Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Friday 24 June 2011

Bagaimana nanti kalau.....

Bagaimana agaknya nanti...


Kalau langkah yang ditunjukkan BUKAN Silat Lintau tapi Silat Teralak?

Thursday 23 June 2011

SILEK TUO

Bercerita tentang Silat Lintau, kita tidak boleh lari daripada Silat Tua. Ini adalah kerana Silat Lintau merupakan Silat Tertua yang lahir di Ranah Minangkabau. Di daerah Lintau inilah lahirnya Raja2 Minangkabau dan Kerajaan Minangkabau yang pertama.

Wednesday 22 June 2011

Raso Pareso

RASO dengan PARESO

Adalah sumber ilmu pengetahuan
Bahasa verbal yang diucapkan&dimaksudkan seseorang, sering ditafsirkan berbeda oleh pendengarnya, termasuk pula dalam hal memahami penafsiran kitabullah yang tertulis (kitab suci agama-agama).


Surat Untuk Pembaca....

Dari: Dr. Kamal Shah
Presiden
PERSILEK

21 Jun, 2011 01:34am

Assalamu 'alaikum wm wb.,

PEMBACA YANG BUDIMAN


Pada tanggal 27hb Jun, 2011, saya dan dua orang pengiring akan melawat ke Nagari Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Acara ini disebut oleh 'urang awak' sebagai Menapak Tilas Silek Lintau.

Tujuan saya kesana adalah untuk mengesahkan yang mana satukah langkah Silat Lintau yang sebenarnya daripada Tuo Silek Lintau yang masih hidup di Nagari Lintau.

Saya mengadakan acara Menapak Tilas ini kerana di Malaysia kini terdapat kekeliruan tentang Silat Lintau ini. Di Malaysia sekarang ini terdapat berbagai versi Silat Lintau yang dikemukakan ke khalayak ramai (publik). Soalnya adakah kesemuanya itu boleh dikatakan Silat Lintau atau sebaliknya.

Saya mula menjalankan kajian sejarah mengenai Silat Lintau ini pada tahun 1986 lagi akan tetapi sehingga kini tiada satupun sejarah mengenai Silat Lintau ini ditulis oleh orang Lintau yang boleh didapati diinternet. Tiada satupun...

Kenapa jadi begitu? Tidak lain dan tidak bukan ialah Silat Lintau kini menjadi 'panaruahan' bagi Tuo Silek dan tidak dibenarkan sesiapa pun membuat rakaman mengenainya. Ianya bertujuan mengekalkan keaslian Silat Lintau yang dipandang mulia dan tinggi oleh mereka yang ahli.

HASIL KAJIAN

Hasil dari berinteraksi dengan mereka yang mempelajari Silat Lintau di Ranah Lintau maka saya dapat simpulkan beberapa perkara dan hal ini akan saya dedahkan setelah pulang dari Lintau nanti. Untuk posting kali ini, cukuplah jika saya katakan bahawa Silat Lintau ini terdiri dari sembilan disiplin ilmu beladiri yang lahir di Ranah (Tanah) Lintau, Minangkabau.

Seperti yang pernah dikatakan:

Silat Lintau umpama sebatang pokok yang daunnya terlalu lebat dan berwarna hijau, dan buahnya juga berwarna hijau, justeru, amat sukar untuk melihat buah kerana persamaan warna buah dan daun. Tetapi, apabila diselak daunnya, alangkah terkejutnya kita kerana terdapat ribuan buah disebaliknya.


Kalau hanya tahu satu dari sembilan pola langkah dan disiplin Silat Lintau, usahlah membangga diri, mendabik dada mengatakan AKU ADALAH BENAR dsb... Yang penting kini ialah kita mengetahui dari mana asal usul Silat Lintau yang kita pelajari itu dahulu adakah Lintau Tanjung Bonai atau Lintau Tigo Selo, adakah berasal dari Pangian atau dari Balai Tangah dsb... 


Semua ini akan saya dedahkan setelah pulang dari Lintau, Tanah Datar nanti.

