Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Sunday, 2 December 2012

Pentingnya Pelajaran Langkah Dalam Silat Lintau.

Pentingnya langkah adalah untuk memastikan penuntut silat itu 'hidup' pergerakannya apabila bersilat. Pelajaran Langkah juga penting untuk memastikan penuntut faham dan tahu bagaimana mengaplikasikan gerak dan buah semasa bertarung.


LANGKAH
Gunanya pemain diajar melangkah, supaya sipemain tepat tegaknya artinya tidak berdiri dengan kaku.

Tepat tegak itu adalah mengajar badan supaya menjadi 'lemas' (lemah liut) dan supaya mata cepat menangkap gerak. Sebab itu hendaklah sipesilat memahirkan benar2 langkah itu. Kalau sipesilat kurang mahir melangkah, tentu mereka kurang sigap menangkis.

   Langkah ada empat jenis:
  •          Pertama langkah Tiga
  •          Kedua langkah Empat
  •          Ketiga langkah Enam
  •          Keempat langkah Sembilan (gelombang 12)

Tiap2 langkah itu ada pertaliannya, langkah tiga bertali dengan langkah sembilan. Langkah empat bertali dengan langkah enam. Langkah enam bertali dengan langkah gelombang 12.

Sebelum orang memahirkan langkah tiga, orang belum dapat mempelajari langkah sembilan.Sebelum orang memahirkan langkah empat, orang belum dapat mempelajari langkah enam.

Tetapi untuk memahamkan langkah cukuplah untuk jadi pokok, mengetahui langkah 3 dengan langkah 4 sahaja, karena langkah 9 itu adalah percampuran dari langkah 3 dengan langkah empat.

MENYAMBUT/MENANGKIS
Dalam pelajaran silat, sipenuntut lebih dahulu diajar menyambut dengan baik.Sipenyambut mesti diajar betul2. Jangan sekali salah mengajar atau memberi sambut (menangkis) kerana salah sambut meniwaskan sipenyambut sendiri. Si penyambut sekali2 tidak boleh lengah memandang kepada muka lawan, kerana dari raut wajahnya akan diketahui apakah yang akan dilakukan oleh penyerangnya itu. 

No comments:

Post a Comment