Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday, 6 February 2012

Maulidur Rasul: Cukupkah dengan bersolawat dan berarak?

Hanya air mata yang mengalir bila mengenangkan susah payah baginda Nabi SAW dalam mengembangkan Islam... betapa deritanya sahabat baginda seperti Bilal bin Rabah dan ramai lagi diwaktu permulaan Islam...

Betapa hancurnya hati ini melihat keadaan umat Muhammad SAW hari ini... Umat yang tidak tahu apa-apa tentang Islam...
Teringat aku diwaktu itu, semasa berdiri dihadapan Maqam Rasulullah SAW... sambil menangis aku berdoa...


Teringat aku kepada Bilal bin Rabah... yang di ikat kaki dan tangannya... dijemur di padang pasir yang amat panas... sambil dadanya dihimpit dengan batu yang besar... namun beliau tetap teguh imannya... walaupun sakit tidak terhingga... tetap menyebut AHAD, AHAD, AHAD...


Teringat pula... kepada keluarga Ammar bin Yasir... Ibu Ammar merupakan syuhada pertama Islam di zaman awal perkembangan Islam diikuti oleh bapanya.... 


Teringat kembali.... sewaktu Nabi Muhammad SAW ke Thaif... dihambat oleh kanak-kanak dan pemuda... dibaling baginda dengan batu hingga berdarah... sehingga Nabi lari menyembunyikan diri dalam kebun Kurma... Nabi menangis... dan berdoa... lalu datang Malaikat Jibrail... menawarkan diri untuk menghempapkan bukit keatas mereka yang berbuat aniaya kepada Nabi Kekasih Allah... namun.... demi KASIHKAN UMATNYA... Nabi Muhammad SAW tidak mahu....


Kini... setelah lebih 1400 tahun Islam berkembang diatas muka bumi ini... Umat Islam menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan berarak... mengadakan ceramah agama dan bersolawat kepada baginda di masjid masjid dan surau surau... 


Cukupkah dengan hanya ceramah, berarak dan berselawat... Sedangkan Umat ini berada diambang kehancuran...


Sedarkah kita hari ini bahawa Umat Nabi Muhammad SAW hanya tinggal nama dan gelaran Muslim? Tahukah kita berapa ramai anak muda yang berusia antara 13 hingga 30 tahun yang TIDAK TAHU membaca Al-Quran? Tahukah bahawa kini ramai yang TIDAK TAHU apa itu Rukun Islam dan Rukun Iman?


Tahukah kita bahawa ramai yang hanya tahu membaca Surah Al-Ikhlas dan Al-Kafirun? Tahukah kita betapa ramainya anak muda yang tidak tahu surah-surah pendek dalam Al-Quran selain yang disebutkan diatas?


Apakah kita hari ini mahu melihat Umat ini lenyap dari muka bumi Allah?


Cukupkah sekadar ceramah, berarak dan berselawat?


Sekiranya anda merasakan apa yang saya rasa dan ingin melakukan sesuatu untuk memperbaiki hal ini maka saya menyeru dan mengajak saudara sekelian untuk bersama kami di PERSILEK untuk bersama dalam program 'KEMBALI KE PANGKUAN NABI' yang akan dilancarkan sedikit masa lagi... 


Sila kongsikan tampalan ini di Facebook dan Twitter anda jika anda ingin membantu memulihkan anak-anak bangsa kita yang semakin hanyut kini...


Dr. Kamal Shah,
Pandeka Sutan Rajo Sati,
Pasir Puteh,
Kelantan.

No comments:

Post a Comment