Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday, 9 August 2012

RAYUAN ZAKAT/DERMA

Hari Raya makin hampir dan Umat Islam makin sibuk untuk menyambutnya dan bergembira bersama keluarga. Namun janganlah hendaknya kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Post kali ini ingin memohon sumbangan ZAKAT/DERMA dari mereka yang prihatin kepada nasib anak yatim, pelajar miskin dan golongan muallaf di Pasir Puteh, Kelantan.


PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU, PASIR PUTEH, KELANTAN (PERSILEK) berhasrat mengadakan kutipan DERMA/ZAKAT bagi mereka yang layak menerima bantuan zakat seperti Anak Yatim, Pelajar Maahad Tahfiz (Fi-Sabilillah), Muallaf dan Keluarga Miskin disekitar Pasir Puteh.

Mereka yang akan menerima bantuan derma/zakat tuan/puan adalah mereka yang benar2 memerlukan. Ada diantara mereka putus hubungan keluarga kerana masuk Islam, ada yang kehilangan kedua orang ibubapa.

Bantulah mereka yang memerlukan ini agar mereka dapat bergembira di Hari Raya seperti anak2 lain. Semuga Allah membalas jasa dan budi Tuan/Puan yang memberikan sumbangan kepada mereka. 

Sekiranya Tuan/Puan ingin menyumbang kepada mereka ini, Tuan/Puan boleh lah melakukan dengan memberi sumbangan melalui akaun berikut:


PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU PASIR PUTEH
BANK ISLAM : 030-900-100-478-11

Derma/Zakat yang diberi akan disalurkan kepada:

- Pusat Tahfiz dan Anak Yatim Pasir Puteh, Kelantan (DARUL AITAM, PASIR PUTEH)

- Pelajar Silat Lintau yang berstatus anak yatim

- Golongan Muallaf yang memerlukan bantuan.

Tuan/Puan yang budiman yang ingin mendapatkan resit diminta menghubungi kami dengan maklumat berikut dan menghantarkannya kepada emel kami yang tertera di bawah:

MAKLUMAT TUAN/PUAN

NAMA:

ALAMAT:

NO TELEFON / H/PHONE:

TARIKH WANG DIMASUKKAN:

MASA WANG DIMASUKKAN:

JUMLAH YANG DISUMBANG:

Hantarkan maklumat kepada lintaukelantan@gmail.com

No comments:

Post a Comment