Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Saturday 11 August 2012

Bantuan Hari Raya

PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU, PASIR PUTEH, KELANTAN (PERSILEK) berhasrat mengadakan kutipan DERMA/ZAKAT bagi mereka yang layak menerima bantuan zakat seperti Anak Yatim, Pelajar Maahad Tahfiz (Fi-Sabilillah), Muallaf dan Keluarga Miskin disekitar Pasir Puteh. 
BANTULAH MEREKA INI

Firman Allah (maksudnya):

    “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.:

    “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Sumbangan boleh dihantar kepada:

PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU PASIR PUTEH
BANK ISLAM : 030-900-100-478-11

Setelah Tuan/Puan memasukkan wang kedalam akaun kami, Tuan/Puan dikehendaki menghantar maklumat berikut kepada email Pertubuhan bagi tujuan pengeluaran resit.

  1. NAMA:
  2. ALAMAT:
  3. NO TELEFON / H/PHONE:
  4. TARIKH WANG DIMASUKKAN:
  5. MASA WANG DIMASUKKAN:
  6. JUMLAH YANG DISUMBANG:

Hantarkan maklumat kepada lintaukelantan@gmail.com

No comments:

Post a Comment