Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday 26 April 2011

PERSILEK (Pertubuhan Silat Lintau Kelantan) telah menyiapkan modul bagi kursus silat peringkat Asas, Pra-Diploma dan Diploma Silat. Mereka yang berminat boleh mengutarakan sebarang pertanyaan kepada Pendaftar Silat Lintau di lintaukelantan@gmail.com

Saturday 16 April 2011

TEATER TOK JANGGUT - PAHLAWAN JIHAD KELANTAN.

TEATER TOK JANGGUT
ANJURAN BERSAMA PERSILEK


Seramai 30 orang pesilat dari PERSILEK mengambil bahagian dalam pembikinan teater yang memaparkan kisah perjuangan Tok Janggut menentang Inggeris pada tahun 1915 yang lalu.

Thursday 14 April 2011

AKU BUKAN PENDERHAKA

Sememangnya amat mudah melontarkan tuduhan melulu terhadap seseorang, terutama sekali bila orang tersebut bukan sahaja tiada di depan malah berada beratus batu jauhnya... Tuduhan melulu, lambat laun akan kembali kepada sipenuduh... Sesungguhnya Allah itu MAHA ADIL dan MAHA BIJAKSANA...


Saya seorang penderhaka?


Hahaha... gelak besar saya pabila diberitahu bahawa saya telah menderhaka kepada Perguruan Silat Lintau dan MAHAGURU. Lucu sungguh mendengarkannya. Orang yang berkata demikian bukanlah seorang yang lebih tahu tentang apa yang diperkatakannya. Kenal saya pun belum.

Oleh: Dr. Kamal Shah @ Raden Ahmad Guntur

Thursday 7 April 2011

KURSUS DAN BENGKEL JURULATIH SENI SILAT LINTAU

Permohonan Adalah Dibuka Kepada Warganegara Malaysia Berumur 18 Tahun Keatas Yang Berminat Untuk Mengikuti Kursus Dan Bengkel Jurulatih Seni Silat Lintau Anjuran Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan. 


SYARAT:


Warganegara Malaysia 
Berumur 18 Tahun Keatas
Beragama Islam
Berminat Untuk Mengajar Di Sekolah


Peserta Kursus DIWAJIBKAN Membuka Sekurang2nya Satu Gelanggang Di Mana-Mana Sekolah Menengah Di Daerah Masing2 Setelah Tamat Kursus Dan Bengkel Tersebut. 


Borang Permohonan Boleh Didapati Daripada SINI


Permohonan Hendaklah Dihantar Ke Alamat:


Urusetia Kursus/Bengkel Jurulatih Seni Silat Lintau,
Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan,
291c Jalan Pondok,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.