang-undang mahupun dari segi kedaulatannya.

Friday 12 July 2013

Islam dalam bahaya

Tanpa kita sedari, tangan2 ghaib yang memainkan isu agama dinegara ini telah mula melaksanakan usaha menggempur pihak berkuasa agama dan memulakan serangan keatas Islam.

Saturday 11 May 2013

Kenduri kesyukuran di Tok Bali

Silat Lintau dijemput mengadakan persembahan di Kenduri kesyukuran yang berlangsung di Tok Bali, Pasir Puteh.

Saturday 6 April 2013

Fitnah Menurut Pandangan Islam

Fatwa Dr Yusuf Qardawi Tentang Tuduhan Zina / Liwat.

Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.

Wednesday 20 March 2013

Selamat Jalan Mas O'ong

Hari ini kita kehilangan lagi seorang pendekar silat yang begitu punya banyak mimpi tentang pencak silat...kang O'ong Maryono...selamat jalan sahabat..

Tuesday 26 February 2013

May I Know Who Is Dr Kamal?

I RECEIVED AN ANONYMOUS CALL THROUGH SPEAKPIPE ASKING WHO IS DR KAMAL. PLEASE INTRODUCE YOURSELF AND WHEN NEXT USING SPEAKPIPE PLEASE ENTER YOUR EMAIL ADDRESS SO I MAY BE ABLE TO SEND YOU A VOICE MESSAGE IN RETURN.

Friday 22 February 2013

Kisah Pengajaran

Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah.

Thursday 21 February 2013

Monday 11 February 2013

Dimana Silatnya?


  



APA BEZANYA DENGAN SENI BELADIRI LAIN?

akan di update bila line internet pulih...

Thursday 7 February 2013

Perlukah 4 Saksi Dalam Kes Zina?

Seseorang menulis begini: ..... bayangkan iman kita dengan Saidina Umar ra dan Saidina Ali kw ,jauh berbeza walaupun kita katalah kita orang paling alim sekalipun dizaman ini takkan dapat melebihi iman mereka berdua, kesimpulan cerita nak buktikan kes zina boleh guna akal ,pakai Dna ,atau kamera ,tidak semestinya menggunakan kaedah 4 orang saksi ,jika dalam kes ketiadaan saksi, kesimpulan lain lagi jangan percaya ulama seriga bulan mengambang dalam ceramah berapi api nak buat hudud tapi bila boleh memerintah org tanya bila nak buat ,hukum hudud hanya 0000.01 dalam quran ,ni ulama ke biskut,

Tuesday 29 January 2013

Pandeka Djaloek



Pandeka Djaloek merupakan salah seorang pewaris Silat Lintau Pandeka Soman yang masih hidup di Balai Tangah, Lintau.

Monday 28 January 2013

APA???........

Siapa yang membenarkan penggunaan nama ALLAH dalam BIBLE?

Untuk Apa Belajar Silat

Semua keraguan itu insya Allah akan kami jawab dengan sebaik-baiknya, namun apabila jawaban kami ini masih dirasa kurang,kami mohon maaf karena semua itu tidak terlepas dari kodrat kami sebagai manusia biasa.

Friday 25 January 2013

Imbas Kembali Fakta Jenayah

Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

July 13, 2012
Musa Hassan: “Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.” — Foto oleh Amin Iskandar
 
KUALA LUMPUR, 13 Julai — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.
Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.

“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

“Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

“Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

“Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

“Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

“Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi.

Thursday 24 January 2013

Penjelasan Isu Allah Oleh Shah Kirit

Apa macam... Ada berani...?

Kenapa Saya Minta Dikhatamkan...

Saya telah berjanji akan membongkar segalanya pada tahun ini. 2013 ialah tahun untuk saya memberitahu kepada umum apakah sebenar yang berlaku diantara tahun 1994 hingga 2013. Nantikan pendedahan berani saya di blog ini. Terima kasih.

LAGI CERITA KARUT...

Banyak betul cerita karut marut tentang Silat Lintau di Malaysia ini. Salah satu cerita karut mengenai Silat Lintau ini adalah seperti yang diceritakan dibawah ini:

Monday 14 January 2013

Isu Nama Allah

Allah ialah nama bagi zat (ismu Zat) Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan seluruh 'alam ini. Isu penggunaan nama Allah yang diperbesarkan oleh orang Melayu

Wednesday 2 January 2013

AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT DALAM MELEMAH DAN MENGHANCURKAN ISLAM

Pendahuluan

Al-Ghazwul Fikri merupakan salah satu daripada strategi musuh Islam untuk melemahkan kekuatan Islam. Peristiwa Perang Salib dengan kemenangan umat Islam menjadi titik tolak ukuran kekuatan Islam. Kemenangan ini membuktikan bahawa Islam tidak akan hancur diperangi secara FIZIKAL.

Senario ini dapat dilihat melalui kegagalan tentera Soviet Union (Rusia) dalam peristiwa pencerobohan ke atas Afghanistan dengan ledakan puluhan ribu bom dan peralatan perang. Namun, ia masih berdiri tegak hingga sekarang, sedangkan Soviet Union menjadi hancur ekoran tindakan beberapa negara naungannya bertindak menuntut kemerdekaan. Susulan daripada ketidakmampuan dan keengganan Soviet Union untuk menanggung hutang perang ketika menggempur atau mengebom Afghanistan maka tokoh Yahudi dan Nasrani telah merangka satu strategi ampuh dalam menghancurkan Islam melalui kaedah al-Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran/  Perang Saraf).

Kaedah Al-Ghazwul Fikri diaplikasikan di dalam media massa untuk menyerang jati diri dan ajaran Islam secara halus dan sistematik

Al-Ghazwul Fikri adalah sebuah teknik propaganda yang hebat digunapakai ke atas kebudayaan atau cara hidup masayarakat Islam samada melalui kaedah yang nyata atau halus. Merujuk kepada buku karangan Prof. Abdul Rahman H. Habanakah bertajuk “Metode Merosakkan Akhlak Dari Barat” menceritakan perihal al-Ghazwul Fikri. Ia diterapkan secara ILMIAH agar cara hidup dunia Islam berubah dari berpaksikan AGAMA kepada kebenaran LOGIK akal. Secara dasarnya ia tidak usah menukar agama. Sebaliknya biar ia tetap menjadi orang Islam tetapi akal fikirannya tidak lagi menyakini dan melaksanakan ajaran Islam.

Definisi Al-Ghazwul Fikri

Kalimah Al-Ghazwul Fikri terdiri daripada dua perkataan iaitu al-Ghazw dan al-Fikr. Al-Ghazw bermakna perang atau serangan. Manakala al-Fikr bermakna pemikiran (minda). Adapun makna kalimah ini dari segi Istilah adalah :
Definisi Umum :
“Satu gugusan usaha yang dilakukan oleh satu bangsa untuk menjajah bangsa yang lain atau mempengaruhinya sehingga mereka menghala ke arah yang sama.”
Definisi Khusus :
“Menggunakan segala cara selain bentuk ketenteraan yang dilakukan oleh Nasrani dan selain mereka daripada musuh-musuh Allah untuk menghapuskan mazahir kehidupan Islam dan mengubah kaum muslimin daripada berpegang dengan ajaran Islam aqidah dan suluk.”
Al-Ghazwul Fikri Menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

Allah S.W.T telah pun menceritakan berkenaan al-Ghazwul Fikri ini dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :
Orang-orang Yahudi danNasrani TIDAK akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah S.W.T Itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah S.W.T tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”
Begitu juga di dalam hadis sahih dikeluarkan Al-Imam Al-Bukhari dalam Sahih beliau :
“Daripada Abu Said Al-Khudri R.A daripada Nabi S.A.W sabda baginda: Kamu pasti akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun tentu kamu mengikutnya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, adakah maksudmu Yahudi dan Nasrani? Kata baginda: SIAPA lagi (jika buka mereka).”


Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan mengalah dalam mengatur strategi untuk menghancurkan agama Islam walaupun perlu menanti hingga akhir zaman

Sejarah Kedatangan Al-Ghazwul Fikri

Sejarah al-Ghazwul Fikri ini jika diteliti telah mula semenjak zaman Saidina Usman bin Affan R.A apabila Abdullah bin Saba’ seorang Nasrani-Yahudi berjaya memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan wujudnya Firqah Syiah yang terkenal memerintah Iran sekarang. Namun, pada masa dahulu serangan-serangan pemikiran ini dapat ditepis dengan mudah walau sejauh mana ia telah menular kerana umat Islam pada ketika itu mempunyai kekuasaan politik dan kekuatan ekonomi serta Tamadun Islam yang unggul.


Negara Barat menggunakan alasan “terrorism” atau keganasan untuk memerangi umat Islam secara global tanpa sempadan
Keadaan ini berubah sehinggalah runtuhnya empayar Turki Usmaniyyah hasil suntikan al-Ghazwul Fikri yang tepat ke jantung umat Nabi Muhammad S.A.W di mana racun ini dengan cepat merebak ke seluruh jasad umat Islam. Perdana Menteri Britain terdahulu (Gladison) telah menyebut bahawa : “Kamu tidak akan kekal di Mesir selagi Kitab ini (sambil memegang Al-Quran) berada di tangan bangsa Mesir”. Kesedaran bahawa Peperangan bersenjata GAGAL melumpuhkan umat Islam amat jelas dengan kekalahan golongan Nasrani di dalam Perang Salib. Begitu juga kemenangan kaum Muslimin ke atas bangsa Moghul yang kuat dan ganas.

Strategi Al-Ghazwul Fikri

Sekurang-kurangnya terdapat empat kaedah yang digunakan orang-orang kafir dalam mencapai sasaran al-Ghazwu Fikri. Ia bertujuan untuk menghilangkan ajaran Islam supaya ianya tidak berkembang. Empat kaedah ini telah diterangkan oleh Abu Ridha dalam buku karangannya bertajuk “Pengantar Memahami al-Ghazwul Fikri”. Beliau menyatakan dengan tegas bahawa al-Ghazwul Fikri merupakan sebahagian dari uslub qital (metode perang) yang bertujuan untuk memisahkan umat Islam dari ajaran agamanya


Kaedah menghina Nabi Muhammad S.A.W, merendahkan imej ajaran Islam, menimbulkan kekeliruan al-Quran dan menyuburkan ideologi Barat adalah perangkap kepada umat Islam

   
PertamaTasykik iaitu gerakan yang berupaya menciptakan keraguan dan kedangkalan (superficiality) aqidah umat Islam terhadap ajaran agamanya. Misalnya, tindakan segelintir manusia yang menyerang (memperlecehkan) Al-Qur’an dan Hadits, menghina Nabi Muhammad S.A.W atau berkempen bahawa hukum Islam tidak sesuai dengan tuntutan cara hidup zaman sekarang.

Kedua – Tasywih iaitu gerakan yang berupaya menghilangkan kebanggaan umat Islam terhadap ajaran agamanya. Anologinya dengan memberikan gambaran Islam secara buruk sehingga timbul rasa rendah diri (inferiority) di kalangan umat Islam. Di sini, mereka melakukan penceritaan (naratif) negatif tentang agama Islam melalui media massa dan ceramah dengan menggambarkan bahawa agama Islam itu kelihatan menyeramkan, kejam, sadis, radikal dan lain-lain istilah yang kurang menyenangkan pendengarnya.

Ketiga – Tadzwib iaitu usaha pencairan budaya dan pemikiran (dilution of culture and thought). Di sini, kuffar dan munafiqin telah mencampuradukkan antara hak dan batil di antara ajaran Islam dan bukan Islam. Sehingga umat Islam kekeliruan dan kebingungan untuk mendapatkan bimbingan atau pedoman hidup.

Keempat – Taghrib iaitu usaha pembaratan (westernization) dunia Islam dengan mengalak atau mendorong umat Islam untuk menerima pemikiran Barat dan budaya mereka seperti sekularisme, pluralisme, nasionalisme, dan liberalisme.

Kelima Ifsarul Akhlak (merosakkan akhlak) Mereka mengawal media-media antarabangsa-dengan itu mereka menghantar segala macam hiburan dan keseronokan kepada kita umat Islam khasnya. Buktinya kita dapat lihat sekarang ramai diantara sahabat kita dah menganggap benda buruk itu satu perkara yang baik dilakukan-satu contoh yang paling simple iaitu??..saya rasa semua sudah maklum..Apabila berkata menganggap benda buruk itu sebagai perkara biasa maka ada something wrong with our belief..dan ketua kepada segala keseronokan ini tidak lain tidak bukan musuh yang nyata bagi kita iaitu syaitan yang direjam. Al Quran 15:39 - 'Ia iblis berkata: Tuhanku oleh kerana Engkau sesatkan aku, aku akan pastikan kejahatan akan terasa indah dimuka bumi ini dan aku akan menyesatkan mereka semua' rata-rata dinyata kepada umat Islam-semuanya mahukan syurga, betul tak?.. tapi adakah tindakan kita sekarang menjamin untuk masuk syurga?. ketahuilah bahawa kalau kita berada jauh tersimpang dari jalan Islam-maka itulah jalan syaitan yang kita ikuti tanpa disedari.. Sebagai sedia maklum syaitan tempat nya dimana?..kalau pengikutnya pula confirm dimana?..

Keenam - Tahzimul fikrah (menghancurkan fikrah) Orang-orang yahudi telah mempengaruhi kebanyakan dari pemimpin sampailah keanak kecil bahawa Islam itu sebagai satu pilihan..Apabila berkata sebagai satu pilihan,apa yang dimaksudkannya?? nak ikut pun boleh ,tak nak ikut pun boleh? ..betul tak..dan sehingga sekarang ramai sahabat2 kita yang masih tidak nampak Islam itu adalah cara hidup yang sejahtera sebenarnya kerana apa?..kerana pemikiran dan fikrah mereka telah dirusakkan oleh yahudi... Duhai sahabat-sahabat,saya rasa bertanggungjawab hendak memberitahu bahawa buatlah pembaikan disamping pembiakan dalam hidup kita kerana kita kelak akan melahirkan generasi pelapis untuk Islam-jika pemikiran kita masih lagi dijajah dan kita masih tidak mahu mengubahnya,apa akan jadi kepada anak-anak kita?? khususnya generasi Islam akan datang?..

KetujuhIzabus-syahsiah (melarutkan keperibadian) Hal ini jelas terbukti keberkesanannya oleh puak yang dilaknat. Ramai sahabat-sahabat kita khususnya wanita telah hilang jati diri mereka,.seolah-olah mereka tidak memiliki sesuatu yang bernilai untuk mereka pertahankan.. Paling sedih sekarang ini adanya yang menganggap mereka sangat hina kerana tiada couple,mereka sangat hina kerana masih suci..nau'zubillah.. Inilah perang yang cuba zionis iaitu penyembah syaitan cuba lakukan kepada kita umat Islam tanpa kita sedari.. Duhai sahabat,bangkitlah dari lena dan keseronokan yang panjang-kita sebenarnya sudah tersimpang jauh dari apa yang patut kita perlu selesaikan didunia ini sebenarnya..berubahlah sahabat-sahabatku kerana masa masih lagi menunggu kita sekarang ini..jangan sampai nanti menyesal tak sudah--nasihat seorang sahabat yang juga berperasaan seperti kalian semua.. 

