Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday 27 November 2012

Kunjungan Sahabat Lama...

Lama sudah tidak mendengar khabar berita darinya... hari ini beliau ke Kelantan... sahabat lama yang sungguh baik budi pekerti dan the best of friends.... Rindu....

Lebih mesra dengan panggilan Cikgu Din, Guru Silat Gayung Fatani Cikgu Khairuddin Ghazali berkunjung ke rumah saya petang tadi. Sesuatu yang tidak diduga... lama sungguh tidak berjumpa dengannya...

Kami berborak hal2 Silat seperti biasa.... ramai yang tidak mengetahui bahawa Guru Silat saya yang pertama ialah AlMarhum Cikgu Anuar Wahab, Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia. Saya berguru dengan cikgu Anuar Wahab sebelum beliau menubuhkan PSSGFM lagi iaitu pada tahun 1974, sewaktu beliau mengajar di Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Berikut pengesahan beliau mengenai hal itu... 


 


Pada waktu itu, saya diajar beberapa ilmu, diantaranya ialah amalan yang berasal daripada Syeikh Ahmad bin Idris (keturunan Rasulullah SAW) yang mengasaskan Thariqat Ahmadiah. Ayat tersebut tidak lain merupakan Al Fatihatul Aurad, Tahlil Ahmadiah, Solawat Adzamiah dan Istighfar-ul Kabir.. 

AL FATIHAH BUAT GURUKU ANUAR BIN WAHAB...


Al Fatihatul Aurad dan Tahlil Thariqat Ahmadiah.

Pada tahun 1975, saya putus hubungan dengan Almarhum.. tahu-tahu dah ada pertubuhan dengan nama Gayung Fatani... Almarhum Cikgu Anuar telah menggubah silibus Seni Gayung Fatani sebegitu rupa hingga ia menjadi salah satu Seni Silat yang disegani di Nusantara.

 
Silat Gayung Fatani


Selepas belajar dengan AlMarhum Cikgu Anuar, saya belajar Silat Lintau di kampung saya di Perak Darul Ridhuan pada tahun 1975 hinggalah di ijazahkan untuk mengajar Silat Lintau setelah 25 tahun menuntut. 

Alhamdulillah, pertemuan hari ini membawa kenangan lama, sewaktu Silat Lintau bergabung dengan Gayung Fatani (sebelum penubuhan PERSILEK pada tahun 2005).


Cikgu Din masih mantap, masih hebat, masih bertenaga dan makin bergaya... hehehe... Terima kasih saudaraku... Tak terbalas budimu...

No comments:

Post a Comment