Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday 28 November 2011

Hai Dunia.......

Sayidina Ali K.W dilaporkan pernah berkata:

" Wahai Dunia.. Nak Tipu, Tipu Orang Lain.. Jangan Tipu Aku.."

Wednesday 23 November 2011

GILA NAMA DAN KUASA?

Sejak Saya Mula Mengajar Silat Lintau Di Daerah Pasir Puteh, Kelantan Ini, Berbagai Suara Sumbang Didengari. Hingga Kini, Suara-Suara Sumbang Itu Tidak Henti-Henti Menjalankan Perang Saraf Dan Psikologi Terhadap Saya Dan Barisan Pimpinan PERSILEK Di Kelantan Ini. Untuk Menjelaskannya Ikutilah Intipati Ucapan Saya Kepada Pelajar Yang Menyertai PERSILEK Samada Di Sekolah Maupun Diluar Sekolah. Semuga Menjadi Pedoman Yang Berguna Untuk Kita Semua. 

Tuesday 22 November 2011

PENYAKIT BAHAYA MUSNAHKAN UMMAH: TALAM DUA MUKA

Sikap talam dua muka sesetengah pihak sungguh meloyakan tekak saya. Didepan saya bercakap lain, dibelakang saya lain pula katanya. Ini lah pemecah belah masyarakat dan pengadu domba yang dilaknat Allah S.W.T. Ikuti kupasan hal ini yang diterangkan oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh 

HASAD DENGKI DAN IRI HATI

Prakata: "Zahir pesilat mencari kawan BUKAN mencari lawan atau musuh. Kalau sudah begitu, sebagai pesilat dan orang yang mengaku pandai serba serbi tentang silat ini maka tidak harus ada pada dirinya iri hati dan hasad dengki." ~ Dr. Kamal Shah


Friday 18 November 2011

INDONESIA: Pencak Silat Menambah Tiga Emas

Korano Nicolas LMS | Nasru Alam Aziz | Kamis, 17 November 2011 | 21:46 WIB
Pesilat Indonesia, Amelia Roring melakukan selebrasi usai mengalahkan pesilat Malaysia, Siti Rahmah Mohamed Nasir dalam final kelas E (65-70 kg) cabang pencak silat Sea Games XXVI di Padepokan Pencak Silat, Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Kamis (17/11/2011). Amelia berhak atas medali emas.
 
JAKARTA, KOMPAS.com — Cabang pencak silat yang dipertandingkan di Padepokan Nasional Pencak Silat, Pondok Gede, Jakarta, mempersembahkan tiga medali emas dari nomor tarung, Kamis (17/11/2011). Ketiga medali emas tersebut masing-masing dari Dian Kristanto yang turun di kelas A putra, Rosmayani yang bermain di kelas C putri, serta Amelia Roring yang tampil di kelas E putri.

Dengan tiga medali emas tersebut, Indonesia keluar sebagai juara umum karena sebelumnya telah memborong enam medali emas dari nomor seni TGR (tunggal, ganda, dan begeru). Total raihan emas Indonesia mencapai sembilan medali.

"Tentu kami sangat puas. Kami mampu memenuhi target yang diberikan KONI Pusat dan Satlak Prima yang membebani kami tujuh medali emas. Sementara target dari Pengurus Besar Ikatan Pencak Silat Indonesia (PB IPSI) sebanyak sembilan medali," tutur Sekretaris Jenderal PB IPSI Erizal Chaniago.
 
 http://olahraga.kompas.com/read/2011/11/17/21460628/Pencak.Silat.Menambah.Tiga.Emas
 

(SUKAN SEA 2011) Keputusan Pencak Silat Olahraga Akhir 17 November 2011

sukan sea, sukan sea 2011, sukan sea indonesia, sea games, sea games 2011, sea games indonesia, silat sukan sea, silat sukan sea 2011, silat sukan sea indonesia, sea games silat , sea games 2011 silat, sea games indonesia silat, pencak silat sukan sea, pencak silat sukan sea 2011, pencak silat sukan sea indonesia, sea games pencak silat , sea games 2011 pencak silat, sea games indonesia pencak silat, silat malaysia sukan sea, silat malaysia sukan sea 2011, silat malaysia sukan sea indonesia, sea games silat malaysia , sea games 2011 silat malaysia, sea games indonesia silat malaysia, pencak silat malaysia sukan sea, pencak silat malaysia sukan sea 2011, pencak silat malaysia sukan sea indonesia, sea games pencak silat malaysia , sea games 2011 pencak silat malaysia, sea games indonesia pencak silat malaysia, silat akhir sukan sea, silat akhir sukan sea 2011, silat akhir sukan sea indonesia, sea games silat final , sea games 2011 silat final, sea games indonesia silat final, pencak silat akhir sukan sea, pencak silat akhir sukan sea 2011, pencak silat akhir sukan sea indonesia, sea games pencak silat final , sea games 2011 pencak silat final, sea games indonesia pencak silat final, silat malaysia akhir sukan sea, silat malaysia akhir sukan sea 2011, silat malaysia akhir sukan sea indonesia, sea games silat malaysia final , sea games 2011 silat malaysia final, sea games indonesia silat malaysia final, pencak silat malaysia akhir sukan sea, pencak silat malaysia akhir sukan sea 2011, pencak silat malaysia akhir sukan sea indonesia, sea games pencak silat malaysia final , sea games 2011 pencak silat malaysia final, sea games indonesia pencak silat malaysia final, gambar sukan sea, gambar sukan sea 2011, gambar sukan sea indonesia, photo sea games, photo sea games 2011, photo sea games indonesia, gambar silat sukan sea, gambar silat sukan sea 2011, gambar silat sukan sea indonesia, photo sea games silat , photo sea games 2011 silat, photo sea games indonesia silat, gambar pencak silat sukan sea, gambar pencak silat sukan sea 2011, gambar pencak silat sukan sea indonesia, photo sea games pencak silat , photo sea games 2011 pencak silat, photo sea games indonesia pencak silat, gambar silat malaysia sukan sea, gambar silat malaysia sukan sea 2011, gambar silat malaysia sukan sea indonesia, photo sea games silat malaysia , photo sea games 2011 silat malaysia, photo sea games indonesia silat malaysia, gambar pencak silat malaysia sukan sea, gambar pencak silat malaysia sukan sea 2011, gambar pencak silat malaysia sukan sea indonesia, photo sea games pencak silat malaysia , photo sea games 2011 pencak silat malaysia, photo sea games indonesia pencak silat malaysia, gambar silat akhir sukan sea, gambar silat akhir sukan sea 2011, gambar silat akhir sukan sea indonesia, photo sea games silat final , photo sea games 2011 silat final, photo sea games indonesia silat final, gambar pencak silat akhir sukan sea, gambar pencak silat akhir sukan sea 2011, gambar pencak silat akhir sukan sea indonesia, photo sea games pencak silat final , photo sea games 2011 pencak silat final, photo sea games indonesia pencak silat final, gambar silat malaysia akhir sukan sea, gambar silat malaysia akhir sukan sea 2011, gambar silat malaysia akhir sukan sea indonesia, photo sea games silat malaysia final , photo sea games 2011 silat malaysia final, photo sea games indonesia silat malaysia final, gambar pencak silat malaysia akhir sukan sea, gambar pencak silat malaysia akhir sukan sea 2011, gambar pencak silat malaysia akhir sukan sea indonesia, photo sea games pencak silat malaysia final , photo sea games 2011 pencak silat malaysia final, photo sea games indonesia pencak silat malaysia final,pencak silat,pencak silat sukan sea 2011,sukan sea 2011,sukan
26th Sea Games, Indonesia. Hari ini 17 Nov 2011, 4 wakil Malaysia akan menentukan pingat emas atau perak di peringkat akhir Sukan Sea 2011 di Indonesia. Mereka adalah Fauzi Khalid (Gambar, Putera F), Siti Rahmah (Puteri E), Ahmad Shahril @ Botak (Putera D) dan Al-Jufferi (Putera E) iaitu dalam sukan Pencak Silat atau Silat Olahraga.

Keputusan pertandingan Peringkat Akhir Pencak Silat Sukan Sea 2011.