KelapanMurtad.  Misi ini juga telah juga menampakkan hasilnya apabila sekarang ini seseorang itu mengaku dirinya Islam tetapi mereka tidak tahu sebenarnya apa yang Islam ajar.. Mereka seolah -olah terpaksa menganut agama Islam kerana diterima dari ayah ibu mereka tanpa mengetahui apa yang kita perlukan dari Islam itu sendiri.. ketahuilah sahabat-sahabatku-puak zionis sekarang ini ketawa dek keseronokan melihat kita jauh dari Islam, jauh dari al-Quran dan Sunnah.. dan paling menyedihkan mereka menyeksa sahabat-sahabat saudara kita sesuka hati dek kita tiada kemampuan untuk melawannya..kerana apa??.. kerana mereka awal-awal lagi telah melemahkan kita...sahabat-sahabat ku bangunlah.. Al Quran 4:89-'Mereka ingin kamu menjadi kafir sebagai mana mereka kafir,sehingga kamu menjadi sama dengan mereka.Janganlah kamu jadikan dari antara mereka sebagai teman-teman mu sebelum mereka berpindah ke jalan Allah.' 

Kesembilan - Al-wala'ul kafirun (tunduk kepada orang-orang kafir) - Hal sangat terbukti apabila kebanyakan dari pemimpin-pemimpin negara Islam seolah-olah terpaksa menjual Islam semata-mata ingin mendapatkan pembelaan dari orang kafir termasuklah pemimpin negara yang kita cintai sekarang ini-Malaysia-.semata-mata ingin membangunkan ekonomi ,mereka sanggup menjadikan orang kafir sebagai penasihat mereka sampai satu tahap perkara yang bercanggah dengan Islam juga terpaksa mereka lakukan.. Ini hanyalah sebagai satu gambaran sahaja yang saya mahu tunjukkan bahawa zaman sekarang ini kita telah seratus peratus dikawal oleh orang kafir-lebih sedih lagi mereka adalah kafir yang wajib kita perangi.. 8:65-'wahai nabi SAW kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang.Jika ada dua puluh orang yang sabar diantara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang' ayat diatas jelas menunjukkan bahwa Allah telah memberi klu bahwa nak mengalahkan musuh kita dengan cara yang paling baik..masalah sekarng ini adakah kita sering mentadabor al-Quran..tahu tak apa maksud tadabor??..iaitu mengmbil pengajaran dari ayat al-Quran..malangnya sekarang ini ramai sahabat-sahabat yang tak tahu pun hendak membaca al-Quran...

Kesimpulan

Secara terus terang, umat Islam perlu mengakui dan menerima kenyataan bahawa serangan al-Ghazwul Fikri melalui semua kaedah di atas telah berlaku semenjak berakhirnya Perang Salib hingga kini. Semua ini boleh dirasai dan terbukti melalui SIKAP dan SIFAT umat Islam sama ada melalui lisan, perbuatan atau amalan. Ia terbukti jika kita mengamati tingkah laku umat Islam masakini yang mempengaruhi ucapan, sikap dan perilaku mereka dalam meniti kehidupan seharian. AWAS! Jangan biarkan kita termakan dengan TIPU DAYA dan IDEOLOGI yang boleh menggugat keimanan kita. Kesan daripada serangan al-Ghazwul Fikri ini akan mengakibatkan umat Islam menjadi umat yang hina, mudah diperbodohkan, mendapat laknat dan dugaan Allah S.W.T, terjatuh dalam amalan syirik kepada Allah S.W.T, mendekatkan diri mereka kepada murtad dan azab dunia. Oleh itu, marilah kita membentengkan diri dengan keyakinan aqidah yang kuat serta menjadikan Al-Qur’an dan as-sunnah sebagai rujukan hukum dalam kehidupan kita, semoga Allah S.W.T menjauhkan kita dari keinginan-keinginan untuk mengingkari segala peraturanNya. Amiin….
Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah meninggalkan dua perkara sebagai panduan kepada umat Islam untuk berpegang teguh agar kita tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan AS-SUNNAH

“Sila sebarkan risalah ini kepada saudara seagama kita yang dikasihi agar kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat kelak”