Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Sunday, 1 July 2012

SILAT : PERMAINAN ATAU ILMU PERANG?

SILAT (سيلت) kini dipandang sebagai 'permainan' dan bukannya sebagai Ilmu Perang yang diwarisi daripada Hulubalang, Pahlawan dan Pendekar zaman dahulu yang mewarisi ilmu ini daripada para shahabat Rasulullah dan ulama salaf. 

Terdapat bukti jelas bahawa Musa Al-Kazim R.A., cucu Rasulullah S.A.W., adalah seorang Pendekar yang mempunyai gelanggangnya sendiri. Kisah Musa Al-Kazim tenggelam dengan berkembangnya sistem pendidikan yang dikembangkan oleh penjajah dan ianya menyebabkan Umat Islam keturunan Melayu kini lemah.

Saya bukan seorang penulis seperti blogger lain. Saya menulis untuk meluahkan rasa dari hati untuk tatapan murid2 yang bertaburan di seluruh negara. Mereka kenal saya, tahu hasrat hati saya, faham perjuangan saya....
"Seni Silat atau Ilmu Silat merupakan nama bagi Ilmu Beladiri yang terdapat di Nusantara. Silat (Silek dalam bahasa Minangkabau) dikembangkan sejak dahulu oleh para Pendekar yang mempunyai berbagai gelaran. Antaranya ialah Panglima, Mahaguru, Tuo Silek, Guru Tua dan lain2 lagi."

Perkataan Silat sering dikaitkan dengan silaturrahim dan sholat tapi kalau diperhatikan, silat ditulis dengan huruf TA dihujungnya dan huruf SIN dipangkalnya. Maka jadilah Silat itu SIN, YA, LAM-ALIF dan TA dan bukan lain dari itu.

Sebelum saya mengulas tajuk diatas, ingin saya paparkan beberapa pengertian Silat yang digunapakai oleh sesetengah orang dan persatuan/pertubuhan di negara ini.

SILAT DAN SHOLAT

Terdapat sesetengah pertubuhan/persatuan Silat yang mendakwa bahawa Silat mereka berasal dari gerak Sholat dan oleh kerana itu mereka mendakwa bahawa Silatnya itu yang lebih Islamik, yang lebih tepat, yang lebih baik dan sebagainya. Saya tidak berhajat untuk mengulas lanjut mengenai hal ini.

SILAT DAN SILATURRAHIM

Mereka yang mengatakan bahawa Silat itu berasal dari Silaturrahim dan tujuan bersilat ialah untuk menghubungkan Silaturrahim supaya manusia berbaik-baik dan hidup berpakat dalam masyarakat. Satu penjelasan yang diterimapakai oleh ramai orang dan ianya dilihat sesuatu yang positif dan patut digalakkan.

SILAT DAN RAJA MELAYU

Ada pula yang mengatakan bahawa Silat mereka berasal dari pakaian Hulubalang Raja dan Sultan zaman dahulu. Pun hal ini tidak kita nafikan.

SILAT DAN TASAWUF

Kaitan Silat dan Ilmu Tasawuf dikaitkan oleh sesetengah pihak. Mungkin ada kebenaran pada sesetengah daripada mereka namun kajian yang lebih teliti diperlukan untuk memastikan mereka tidak terjerumus kedalam ajaran sesat yang banyak berkembang di negara ini.

SILAT DAN ILMU KEBATINAN

Suatu hal yang rata2 dilihat sebagai suatu yang tidak dapat dipisahkan dari Ilmu Silat ialah Ilmu Kebatinan seperti Ilmu Kebal atau Penimbul, Ilmu Ghaib (ada lagi ke sekarang ni?) Ilmu Parang Terbang, Ilmu Pukulan Jarak Jauh (seperti Nasrul Haq, Prana Sakti dsb) Ilmu Tenung dan bermacam2 lagi ilmu yang mempunyai kesaktian dan kelebihan kebatinan. Ini juga perlu pemerhatian dan pengawasan yang betul kerana didalam sesetengah daripada ilmu2 tersebut terdapat unsur2 Ilmu Hitam dan menyesatkan/merosakkan Akidah penuntut Ilmu Silat tersebut.

SILAT DAN ILMU JIHAD

Walaupun ada sesetengah pihak mengaitkan Silat dengan Ilmu Jihad/Perang Jihad namun penulis mendapati kebanyakannya lebih kepada retorik semata2.