SAPTO PURNOMO (INA) VS (MAS) AHMAD SHAHRIL — Putera D

[MAS menang - Emas oleh Ahmad Shahril]

NGUYEN DUY CHIEN (VIE) VS (MAS) AL – JUFFERI —— Putera E

[MAS menang - Emas oleh Al-Jufferi]

SITI RAHMAH (MAS) VS (INA) AMELIA —– Puteri E

[IND menang - Perak oleh Siti Rahmah]

FAUZI KHALID (MAS) VS (THA) KATAHAT RAKSAPON —– Putera F

[MAS menang - Emas oleh Fauzi Khalid]

Friday 11 November 2011

SILAT LINTAU: MAKSUD DAN TUJUAN

SEBELUM KE LINTAU

Saya Mula Mengajar Silat Lintau Ini Di Sekolah Kebangsaan Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan Pada Tahun 1995. Pada Mulanya Saya Mengajar Silat Ini Kerana Melihat Betapa Anak Muda Hanyut Dengan Gaya Hidup Yang Tidak Menampilkan Peribadi Yang Mulia. Ramai Anak Muda Yang Kurang Ajar Samada Di Jalanraya Atau Dimana Sahaja. Seolah-Olah Sudah Hilang Nilai Budaya Dan Agama Dalam Masyarakat Kita.

Setelah Saya Mengajar Silat, Alangkah Terperanjatnya Saya, Saya Mendapat Kejutan Budaya Yang Dahsyat Saya Kira. Rata-Rata Mereka Yang Datang Untuk Belajar Silat Tidak Dapat Membaca Surah Al Fatihah Dengan Baik Dan Tidak Menguasai Lebih Dari 7 Surah Lazim (Surah Dalam Juz Amma) Dengan Baik Dan Betul. Masya Allah, Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Masyarakat Pada Hari Ini?

Kejutan Kedua Ialah Apabila Ditanya Soalan-Soalan Berkaitan Agama, Kebanyakan Mereka Samada Tidak Dapat Menjawab Atau Menjawab Dengan Salah, Contohnya Bila Ditanya Rukun Islam Berapa Perkara Ada Yang Menjawab Enam Dan Sebagainya. Haru... Cukup Haru... Situasi Yang Begini Tidak Boleh Dibiarkan Begitu Sahaja. Sesuatu Dan Seseorang Mesti Melakukan Sesuatu Agar Remaja Ini Bukan Sahaja Pandai Bersilat Malah Boleh Membaca Alquran Dengan Baik Dan Kenal Agamanya Dengan Betul.

Dari Situ, Bermulalah Satu Revolusi Dalam Pendidikan Silat Lintau Yang Saya Ajar Di Kelantan. Revolusi Ini Bukan Sesuatu Yang Asing Pada Urang Lintau Kerana Di Lintau Itu Sendiri Hubungan Silat Dan Surau Itu Berkait Rapat.

Dalam Usaha Saya Mendidik Dan Membentuk Remaja Menjadi Sebaik-Baik Umat Muhammad, Saya Terpaksa Melalui Berbagai Ancaman, Ugutan, Dugaan Dari Berbagai Pihak Sehinggakan Ada Pihak Yang Tidak Senang Dengan Cara Saya Mengajar Silat Dan Berusaha Untuk Menyingkir Saya Dari Mengajar Silat Di Sekolah-Sekolah. Sementara Guru Penasihat Silat Yang Dilantik Pihak Sekolah Pula Sukar Untuk Memberi Bantuan Yang Diperlukan.

Sesuatu Mesti Dilakukan...

Saya Keseorangan Di Sini. Ini Adalah Kerana Saya Bukan Orang Sini. Saya Adalah Perantau, Pedagang Di Negeri Orang... Saya Juga Bukan Orang Politik.... Sebab Itu Sukar Bagi Saya Mendapat Bantuan Dari Mana-Mana Pihak. Untuk Berpihak Kepada Satu Puak Politik Akan Menyebabkan Satu Puak Lagi Menyisihkan Saya Maka Itu Saya Mengambil Jalan Tengah Untuk Tidak Memperlihatkan Kecenderungan Saya.

Tujuan Saya Mengajar Silat Lintau Ini Tidak Lain Dan Tidak Bukan Ialah Untuk Mengumpul Anak2 Muda Dan Dapat Mengajar Mereka Sedikit Sebanyak Ilmu Yang Ada Ini Kepada Mereka Agar Mereka Menjadi Manusia Yang Berguna Kepada Masyarakat.

MASALAH DALAM NEGERI

Yang Mana Satu Silat Lintau?

Di Malaysia Sekarang Ini Terdapat Sekurang-Kurang Empat Pihak Yang Masing-Masing Mengaku Bahawa Merekalah Silat Lintau Yang Sebenarnya. Salah Satu Daripadanya Pernah Di Fatwakan Sebagai Ajaran Sesat Di Brunei Darus Salam Dan Kini Dikenalpasti Bergiat Cergas Di Gua Musang, Kelantan, Kuala Lumpur Dan Banyak Lagi. Mereka Ini Difatwakan Sebagai Ajaran Sesat Di Johor, Kelantan Dan Selangor.

Selain Itu, Ada Sepihak Lagi Yang Mendakwa Bahawa Merekalah Yang Mengajar Silat Lintau Yang Sebenar Dengan Dakwaan Yang Berbagai Macam Tentang Silsilah Silat Lintau Dan Sebagainya. Kesemua Dakwaan Mereka Telah Saya Patahkan Dalam Blog Saya http://lintauartstudio.blogspot.com/2011/01/sejarah-silat-lintau-1-fakta-atau.html

Sebelum Saya Ke Lintau Pada 27hb Julai 2011 Saya Telah Berjaya Menghubungi Semula Almarhum Abg Din (Shabudin Ahmad) Yang Sedang Sakit Dan Tinggal Di Sg Buloh, Selangor http://lintauartstudio.blogspot.com/2011/05/abg-din-masuk-hospital.html Dan http://lintauartstudio.blogspot.com/2011/05/lagi-abg-din-ke-hospital.html

Saya Juga Sempat Menemui Abdul Rashid Bin Ahmad, Adik Kepada Almarhum Abg Din Yang Datang Ke Hotel Bersama Dua Orang Rakan.

Melalui Muzakarah Di Bilik Hotel Tersebut Saya Menyatakan Dengan Jelas Bahawa Tujuan Dan Hasrat Saya Ke Lintau Ialah Untuk Mencari Kebenaran Tentang Silat Ini.

SETELAH KE LINTAU

Sambutan Yang Diberikan Oleh Semua Pihak Di Lintau Cukup Menakjubkan Dan Membanggakan Saya. Urang Lintau Membuktikan Bahawa Mereka Masih Lagi Berpegang Penuh Dengan Adat Minangkabau Yang Tersohor Itu. Salut Untuk Warga Lintau.

Muzakarah Yang Dijalankan Dengan Beberapa Orang Tuo Silek Secara Peribadi Dan Forum Di Sasaran Tuanku Lintau Tepi Selo Membuktikan Kebenaran Langkah Silat Yang Saya Bawa. Saya Telah Mempamerkan 4 Pola Langkah Silat Dan Satu Daripada Empat Pola Langkah Tersebut Telah Ditolak Secara Sebulat Suara Oleh Tuo Silek Lintau. Langkah Yang Ditolak Oleh Tuo-Tuo Silek Lintau Di Acara Menapak Tilas Silek Lintau Tersebut Ialah Langkah Yang Dibawa Oleh Persatuan Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia.

Tuo Silek Mengakui Bahawa Langkah Yang Saya Pelajari Di Kuala Kangsar Adalah Langkah Silat Lintau Yang Sebenar.

KEMBALI KE MALAYSIA

Setelah Kembali Ke Malaysia, Saya Telah Dinasihati Supaya Tidak Menimbulkan Kontroversi Tentang Hal Ini Oleh Sesetengah Pihak. Tetapi, Setelah 4 Bulan Berlalu, Tuo-Tuo Silek Mula Menyuarakan Perasaan Hati Mereka Kepada Saya Setelah Melihat Saya Mendiamkan Diri. Untuk Itu, Saya Menulis Nota Ini Bertujuan Untuk Menjernihkan Hubungan Dengan Tuo-Tuo Silek Di Lintau Dan Menegaskan Bahawa Saya Akan Teruskan Perjuangan Melestarikan Silek Lintau Nan Sabana Di Bumi Malaysia Ini Walaupun Selepas Ini Saya Mungkin Dihantam Didalam Facebook, Blog Dan Sebagainya. Kepada Tuo Silek Lintau Yang Saya Hormati Sekalian Saya Ingin Nyatakan Saya Sudah Bersedia.

Thursday 10 November 2011

KESEPAKATAN TUO SILEK LINTAU DI SUMATERA BARAT.


PERHATIAN: 
KEPUTUSAN MENGENAI YANG MANA SATU SILAT LINTAU INI MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG TELAH DISEPAKATI OLEH TUO SILEK YANG TELAH BERMESYUARAT PADA ACARA MENAPAK TILAS SILEK LINTAU DI SASARAN TUANKU LINTAU, TEPI SELO, LINTAU, KABUPATEN TANAH DATAR, SUMATERA BARAT, INDONESIA PADA 28HB JUN, 2011.


PRAKATA

Silat Lintau berasal dari Nagari Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Silat Lintau BUKAN diasaskan oleh Tuanku Nan Renceh atau keturunannya. Ianya BUKAN milik Tuanku Nan Renceh dan keturunannya. Kami memiliki BUKTI KUKUH tentang hal ini.

Silat Lintau merupakan salah satu dari Silek Tuo (Silat Tua) yang terdapat di Minangkabau. Ianya merupakan satu sistem beladiri yang lengkap dengan pola langkah yang pelbagai.

Silat Lintau umpama sebatang pokok yang daunnya terlalu lebat dan berwarna hijau, dan buahnya juga berwarna hijau, justeru, amat sukar untuk melihat buah kerana persamaan warna buah dan daun. Tetapi, apabila diselak daunnya, alangkah terkejutnya kita kerana terdapat ribuan buah disebaliknya.

SILAT LINTAU DI MALAYSIA

Terdapat dua aliran Silat Lintau di Malaysia. Pertama ialah aliran Langkah Empat yang diperkenalkan oleh Haji Abdul Mulok bin Ideham dan satu lagi ialah Silat Lintau Langkah Empat (yang lebih lengkap pola langkahnya) yang diperkenalkan oleh Pandeka Talib.



Soalnya: Yang mana satu Silat Lintau?




TAPAK EMPAT?

Majlis Dialog Bersama Tuo Silek Yang Diadakan Di Sasaran Tuanku Lintau, Tepi Selo Telah Sepakat Bahawa Langkah Ini BUKAN Silat Lintau TETAPI SILAT STRALAK.


Manakala Langkah Silat Lintau yang ASLI yang berasal dari Minangkabau dan dipelajari turun temurun sejak bermulanya peradaban Minangkabau adalah seperti yang ditunjukkan dibawah ini.




Saya sengaja mengubah sedikit gerak ini untuk mengelakkan keseluruhan langkah diketahui, bimbang ada yang meniru dan mengklaim yang bukan-bukan seperti sebelum ini. ~ Dr Kamal Shah

SALAH SATU POLA LANGKAH SILAT LINTAU
YANG MASIH DI AJAR DI LINTAU 

Friday 4 November 2011

DAPATKAH SILAT OLAHRAGA MEMBENTUK SAHSIAH PELAJAR?

SILAT MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA
BAHAGIAN PERTAMA:

Oleh Dr. Kamal Shah.
03 November, 2011


Assalamu 'alaikum wm wb.,


Silek atau biasa disebut silat adalah seni beladiri yang dimiliki oleh masyarakat Minangkabau, yang diwariskan secara turun temurun dari generasi ke generasi. Masyarakat Minangkabau memiliki tabiat suka merantau semenjak beratus-ratus tahun yang lampau. Untuk merantau tentu saja mereka harus memiliki bekal yang cukup dalam menjaga diri dari hal-hal terburuk selama di perjalanan atau di rantau, misalnya diserang atau dirampok orang. Selanjutnya daerah Nusantara ini adalah daerah yang subur dan merupakan tempat rempah-rempah penting sejak abad pertama masehi, oleh sebab itu, tentu saja ancaman-ancaman keamanan bisa saja datang dari pihak pendatang ke kawasan Nusantara ini.

Untuk dua alasan diatas maka masyarakat Minangkabau pada tempo dahulunya perlu memiliki sistem pertahanan untuk mempertahankan negerinya dari ancaman musuh kapan saja. Jadi secara fungsinya silat dapat dibedakan menjadi dua yakni:

§  Sebagai alat untuk panjago diri [pembelaan diri dari serangan musuh]

§  Sebagai alat untuk panjago nagari [sistem pertahanan negeri]

Secara harfiah Silek [Silat] berasal dari kata siliek yang berarti si liat, karena demikian hebatnya berkelit dan licin seperti belut. KataPencak Silat di dalam pengertian para tuo silek (guru besar silat) adalah mancak dan silek. Perbedaan dari kata itu adalah:

§  Kata mancak atau dikatakan juga sebagai bungo silek (bunga silat) adalah berupa gerakan-gerakan tarian silat yang dipamerkan di dalam acara-acara adat atau acara-acara seremoni lainnya. Gerakan-gerakan untuk mancak diupayakan seindah dan sebagus mungkin karena untuk pertunjukkan

§  Kata silek itu sendiri bukanlah untuk tari-tarian itu lagi, melainkan suatu seni pertempuran yang dipergunakan untuk mempertahankan diri dari serangan musuh, sehingga gerakan-gerakan diupayakan "sesedikit mungkin, cepat, tepat, dan melumpuhkan lawan".

Para tuo silek juga mengatakan kalau mamancak di galanggang, kalau basilek dimuko musuah (jika melakukan tarian pencak di gelanggang, sedangkan jika bersilat untuk menghadapi musuh). Di tiap Nagari memiliki tempat belajar silat atau dinamakan juga Sasaran Silek dan Surau Silek yang dipimpin oleh guru yang dinamakan Tuo Silek. Tuo Silek ini memiliki tangan kanan yang bertugas membantu beliau mengajari para pemula.

Orang yang mahir bermain silat dinamakan Pandeka [pendekar]. Gelar Pandeka ini pada zaman dahulunya dilewakan (dikukuhkan) secara adat oleh Ninik Mamak dari Nagari yang bersangkutan. Namun pada zaman penjajahan gelar dibekukan oleh pemerintah Belanda. Setelah lebih dari seratus tahun dibekukan, masyarakat adat Koto Tangah, Kota Padang akhirnya mengukuhkan kembali gelar Pandeka pada tahun 2000-an. Pandeka ini memiliki peranan sebagai Parik Paga Dalam Nagari (penjaga keamanan negeri), sehingga dibutuhkan dalam menciptkan negeri yang aman dan tentram. 

Pada bulan Jun 2011, Presiden PERSILEK, Dr. Kamal Shah b. Abdullah Zawawi digelari Pandeka Sutan Rajo Sati oleh Ketua Tuo Silek Se Alam Minangkabau, Bapak David Suhu di hadapan orang ramai di sasaran Silek Lintau Nan Tuo Gunung Ledang, Tanjung Bonai, Lintau. Gelar ini diberikan sebagai penghormatan atas upaya beliau mengembangkan Silek Lintau di Kelantan.

Sejak abad ke 16, Islam mula tersebar dikalangan masyarakat Minangkabau. Kedatangan Islam membawa perubahan yang sangat besar dalam masyarakat dan ini telah meletakkan silat ditempat yang lebih tinggi dari sebelum Islam. Para pendakwah Islam atau mu'allim yang membawa perubahan kepada sistem pengajian silat. Perubahan yang dibawa bukanlah dalam bentuk teknik bersilat tetapi lebih kepada falsafah yang berbentuk kerohanian/kesufian dan ianya digabungkan dengan teknik silat itu sendiri.

Para Ulama dan pendakwah yang menyebarkan Islam ini mula menggabungkan falsafah Islam yang terdapat dalam ajaran Tasauf dengan gerakan silat. Maka lahirlah Silek (Silat) Ulama atau Silat Kain yang juga disebut sebagai Silaturrahim. 'Musuah indak dicari' (musuh tidak dicari) menjadi kata pakai pesilat dimana pesilat diajar untuk tidak memulai permusuhan atau pergaduhan malah menggunakan silat HANYA sebagai alat pertahanan diri semata2. Dari situlah lahirnya SILAT LINTAU - gabungan diantara teknik pergaduhan (silat) dan tasauf.

Pada waktu ini juga gelanggang silat beralih ke surau dimana gelanggang didirikan ditepi surau dan ini merupakan permulaan kepada istilah SURAU SILAT di Lintau dan Minangkabau amnya. Di surau silat ini penuntut diajar ilmu agama dengan penekanan kepada pembentukan sahsiah diri (melalui ilmu tasauf) dan ilmu mempertahankan diri (silat). Pergerakan silat dilihat sebagai tajalli diri bathin yang harmonis. Ilmu pernafasan dan zikir diajar kepada penuntut silat untuk membentuk diri menjadi hamba Allah yang sholeh, wara' dan tawadhu'.

Gerak Asas

Gerakan pertama yang ingin dibincangkan kali ini ialah balabeh. Balabeh merupakan konsep yang merujuk kepada kedudukan tubuh pesilat dengan memasang kuda-kuda dan satu tangan diletakkan dihadapan dada. Pesilat berhadapan dengan lawan dalam kedudukan ini. Akan tetapi, balabeh sebenarnya mempunyai aspek yang lebih penting dari hanya kedudukan fisikal. Balabeh juga merujuk kepada keadaan mental dan konsentrasi pesilat. Setiap balabeh mempunyai nama yang tertentu seperti contoh: Balabeh Alang Babega.

Seperti yang dikatakan di atas tadi, silat dan ilmu agama disatukan menjadikan penuntut silat itu seorang yang bukan sahaja mahir bersilat tetapi juga dapat mengawal diri dari menyalahgunakan ilmu yang diperolehinya di gelanggang berkat daripada mempelajari ilmu tasauf. Orang Minangkabau berpendapat bahawa sebahagian daripada prinsip kehidupan itu boleh didapati daripada memerhatikan alam semesta sepertimana kata alam takambang dijadikan guru (Alam terkembang dijadikan guru). Al-Quran mengandungi intipati prinsip kehidupan yang mesti di pelajari. Kaitan diantara pergerakan silat dan Al-Quran adalah jelas dan ianya menjurus kepada nilai kewujudan manusia di bumi ini. 

Sekarang kita akan bicarakan tentang langkah silat dan empat peringkat nilai yang perlu ada bagi setiap pesilat.

Kebanyakan guru silat merujuk kepada langkah empat sebagai empat falsafah yang lahir daripada sifat Nabi Muhammad SAW. Langkah pertama dikaitkan dengan sifat Sidiq iaitu Benar dalam segala perbuatan, perkataan dan iqtikad dalam hati dan kewajipan pesilat itu ialah menegakkan kebenaran dimana sahaja dia berada. Kedua ialah Amanah dimana setiap pesilat itu dididik dan diasuh supaya tidak bersifat khianat pada bangsa, agama dan negara. Ketiga ialah Tabligh yang membawa maksud menyampaikan dan bagi pesilat Tabligh ini ialah menyampaikan kebenaran dalam kehidupan sendiri kepada ahli keluarga dan masyarakat dan keempat ialah Fathonah yang mendidik pesilat supaya berhikmah dalam menjalani kehidupan seharian. Hanya apabila seseorang itu berjaya menguasai keempat2 sifat ini lah baru dia boleh digelar Pandeka yang membawa maksud Pandai Akal. Disamping itu, ada juga guru silat yang memberi pengertian yang berbeza kepada langkah empat seperti umpamanya Syariah, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Begitulah seterusnya pada perguruan2 yang berasal dari Minangkabau.

Integrasi antara adat Minangkabau dan Islam boleh disimpulkan sebagai berikut. Adat Minangkabau menerangkan bahawa perkembangan kerohanian mesti melalui empat fasa iaitu: 

  • Urang - Mereka yang boleh berfikir
  • Urang nan takka urang: Mereka yang berfikiran kritis
  • Urang nan kajadi urang: Mereka yang mempunyai sikap yang lebih saintifik
  • Urang nan sabana urang: Mereka yang mempunyai pegangan atau falsafah hidup yang sempurna
Langkah empat juga diterjemahkan sebagai hubungan kekeluargaan dimana langkah pertama disebut Langkah Mande (Ibu) yang membesarkan kita. Dalam langkah ini tangan ditunjuk kebawah. Langkah kedua ialah langkah ayah dan dalam langkah ini satu tangan menunjuk keatas, langkah ketiga ialah langkah mamak (bapa saudara sebelah ibu - bhs. minang) dalam langkah ini pesilat melindungi badan dengan kedua belah tangan dan langkah keempat ialah langkah taqdir yang membawa pengertian bahawa kita tidak tahu apakah taqdir kita dan tidak dapat mengawalnya serta tidak tahu bila berakhirnya hayat kita dibumi ini.


Disini kita dapat melihat bahawa pendidikan silat ini berhubung kait dengan pembentukan sahsiah murid dimana murid yang belajar silat ini akan dilatih dan diasuh menjadi seorang yang cintakan kedamaian, bersikap patriotik dan memiliki peribadi yang mulia.




SEKIAN BAHAGIAN PERTAMA: