Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday 14 November 2012

Kita Dijadikan Allah Sebagai Bangsa Melayu.

Tanpa kita sedari, kita dijadikan berbangsa-bangsa dengan sebab dan tujuan tertentu. Antaranya ialah supaya kita saling kenal mengenal diantara satu sama lain.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al-Hujurat : 13

Jelas sekali daripada ayat diatas bahawa kita dijadikan berbangsa-bangsa dengan tujuan dan sebab tertentu. Yang palin aula ialah supaya sesuatu bangsa dapat mengenal bangsa yang lain berdasarkan nilai dan budaya bangsa tersebut. 

MELAYU

"Yang dimaksudkan dengan Melayu ialah masyarakat utama Nusantara, yang kebudayaannya secara ideal berlandaskan kepada nilai dan norma Islam." Setiap bangsa didunia ini mempunyai seni dan budayanya yang tersendiri, begitu juga orang Melayu. Antara seni dan budaya orang Melayu itu ialah Seni Silat.

Seni Silat merupakan pakaian orang Melayu sepertimana Aikido dan Karate bagi orang Jepun, Tae Kwan Do bagi orang Korea, Kalari Payat bagi orang India dan lain-lain lagi. Setiap bangsa, setiap suku kaum, mempunyai seni dan budayanya yang tersendiri.

Sewaktu saya menuntut di India pada tahun-tahun 70-80an dulu, saya diberitahu bahawa, setiap 100 kilometer, kita akan menemui budaya yang berbeza, bahasa/pertuturan yang berlainan dan pakaian yang berlainan pula.

SILAT 

Seperti dikatakan tadi, Silat merupakan pakaian bagi orang Melayu. Orang Melayu yang tidak pandai bersilat adalah orang yang belum lengkap atau sempurna Melayunya. Silat adalah identiti, seni dan budaya orang Melayu. Seorang pesilat ialah orang yang lengkap. Orang yang cukup ilmunya secara lahir dan bathin. Manakala pendekar ialah orang 'empat tapang' yang memiliki ilmu mentadbir, ilmu persilatan dan ilmu agama yang tinggi. 

Tanpa Silat maka telanjanglah orang Melayu. Orang yang telanjang itu sering dikatakan sebagai orang yang tidak berbudaya atau tidak bertamadun. 
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment