Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday, 29 August 2012

Mengisi Adat...




Mulai 1 Muharram 1434 maka berlakulah perubahan paling besar dalam sejarah Silat Lintau di Kelantan. Perubahan yang dimaksudkan adalah kembalinya segala adat istiadat Silat Lintau sepertimana yang diamalkan di Lintau, Sumatera Barat.




Ibarat Sireh Pulang Ke Gagang, Ibarat Ikan Pulang ke Lubuk begitulah perjalanan Silat Lintau yang hampir pupus di Malaysia. 

Atas usaha yang tidak pernah hentinya sejak mempelajari Silat Lintau ini, akhirnya pengasas Pertubuhan Seni Silat Lintau, Kelantan (PERSILEK) berjaya dalam misinya menjejak asal usul Silat Lintau yang dikembangkan oleh Pandeka Talib di daerah Kuala Kangsar, Perak. Usaha menjejak kasih dikenali sebagai Menapak Tilas Silek Nan Tuo Lintau itu bermula pada bulan Jun 2011 dan disusuli dengan beberapa siri lawatan ke daerah asal Silat Lintau. 

Alhamdulillah, hasil yang didapati sungguh berharga dan ianya bakal dijaga dengan sebaik2nya oleh generasi pewaris Silat Lintau di Kelantan. 

Silek Lintau (Silat Lintau) merupakan salah satu peninggalan budaya Minangkabau dan sekaligus merupakan seni bela diri yang tertua di Alam Minangkabau. Silat (silek) berasal dari bahasa Arab "wasilah" yang berarti merapatkan hubungan. Pada hakikatnya, silat adalah seni bela diri yang digunakan pada keadaan terdesak atau kritikal, sesuai dengan petua silat iaitu musuah indak dicari, jikok basuo pantang mailakkan (musuh tidak dicari, jika bertemu pantang dielakkan). Petua ini harus difahami bagi setiap pesilat. Silek adalah bentuk permainan yang berdasarkan ketangkasan menyerang dan membela diri samada bersenjata ataupun tangan kosong serta membentuk diri dan sahsiah pengamalnya.

Bermula 1 Muharram 1433/15 hb November 2012 Silat Lintau di Kelantan akan kembali mengamalkan Adat yang terdapat pada Silat Lintau. Setiap anak gelanggang dikehendaki untuk memenuhi syarat Adat Berlembaga ini pada waktu penerimaan murid. 

Syarat penerimaan murid ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keseriusan anak gelanggang untuk menggabungkan diri didalam PERSILEK. Syarat ini juga merupakan tanda budaya yang dapat dimanifestasikan melalui makna yang terkandung disebaliknya. Ianya perlu dilakukan untuk menjamin keaslian Silat Lintau dan mengelak dari ianya menjadi pupus.

Syarat ini mengandungi nilai falsafah adat diisi limbago dituang yang amat tinggi dan mendalam pengertiannya. Hanya mereka yang mengisi adat sahaja yang tahu apakah maksud daripada setiap sesuatu yang dipelajarinya mulai daripada penerimaan murid, mempelajari langkah dan sebagainya. 

Setelah adat diisi barulah murid tadi dibenarkan mempelajari Silat Lintau sepenuhnya.


No comments:

Post a Comment