Tuah Sepakat, Alur dan Patut

Dr. Kamal Shah
Presiden
PERSILEK.

Siapa Pandeka Talib dan dari manakah asal usulnya?

PENCARIAN HAMPIR BERAKHIR.... TUNGGU....................................

Monday 20 June 2011

Panglima Ismail - Panglima Kedah

PADA JAM 3:15 PTG TADI, SAYA MENERIMA PANGGILAN TELEFON DARIPADA CUCU CICIT PANGLIMA ISMAIL INI. MENURUT BELIAU ADA SEBAHAGIAN KISAH INI YANG PERLU DIPERBETULKAN... SAYA AKAN MEMBETULKAN SEMUA FAKTA SETELAH MENERIMA KISAH YANG SEBENAR... IKUTI PERKEMBANGAN KISAH PANGLIMA ISMAIL SELANJUTNYA NANTI... Dr. Kamal Shah...



Panglima Ismail - Panglima Kedah

Panglima Ismail merupakan seorang panglima kanan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845), sultan Kedah Darul Aman yang ke 22. Semasa pemerintahan baginda terdapat beberapa peperangan antara negeri Kedah dan Thai sehingga baginda terpaksa melarikan diri ke Perak, Melaka dan sehingga ke Temasik kerana Inggeris tidak mahu memberi pelindungan.

Sunday 19 June 2011

Menapak Tilas

MENAPAK TILAS SILEK TUO LINTAU

Assalamu 'alaikum Bapak2, Ibu2 dan sekalian yang berada dunsanak serta pengikut Blog Lintau Art Studio ini.

Acara MENAPAK TILAS SILEK TUO LINTAU akan dimulakan pada tanggal 27hb Jun, 2011 bertempat di Lintau Lima Koto iaitu di Lintau Buo Utara. Turut memeriahkan acara MENAPAK TILAS SILEK TUO LINTAU termasuk antara lainnya: 

Silek Minangkabau, Etalase Ribuan Filosofi

Silek Minangkabau, Etalase Ribuan Filosofi 

oleh : Fitria Andayani



Minangkabau, silat atau silek tak sekadar sebuah seni bela diri. Lebih dari itu, silek adalah cara untuk berkawan dan pada akhirnya jalan menemukan Tuhan. Silek pun telah meretas jalan dalam torehan sejarah awal berdirinya negeri ini. Kalf" .pertama, silek diperkenalkan oleh Datuk Suri Diraja dari Kerajaan Pariangan di kaki Gunung Merapi pada abad Xl. Sejak itu, silek mulai dipelajari banyak orang, baik itu di Minangkabau hingga Jawa dan Malaysia. Bahkan, di masa Kerajaan Majapahit, silek merupakan ilmu perang untuk memperluas wilayah kekuasaannya. Ini sekaligus mengukuhkan masa keemasan silek di abad ke-16.

Saturday 18 June 2011

Adat-istiadat Minangkabau

Kata Adat berasal dari bahasa Arab yang secara etimologis berarti kebiasaan yang berlaku berulang-kali. Sederhananya, adat Minangkabau itu artinya "Bapucuak sabana bulek, basandi sabana padek", artinya orang Minang percaya kepada Allah SWT yang ajarannya tersurat dalam Al-Qur'anul Karim, dan tersirat kepada alam (Alam Takambang Jadi Guru).


Pengetahuan adat Minangkabau itu dihimpun di dalam "Undang nan Duo Puluh Cupak nan Duo" :


Friday 17 June 2011

Wong Fei Hung Seorang Muslim?

Aku yakin ramai dari kita di Malaysia ini yang mengenali Wong Fei Hong. Al maklumlah, pendekar Wong Fei Hong, lakonan Jet Li banyak keluar dalam filem-filem kungfu yang best seperti Once Upon in China I, II & III. Tipu la kalau korang tak pernah dengan nama pendekar kungfu terulung ni. Persoalan sekarang, adakah benar Wong Fei Hung itu seorang cina muslim? Sebelum tu, aku nak bagi mukadimah sedikit berdasarkan pengalaman aku. Sejak aku mengikuti gerakan usrah, alhamdullillah banyak benda yang telah aku pelajari tentang sejarah Islam kita di bawah program Ini Sejarah Kita (ISK) (boleh google untuk mengetahui lebih lanjut). Satu per satu kebohongan dan tipu daya orang Yahudi dan Nasrani ini dibongkar.

Thursday 16 June 2011

Pandeka Talib

Siapa Pandeka Talib dan dari manakah asal beliau?

Apakah benar Pandeka Talib membawa Silat Lintau atau Silat Pangian?

Wednesday 15 June 2011

Tok Ki Baharom

Siapa Tok Ki Baharom dan dari mana beliau mendapat ilmu silatnya?


Adakah Silat yang diamalkan oleh Pendekar dari Padang Rengas itu Silat Lintau? 

PERKEMBANGAN SILAT LINTAU (SILAT TUA) DI MALAYSIA 2

SILAT LINTAU - SILAT MINANGKABAU

Dalam posting sebelum ini, saya telah menceritakan sedikit mengenai  Silat Lintau yang di bawa ke Malaysia oleh Pandeka Talib yang berasal dari Nagari Lintau, Ranah Minangkabau. Posting kali ini akan mendedahkan sistem pembelajaran Silat Lintau yang sebenarnya. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan yang diterima dari mereka yang masih mengekalkan langkah Silat Lintau atau kini lebih dikenali sebagai Silek Tuo Minangkabau. 

Monday 13 June 2011

PERKEMBANGAN SILAT LINTAU (SILAT TUA) DI MALAYSIA

Silat Lintau berasal daripada Kenagarian (Ranah) Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Silat Lintau dikenali di Minangkabau kini sebagai Silat Tua dan ada juga yang masih mengekalkan nama Silek Lintau.

Silat Tua di kenal pasti berkembang di Malaysia di daerah Kuala Kangsar, Perak. Ianya di kembangkan oleh Pendekar Talib yang berasal dari Ranah Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Beliau telah menurunkan ilmunya kepada Kulop Mat Deros yang kemudian menurunkan pula ilmu ini kepada Tok Ki Baharom, Ahmad Bin Rashid dan Pak Da Abas. Selepas daripada itu, masing-masing membuka gelanggang untuk belia2 di sekitar Kuala Kangsar dan Padang Rengas.

Tuesday 7 June 2011

Silat Tradisi Minangkabau Diancam Kepupusan

Padang, Kompas – Silat tradisi Minangkabau terancam punah karena kurangnya minat generasi muda untuk mempelajarinya.
Generasi muda lebih tertarik mempelajari ilmu bela diri yang berasal dari luar karena dengan mudah bisa dikuasai. Adapun seni silat tradisi Minang dinilai sangat rumit, filosofinya tinggi, bahkan sang guru (pandeka atau tuo silek) tak jarang dinilai pelit memberikan ilmu terbaiknya.

Sunday 5 June 2011

Ingin belajar Silat Lintau?

Sesiapa yang berminat untuk mempelajari Silat Lintau adalah dikehendaki untuk:


  • Menjadi ahli PERSILEK dengan mendaftarkan diri menggunakan borang yang terdapat di pejabat PERSILEK
  • Menjelaskan yuran pendaftaran dan bulanan
  • Membeli set uniform
  • Menghadiri sesi latihan di gelanggang


Buat masa ini gelanggang yang diselia oleh PERSILEK adalah di:
  • GELANGGANG PUSAT: JALAN PONDOK, PASIR PUTEH, KELANTAN. 
  • SMK DATO ISMAIL, PASIR PUTEH, KELANTAN.
  • SMK TOK JANGGUT, PASIR PUTEH, KELANTAN.
  • SMK SRI AMAN, PASIR PUTEH, KELANTAN.
Sekian di maklumkan.