William Ewart Gladstone ( 1809 – 1898 ) – mantan PM Britain zaman Queen Victoria “selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. – ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )
PRAKATA
Rasulullah SAW berpesan: Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita Sahabat bertanya Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, diwaktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir.. Petang Islam, pagi kafir balik. Sahabat bertanya lagi. Mengapa begitu ya Rasullullah? Rasullullah SAW menjawab, Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.
Gejala Murtad
Gejala murtad dan kerosakan akhlak dikalangan manusia hari ini berpunca
daripada perancangan halus musuh ketat Islam dan pelaksanaan perancangan
tersebut oleh umat Islam sendiri. Tanpa kita sedari, kita menjalankan
agenda yang dirancang oleh musuh kita untuk menghancurkan bangsa dan
umat Islam ini sedikit demi sedikit.
Tanpa mengira bangsa Melayu
atau sebaliknya, kehancuran akhlak yang membawa kehancuran umat Islam di
Nusantara sedang berlaku dengan skala yang cepat dan besar.
Gejala memurtadkan Umat Islam merupakan agenda terbesar musuh Islam dan ianya dilihat berjaya dilaksanakan dalam skala yang cukup menakutkan sekarang ini. Gejala Murtad yang melanda Umat Islam sekarang bukan sesuatu yang baharu. Ianya telah berlaku sejak sekian lama dan (seolah-olah) dibiarkan begitu sahaja tanpa penyelesaian yang konklusif dari pihak kerajaan. Undang-undang anti murtad yang disuarakan oleh beberapa NGO dan parti politik tidak dihiraukan.
Seks Bebas
Gejala seks bebas, jenayah rogol/zina dan liwat merupakan satu lagi gejala yang mengancam kehancuran Umat Islam mutakhir ini. Gejala ini juga berpunca daripada perancangan halus musuh ketat Islam yang berjaya diserapkan kedalam negara yang ramai Umat Islam seperti Malaysia dan Indonesia.
Dadah
Penyalahgunaan dadah sejak awal tahun 60-an hingga kini meningkat setiap hari dan melibatkan Umat Islam. Kes dadah tidak pernah berkurangan melainkan sentiasa meningkat setiap hari.
Jenayah Ragut dan lain lain
Jenayah seperti ragut (sesetengahnya melibatkan kehilangan nyawa), rompakan bersenjata, samun (dan samun bersenjata), curi (kereta, laptop, telefon bimbit dan lain2), pecah rumah, pembunuhan, semuanya hasil daripada perancangan halus yang diserapkan kedalam sistem kehidupan Umat Islam tanpa disedari.
PERANCANGAN HALUS MUSUH ISLAM
Samuel Zweimer – Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen: “ sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan Negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di Negara-negara Muhammad (Negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu yang sebegini, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu telah mempersiapkan ramai orang bijak pandai dalam kerajaan –kerajaan Islam bagi menyanggupi perjalanan di atas jalan yang telah kamu rintiskannya, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.
Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila ia mengumpul wang, maka ianya untuk (melayani) kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Ia memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya.
Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”
Diantara perancangan halus yang dijalankan bagi melemahkan Umat Islam diseluruh dunia ialah:
PERTAMA: Melaksanakan 3 F - Food, Fashion and Fun (hiburan)


Pemimpin Tertinggi Freemason: “ kita hendaklah menguasi golongan wanita.
Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan
perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan
tentera mereka daripada agama.”

So sebagai umat Islam, berhati-hatilah terhadap 3F ni, muhasabah diri
setiap malam sebelum tidur, apa yang kita buat pada hari ini. Kalau
perasan mana-mana bahagian yang tak elok kita dah terbuat, target supaya
ia tak akan berlaku lagi di masa hadapan.
Karl Marx – pengasas ideology sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada aqidah ketuhanan, beliau menjawab: “ penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem) , maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”
KEDUA: Melaksanakan Al-Ghazwul Fikrah dengan maksud menyerang pemikiran Umat Islam dan merosakkan akidah Umat Islam
KETIGA: 10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis ” bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat “
2) Menghapuskan Al-Qur’an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas
Gula dan Garam
Semenjak kalah
dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa
nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan
wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata:
“Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah
melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan
pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu
Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera
kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana
nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar
strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas
orang Islam.”
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan
Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan
Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu,
tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan
Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao . Lepas
tu kerajaan Islam Acheh … semuanya satu demi satu.
Macamana benda ni boleh terjadi?
GOSPEL,GOAL, GLORY .
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah
Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan
kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier, sebab nak sebarkan ajaran Kristian..
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian
yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah “garam dan
ragi”. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya
ubi kayu.. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih
lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan
orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan
cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan
hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam
atas batu hitam di malam gelita tu. Pertama, melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent
itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada
masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun
40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita,
berkaitan pendekatan garam dan ragi”. Pendekatan seperti ini
tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system
kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.. Sebaliknya orang tersebut
hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu,
ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah
lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian
nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.
Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan
bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,
menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan
agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi
yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat
Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu
nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu
Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim
Melayu sejati.. “Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa
nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi
untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak… Hari ni sapa
tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit
merah, Saint John’s Ambulans, sapa tak kenal palang merah.
Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah
satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni
mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.. Cara lain adalah dengan
menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan,
dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari
fitnah besar ini. Paling kurang pun, Sebarkan kepada pembaca dengan
blog anda supaya semua saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu.
Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali, copy dan email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak
berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan
dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit
pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
Kawan-kawan yang dikasihi, tolong copy dan forwardkan ini untuk
pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara
ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan
akidah kita yang telah di Islamkan ini.
No comments:
Post a Comment