Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday 15 December 2010

KEBENARAN TERSERLAH SUDAH

DARIPADA GELANGGANG LANGKAH TIGA
PASIR PUTEH, KELANTAN

Assalamu'alaikum wm wb.,

Penggalian terhadap sejarah sebenar Silat Lintau yang diajarkan di Malaysia oleh Haji Abdul Mulok bin Ideham sudah berakhir.

Penulis kini mempunyai segala bukti yang diperlukan untuk menangkis berbagai pandangan dan dakwaan salah tentang Silat Tua ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak akan menurunkan disini. Cukup buat penulis nyatakan bahawa Silat Lintau bukan milik keturunan tertentu.

Semua ahli Silat Lintau yang membaca artikel ini diminta beristighfar kepada Allah terlebih dahulu dan memohon hidayah dan petunjuk daripada Allah. Sesiapa sahaja yang hendak menjadi Guru Silat Lintau boleh menjadi Guru dengan syarat mereka itu melepasi beberapa ujian dan syarat seperti termaktub dalam Adat Silat Lintau yang berasal dari Daerah Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat Indonesia.

Diharap, selepas ini, tiada lagi suara sumbang yang cuba untuk membuat dakwaan yang salah dan tidak benar lagi. Kembali lah kepada Allah dan Rasul. Bertaubatlah dari perbuatan menyesatkan orang lain.

Poetra Tanah Datar, SumBar, Indonesia.
Dialihbahasakan kepada Bahasa Malaysia oleh:
Dr Kamal Shah