PERBANDINGAN DAHULU DAN SEKARANG

Ramai yang tidak tahu kisah sebenar Hang Tuah atau Datuk Laksamana Tun Tuah. Pelbagai pendapat dikeluarkan tanpa bukti arkeologi atau dokumentasi yang kukuh mengenai kewujudan dan asal usul kelahirannya dan sebagainya.

Kesemua pendapat itu boleh dibuang begitu sahaja pada pendapat saya kecuali beberapa pandangan yang boleh kita terima pakai walaupun ianya datang dari orang lain/orang luar.

Ramai diantara kita juga menerima bulat2 sejarah penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511 tanpa mengetahui kisah sebenar yang berlaku pada waktu itu. Sejarah yang ditulis oleh para orientalis barat tersebut memperlekehkan sistem pertahanan Sultan Melaka dan Ilmu Silat yang diamalkan oleh orang Melayu/Islam waktu itu. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk melemahkan semangat orang Melayu dan melenyapkan semangat Jihad dikalangan Umat Muhammad S.A.W terutama generasi kini.

Saya tidak bertujuan untuk membahaskan hal ini dengan panjang lebar. Cuma sekadar memberi pengetahuan umum mengenainya.

Dahulu dan Sekarang

Kalau dulu, ibu dan arwah ayah saya sempat belajar Matan Arba'in atau lebih dikenali sebagai Hadis 40 Imam Nawawi dan beberapa kitab lain maka kini tidak seorang pun didapati mengajar kitab2 tersebut.


Kalau dulu mereka belajar dan menulis dalam tulisan Jawi maka kini anak muda tidak lagi mengenal huruf dan bahasa mereka sendiri.


Kalau dulu orang ke sekolah membaca AlQuran tapi anak muda sekarang baca Al Fatihah pun kantoi.


Kalau dulu orang lelaki boleh dijadikan Imam dan perempuan pula pandai memasak, menjahit, tating dan buat kueh tapi sekarang orang lelaki boleh dijadikan banduan kerana hisap dadah dan gam, dan perempuan pula pandai beranak sebelum menikah.


Dahulu, Silat di ajar disegenap pelusuk kota termasuk di kampung2. Setelah British memerintah Tanah Melayu dan kejatuhan Khilafah Uthmaniyah di Turki maka bermulalah pemerintahan pecah dan perintah (suatu kepakaran British dalam kolonialisma) dilaksanakan di Tanah Melayu.

Dahulu masa saya sekolah kami diajar ilmu Sivik tapi kini anak2 ramai yang rosak moralnya.

Kalau dulu anak dirotan oleh guru, bila balik ke rumah dimarahi pula oleh ibubapa tapi kini guru yang merotan murid terpaksa pakai baju besi untuk melindungi diri dari dibelasah oleh si bapa.

Kalau dulu guru dihormati kerana kehalusan budi dan tinggi nilai budayanya tapi kini guru dipandang rendah kerana hilang budaya dan kasar dalam berbicara. (Saya tahu bukan semua guru begitu sekarang ini, masih ada lagi guru yang halus budi bahasa, pandai mengambil hati orang ramai dan amat tinggi nilai budayanya)

Kalau dulu Wakil Rakyat, Guru dan Pegawai Kerajaan menjemput Silat untuk membuat persembahan pada hari keramaian tapi kini Wakil Rakyat, Guru dan Pegawai Kerajaan lebih suka mengadakan acara yang berbaur maksiat daripada memaparkan Silat.

Kalau dulu setiap majlis kahwin akan dihiburkan dengan Silat Pengantin tapi kini karaoke menggantikan tempat nya.


Begitulah serba sedikit tentang dahulu dan sekarang.


Kesan dan akibat

Kesan penjajahan masih terasa dengan hilangnya banyak 'aset' bangsa Melayu ini. Yang pertama hilang ialah pendidikan.

British membawa dan mempergunakan 'pendidikan' sebagai senjata ampuh untuk melemahkan semangat dan kekuatan orang Melayu. Mereka mendirikan sekolah dan mendidik anak bangsa ini serta memasukkan beberapa perkara yang menyebabkan Silat terpinggir, dipinggir oleh bangsa Melayu sendiri dan akhirnya diperlekeh dan dibenci oleh orang Melayu itu sendiri.

British membawa masuk acara sukan disekolah2. Acara yang penuh gilang gemilang dan diadakan dengan begitu meriah sekali di tahun2 60-an itu menyebabkan anak Melayu lalai dan leka dengan permainan yang dianjurkan.

British juga membawa masuk Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Pengakap dan St. John Ambulance antara lainnya untuk menyibukkan anak kolonialnya dengan aktiviti 'berfaedah' dan 'kebajikan' yang kononnya berbentuk kemanusiaan... Kemanusiaan lah sangat bila segala yang dibawa oleh mereka melenyapkan identiti bangsa Melayu/Islam yang tulen dengan identiti Melayu Baru yang lebih cenderung kepada pemikiran ala Barat yang menjahanamkan bangsa.

SILAT: PERMAINAN ATAU ILMU PERANG

Kembali kita kepada perbicaraan tentang Silat: Permainan Atau Ilmu Perang? Rata-rata kini orang mengatakan bahawa Silat merupakan salah satu permainan yang diajarkan di kampung-kampung. Kenyataan sebegini memberikan gambaran seolah2 Silat hanya layak diajar dan dimainkan di kampung-kampung dan ianya hanya sebagai salah satu permainan rakyat seperti Gasing, Wau dan lain-lain lagi.

Pandangan sebegini diutarakan oleh orang Melayu sendiri yang menganggap Silat tidak lebih dari permainan orang kampung. Mereka ini sebenarnya tidak tahu asal usul Silat yang sebenarnya dan peristiwa yang meliputi penaklukan Melaka pada 1511. Andainya mereka ini tahu kisah yang sebenar maka sudah tentu mereka akan berusaha belajar hingga menjadi Pendekar dan mendidik anak bangsa menjadi 'Urang Nan Sabana Urang' 'Manusia Sebenar2 Manusia'.

Institusi Silat yang tumbuh bagai cendawan selepas peristiwa hitam pada tahun 1969 dilihat sebagai suatu yang positif pada peringkat awalnya dan akhirnya dikawal ketat dengan pelbagai undang-undang dan akta yang menyebabkan Guru2 Silat tidak dapat menyampaikan mesej dengan sempurna dan mengajar anak murid hingga menjadi Pendekar dalam artikata yang sebenar.

Banyak larangan dikenakan keatas Silat dan ini menyebabkan hilangnya semangat dan jati diri bangsa Melayu. Apabila PESAKA ditubuhkan dan memperkenalkan pertandingan Silat Olahraga dan Silat Seni maka ilmu Silat semakin pudar dan semakin ditekan terutama di Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi. Belajar Silat kini bukan lagi untuk menjadi Pendekar tapi ingin mengejar Pingat dan Sijil dan mengejar gelaran JUARA SILAT.

Silat mengikut kajian saya berkaitan rapat dengan Tawassul dan Wasilah. Ini kerana didalam Ilmu Silat, penuntut di didik dan diajar untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT dan tidak bergantung kepada selain Allah.



وَتَوََّسَلَ ِالَى َرّبِهِ ِبَوِسْيَلهٍ
"dia berwasilah yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah" 

Dalam 'al-Misbah' disebutkan

وسيلت الى الله با لعمل

ertinya "Aku berwasilah (mendekatkan diri) kepada Allah dengan amal" 


   

اَسََلَ dari bab وَعَدَ ertinya رَغيِْتُ dan تَقَرَّْتُ 

maksudnya "Saya suka dan saya mendekatkan diri"

Dari kata dasar itu, pecah menjadi kata الوسيله iaitu هِىَ ماَ يتَقَّربُ بِهِ اِلَى الشَّيءِ - sesuatu yang didekatkan kepada sesuatu.


Silat atau سيلت dapat diertikan sebagai 'suatu perbuatan atau amal yang mendekatkan diri kepada Allah'

Sebab itu, kita sering diberitahu dan diajar oleh guru2 silat yang wara' dan mempunyai ilmu agama yang tinggi supaya berusaha untuk mendampingkan diri dengan ulama', dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

Itulah pengertian Silat (سيلت ) pada pendapat saya. Pembaca tidak semestinya bersetuju dengan pendapat saya ini dan bukan tujuan saya untuk membuat anda setuju.

Justeru itu, Silat dilihat sebagai suatu perbuatan/latihan fizikal yang bukan sahaja menjadikan seseorang itu cerdik akal lihat disini tetapi juga dapat mendekatkan diri pesilat kepada Allah secara langsung (melalui penyampaian guru) atau tidak langsung (dengan mengamalkan langkah silat yang diajar).


SEKARANG KITA DATANG KEPADA TOPIK UTAMA: 


ADAKAH SESUATU YANG DAPAT MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH (بَوِسْيَلهٍ) SUATU PERMAINAN ATAU ADAKAH SILAT/سيلت  ITU ILMU PERANG?
 

TEPUK DADA, TANYA IMAN...


Sekian.

No comments:

Post a Comment