Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday, 20 December 2012

Jangan Kata Saya Berbohong

Tajuk post kali ini sengaja dibuat begitu supaya dihari2 akan datang tidak ada yang mengata yang bukan-bukan mengenai Silat Lintau yang saya kembangkan dan yang berkaitan dengan diri saya sendiri.

Saya sedar siapa diri saya dan tahu apa yang saya lakukan. Sepanjang saya mengajar Silat Lintau mulai tahun 1994 hingga kini, saya tidak pernah sekalipun mengatakan saya pandai berSilat Lintau atau tahu segala2nya. Saya akui dan selalu memberitahu anak murid saya bahawa ada lagi orang yang masih hidup, yang lebih pandai dari saya.

Saya sayangkan Silat Lintau ini, yang dikembangkan di Daerah Kuala Kangsar oleh Pandeka Talib yang berasal dari Lintau, Sumatera Barat. Tidak lebih dari itu. Saya amat sayang pada Silat Lintau ini.

Tanpa saya sedari, apa yang saya kembangkan ini rupa2nya ada 'roh' yang tersendiri. Roh yang dimaksudkan ialah Ilmu Islam dalam gerak dan langkah dalam duduk dan berdiri, dan setiap perlakuan semasa berSilat.

Roh itu adalah merupakan 'Lembaga' yang dituang kepada anak murid oleh sang guru, supaya muridnya menjadi 'Urang Nan Sabana Urang' dikemudian hari.

Bermula dari meminang guru, mengisi adat, hinggalah pelajaran langkah, murid dididik dengan Falsafah yang bertunjangkan AlQuran dan Sunnah, membentuk peribadi mulia supaya apa yang dipelajari tidak digunakan sewenang2nya dihari muka. Ini kerana, Silat yang berasal dari keNagarian Lintau ini merupakan senjata yang paling bahaya jika disalahgunakan oleh sesiapa sahaja.

Silat Lintau ini gunanya untuk mempertahankan diri, bukan untuk memusnahkan nyawa orang dan Silat Lintau ini juga tidak memukul kecuali perlu. Kebanyakan geraknya dan serang balasnya akan menyebabkan si penyerang terpukul dengan pukulan mereka sendiri. Itulah hakikat dari Silat Lintau.

Di Malaysia kini, terdapat 3 pertubuhan yang mengajar Silat Lintau yang dibawa oleh Pandeka Talib. Satu ialah PERSILEK yang saya pimpin, kedua Lintau Warisan dan ketiga Lintau Pelangi. Kedua2nya belum saya lihat lagi tapi saya tahu sudah bertapak di Perak. In sya Allah dengan izinnya saya akan sampai kesana untuk menziarahi mereka.

Saya tidak pandai, tetapi sedih apabila ada yang pandai tak mahu berkongsi ilmu, tak mahu berganding bahu, tak mahu memberi tunjuk ajar, tak mahu bersama melestarikan Silat Lintau ini. Tangan dihulur tidak disambut. Malah ada yang mengata bahawa saya ni Gila Kuasa dan Tamak. Astaghfirullah....

Mereka tidak tahu cerita yang sebenar... perjalanan saya dalam 'mencari' kebenaran tentang Silat Lintau memaksa saya melakukan sesuatu yang akhirnya saya tahu akan memakan diri. Namun, demi sebuah kebenaran, saya gagahkan juga untuk menyiasat, menelusuri, sejarah Silat Lintau ini hingga ke akar umbi dan akhirnya kebenaran itu saya temui.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment