Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday 15 March 2007

AJARAN SESAT LINTAU

Pada hari Jumaat 02/03/2007 bertempat di Masjid di seluruh* Kelantan, khatib yang membaca teks khutbah yang dikeluarkan oleh MAIK telah membaca khutbah siri 09/2007 yang bertajuk 'ajaran yang meragukan'. Pada mukasurat tiga, perenggan yang ketiga teks khutbah tersebut di nyatakan antara ajaran sesat yang telah dikenalpasti ialah ajaran silat lintau. Tidak dinyatakan dengan jelas dimana dan siapakah yang membawa ajaran silat lintau tersebut.


Khutbah tersebut telah menimbulkan kegemparan dikalangan mereka yang mengenali Dr Kamal Shah Abdullah Zawawi dan Pertubuhan Seni Silat Lintau Pasir Puteh yang dipimpinnya. Ramai yang tertanya tanya tapi tak berani bertanya apakah Dr Kamal mengamalkan ajaran sesat atau terlibat dengan apa yang disebut dalam khutbah tersebut.

Pada hari Ahad 04/03/2007 Dr Kamal telah membuat laporan Polis berhubung kenyataan tersebut dan meminta pihak MAIK membetulkan keadaan supaya masyarakat tahu apakah isu sebenarnya. Dr Kamal juga telah membuat kenyataan akhbar yang disiarkan oleh akhbar Kosmo, Utusan Malaysia, Harian Metro dan Sinar Harian pada 6 haribulan Mac.


Pada 6 Mac, Dr Kamal telah menemui Sahibul Samahah Mufti Kelantan berkenaan isu khutbah tersebut dan satu kenyataan dari Mufti telah dikeluarkan kepada akhbar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Kosmo pada 7hb Mac 2007 yang membersihkan nama Dr Kamal, Pertubuhan Seni Silat Lintau Pasir Puteh dan Persatuan Panca Indera Seni Silat Lintau Malaysia daripada dikaitkan dengan ajaran sesat yang disebut itu.


Pada hari Ahad, 11 Mac 2007 satu surat telah dikeluarkan kepada Dr Kamal dari MAIK menyatakan bahawa PSSL dan PPSSLM tidak terlibat dengan ajaran sesat tersebut. berikut ialah kenyataan itu.



KENYATAAN BACAAN KHUTBAH MAIK PADA 02 MAC 2007



Assalamu'alaikum Wr. Wb.



MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN



DIMAKLUMKAN BAHAWA ADA SEDIKIT PENJELASAN DI DALAM KHUTBAH JUMAAT SIRI KE 09/2007 YANG TELAH DISAMPAIKAN PADA 02HB MAC, 2007 YANG LALU BERTAJUK 'CIRI-CIRI PENYELEWENGAN / AJARAN MERAGUKAN' IAITU MENGENAI AJARAN SILAT LINTAU YANG DISENARAIKAN ANTARA BEBERAPA AJARAN SALAH ATAU SESAT YANG SUDAH DIKESAN.


UNTUK MAKLUMAN PARA MUSLIMIN SEKELIAN, AJARAN SILAT LINTAU YANG DIMAKSUDKAN IALAH KEGIATAN AJARAN SILAT YANG MENGAMALKAN AMALAN BATINIAH YANG BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM YANG DIAMALKAN DI FELDA PERASU DAN CIKU 1, GUA MUSANG.


OLEH YANG DEMIKIAN, DIMAKLUMKAN BAHAWA PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU PASIR PUTEH DAN PERSATUAN PANCA INDERA SENI SILAT LINTAU MALAYSIA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN AJARAN SESAT YANG DIAMALKAN DI FELDA PERASU DAN CIKU 1, GUA MUSANG.



SEKIAN, TERIMA KASIH.



KENYATAAN INI DIKELUARKAN OLEH;




DATO' TIMBALAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN.





Demikian kenyataan MAIK.



Walaupun tidak 100% puashati dengan kenyataan tersebut namun mengambil sikap baik sangka dan menerimanya. Sepatutnya MAIK membuat khutbah yang baru yang menjelaskan pada ahli Jemaah bahawa 


AJARAN SILAT LINTAU DI FELDA PERASU DAN CIKU 1 GUA MUSANG ITU BUKAN AJARAN SILAT TETAPI AJARAN SESAT YANG MENGGUNAKAN NAMA SILAT LINTAU SEBAGAI PLATFORM UNTUK MEREKA BERGERAK MENCARI PENGARUH DIKALANGAN MASYARAKAT.



PIHAK BERKUASA SEPERTI MAIK, POLIS, JAHEAIK DAN ORANG RAMAI DIMINTA BEKERJASAMA MEMBENTERAS, MEMBENDUNG, MENYEKAT, MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DARI MENGGUNAKAN NAMA SILAT LINTAU SEWENANG-WENANGNYA UNTUK TUJUAN AJARAN SESAT DSB. SEKIRANYA TIADA TINDAKAN DARI PIHAK BERWAJIB?......