Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Friday 21 September 2012

Siapa Sam Bacille?

'Sam Bacille' atau nama sebenarnya Nakoula Bassey Nakoula merupakan seorang rakyat Amerika berketurunan Mesir dan menganut agama Kristian Koptik. Nakoula kini menetap di Cerritos, California Dalam sebuah temuramah dengan Voice of America - Radio Sawa, beliau mengaku sebagai seorang graduan Fakulti Sastera dari Universiti Kaherah. Ketahui Fakta sebenar tentang beliau dan filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam diseluruh dunia. Adakah kita tersalah sasar?

Beliau menyamar sebagai Sam Bacille, seorang Yahudi dan jutawan hartanah berasal dari Israel. Rahsianya terbongkar setelah beliau ditemuramah oleh radio dan nombor telefon yang beliau gunakan dikesan beralamat dirumah beliau di Cerritos. Itu cerita sebenarnya.

Filem Innocence of Muslims pada mulanya dinamakan Innocence of Bn Laden yang ditayangkan (tanpa mendapat penonton) di sebuah pawagan yang disewa beliau. (Beliau menyewa pawagan tersebut selama satu hari untuk menayangkan preview filem tersebut tapi tidak mendapat sambutan).



Innocence of Bn Laden - tajuk asal cerita yang tidak mendapat sambutan
 
Vine Theater, Hollywood, California, dimana tayangan diadakan
Kecewa dengan kegagalan mendapat sambutan, beliau menambah babak pada filem tersebut yang mana penggambarannya dilakukan dirumah beliau dan menyebarkannya melalui You Tube. Beliau telah menghabiskan antara USD50,000 hingga USD60,000 untuk menghasilkan filem tersebut.

Yang perlu kita tahu ialah beliau BUKAN SEORANG MAT SALEH atau pun YAHUDItapi orang Mesir yang memiliki kerakyatan Amerika dan wang yang diperolehi untuk membuat filem tersebut disumbangkan oleh sanak saudaranya yang berada di Mesir. 

Beliau bukan Yahudi tapi 'Arab Christian' dan bukan seorang Katolik atau Protestan malah seorang Kristian Koptik .

Umat Islam wajar berasa marah tetapi kemarahan tersebut tidak wajar ditujukan kepada Amerika atau masyarakat Barat secara keseluruhan kerana filem tersebut dibiayai dan dihasilkan oleh orang Mesir yang menganut fahaman Kristian yang berlainan daripada Kristian di barat.

Bukan tujuan saya untuk membela Amerika atau Nakoula dan golongan kuffar tetapi perlu di ingat bahawa di kalangan Umat yang mengaku Islam pun ramai yang menentang Allah dan Rasulullah S.A.W. dan ini termasuk dalam negeri kita sendiri. Ramai orang kita yang menentang hukum HUDUD, ramai pula yang menentang Hadis, ada pula yang mengikut ajaran sesat seperti 'ayah Pin', golongan Ahmadiyya/Qadiani, fahaman sesat Baha'i, Rasul Melayu dan 1001 macam lagi. 

Isu filem ini dilihat telah berjaya membuka mata dan membangkitkan semangat juang umat Islam diseluruh dunia tetapi saya percaya, semangat juang atau jihad yang bangkit ini tidak akan kekal lama, sama seperti isu gambar kartun Nabi Muhammad S.A.W. yang disiarkan beberapa tahun lalu. 

Dalam blog yang lalu, saya ada menyebut bahawa kita lupa dan lalai terhadap tugas dan tanggungjawab kita terhadap Allah dan kerana itulah golongan kuffar mudah mengambil peluang untuk berbuat apa saja terhadap agama Islam. Kita takut untuk berdepan dengan mereka kerana ilmu yang kurang. Kita takut untuk keluar berdakwah hingga mereka tidak lagi merasa takut. Kita tidak digeruni, tidak disegani, tidak ditakuti malah kita dilihat sebagai barang yang mudah di'makan'.

Fikir-fikirkanlah wahai saudara, kita kena bangun dan tunjukkan pada dunia siapa kita....

BANGUNLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD!!!
LAKSANAKAN TUGASMU!!!

BANGUN!!!

DAKWAH KEPADA MEREKA!!!
JADIKAN MEREKA MUSLIM!!!

No comments:

Post a Comment