Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Friday, 7 September 2012

Cara dan Adab Berdoa.

Kita setiap hari berdoa kepada Allah. Bagaimana cara berdoa yang dianjurkan oleh Allah? Sebelum kita membicarakan tentang cara berdoa marilah kita amati ayat yang berkaitan dengan doa. Allah menyuruh kita berdoa kepadaNYA dan berjanji bahawa DIA akan memperkenankan doa kita kepadaNYA.
40:60

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. Surah Ghafir: 60

Selain itu, terdapat Firman Allah yang mengajar kita bagaimana harus kita berdoa kepada NYA sepertimana firman NYA didalam Surah Maryam ayat 3:

19:3
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.  

Seterusnya didalam Surah Al-Israa ayat 110 Allah memberitahu supaya kita tidak terlalu meninggikan suara atau terlalu perlahan sewaktu berdoa kepadaNYA:

17:110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dalam Surah Tha-Ha ayat ke 7, Allah memberitahu kepada kita bahawa tidak perlu menyaringkan suara sewaktu berdoa sepertimana FirmanNYA:

20:7
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. 

Jelas disini bahawa kita diminta (diajar) supaya berdoa kepada Allah dengan suara yang tidak terlalu tinggi atau nyaring atau terlalu perlahan. Berdoalah dengan nada suara yang biasa dan sederhana.

Allahu A'lam.

No comments:

Post a Comment