Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday 28 November 2011

Hai Dunia.......

Sayidina Ali K.W dilaporkan pernah berkata:

" Wahai Dunia.. Nak Tipu, Tipu Orang Lain.. Jangan Tipu Aku.."

Wednesday 23 November 2011

GILA NAMA DAN KUASA?

Sejak Saya Mula Mengajar Silat Lintau Di Daerah Pasir Puteh, Kelantan Ini, Berbagai Suara Sumbang Didengari. Hingga Kini, Suara-Suara Sumbang Itu Tidak Henti-Henti Menjalankan Perang Saraf Dan Psikologi Terhadap Saya Dan Barisan Pimpinan PERSILEK Di Kelantan Ini. Untuk Menjelaskannya Ikutilah Intipati Ucapan Saya Kepada Pelajar Yang Menyertai PERSILEK Samada Di Sekolah Maupun Diluar Sekolah. Semuga Menjadi Pedoman Yang Berguna Untuk Kita Semua. 

Tuesday 22 November 2011

PENYAKIT BAHAYA MUSNAHKAN UMMAH: TALAM DUA MUKA

Sikap talam dua muka sesetengah pihak sungguh meloyakan tekak saya. Didepan saya bercakap lain, dibelakang saya lain pula katanya. Ini lah pemecah belah masyarakat dan pengadu domba yang dilaknat Allah S.W.T. Ikuti kupasan hal ini yang diterangkan oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh 

HASAD DENGKI DAN IRI HATI

Prakata: "Zahir pesilat mencari kawan BUKAN mencari lawan atau musuh. Kalau sudah begitu, sebagai pesilat dan orang yang mengaku pandai serba serbi tentang silat ini maka tidak harus ada pada dirinya iri hati dan hasad dengki." ~ Dr. Kamal Shah


Friday 18 November 2011

INDONESIA: Pencak Silat Menambah Tiga Emas

Korano Nicolas LMS | Nasru Alam Aziz | Kamis, 17 November 2011 | 21:46 WIB
Pesilat Indonesia, Amelia Roring melakukan selebrasi usai mengalahkan pesilat Malaysia, Siti Rahmah Mohamed Nasir dalam final kelas E (65-70 kg) cabang pencak silat Sea Games XXVI di Padepokan Pencak Silat, Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Kamis (17/11/2011). Amelia berhak atas medali emas.
 
JAKARTA, KOMPAS.com — Cabang pencak silat yang dipertandingkan di Padepokan Nasional Pencak Silat, Pondok Gede, Jakarta, mempersembahkan tiga medali emas dari nomor tarung, Kamis (17/11/2011). Ketiga medali emas tersebut masing-masing dari Dian Kristanto yang turun di kelas A putra, Rosmayani yang bermain di kelas C putri, serta Amelia Roring yang tampil di kelas E putri.

Dengan tiga medali emas tersebut, Indonesia keluar sebagai juara umum karena sebelumnya telah memborong enam medali emas dari nomor seni TGR (tunggal, ganda, dan begeru). Total raihan emas Indonesia mencapai sembilan medali.

"Tentu kami sangat puas. Kami mampu memenuhi target yang diberikan KONI Pusat dan Satlak Prima yang membebani kami tujuh medali emas. Sementara target dari Pengurus Besar Ikatan Pencak Silat Indonesia (PB IPSI) sebanyak sembilan medali," tutur Sekretaris Jenderal PB IPSI Erizal Chaniago.
 
 http://olahraga.kompas.com/read/2011/11/17/21460628/Pencak.Silat.Menambah.Tiga.Emas
 

(SUKAN SEA 2011) Keputusan Pencak Silat Olahraga Akhir 17 November 2011

sukan sea, sukan sea 2011, sukan sea indonesia, sea games, sea games 2011, sea games indonesia, silat sukan sea, silat sukan sea 2011, silat sukan sea indonesia, sea games silat , sea games 2011 silat, sea games indonesia silat, pencak silat sukan sea, pencak silat sukan sea 2011, pencak silat sukan sea indonesia, sea games pencak silat , sea games 2011 pencak silat, sea games indonesia pencak silat, silat malaysia sukan sea, silat malaysia sukan sea 2011, silat malaysia sukan sea indonesia, sea games silat malaysia , sea games 2011 silat malaysia, sea games indonesia silat malaysia, pencak silat malaysia sukan sea, pencak silat malaysia sukan sea 2011, pencak silat malaysia sukan sea indonesia, sea games pencak silat malaysia , sea games 2011 pencak silat malaysia, sea games indonesia pencak silat malaysia, silat akhir sukan sea, silat akhir sukan sea 2011, silat akhir sukan sea indonesia, sea games silat final , sea games 2011 silat final, sea games indonesia silat final, pencak silat akhir sukan sea, pencak silat akhir sukan sea 2011, pencak silat akhir sukan sea indonesia, sea games pencak silat final , sea games 2011 pencak silat final, sea games indonesia pencak silat final, silat malaysia akhir sukan sea, silat malaysia akhir sukan sea 2011, silat malaysia akhir sukan sea indonesia, sea games silat malaysia final , sea games 2011 silat malaysia final, sea games indonesia silat malaysia final, pencak silat malaysia akhir sukan sea, pencak silat malaysia akhir sukan sea 2011, pencak silat malaysia akhir sukan sea indonesia, sea games pencak silat malaysia final , sea games 2011 pencak silat malaysia final, sea games indonesia pencak silat malaysia final, gambar sukan sea, gambar sukan sea 2011, gambar sukan sea indonesia, photo sea games, photo sea games 2011, photo sea games indonesia, gambar silat sukan sea, gambar silat sukan sea 2011, gambar silat sukan sea indonesia, photo sea games silat , photo sea games 2011 silat, photo sea games indonesia silat, gambar pencak silat sukan sea, gambar pencak silat sukan sea 2011, gambar pencak silat sukan sea indonesia, photo sea games pencak silat , photo sea games 2011 pencak silat, photo sea games indonesia pencak silat, gambar silat malaysia sukan sea, gambar silat malaysia sukan sea 2011, gambar silat malaysia sukan sea indonesia, photo sea games silat malaysia , photo sea games 2011 silat malaysia, photo sea games indonesia silat malaysia, gambar pencak silat malaysia sukan sea, gambar pencak silat malaysia sukan sea 2011, gambar pencak silat malaysia sukan sea indonesia, photo sea games pencak silat malaysia , photo sea games 2011 pencak silat malaysia, photo sea games indonesia pencak silat malaysia, gambar silat akhir sukan sea, gambar silat akhir sukan sea 2011, gambar silat akhir sukan sea indonesia, photo sea games silat final , photo sea games 2011 silat final, photo sea games indonesia silat final, gambar pencak silat akhir sukan sea, gambar pencak silat akhir sukan sea 2011, gambar pencak silat akhir sukan sea indonesia, photo sea games pencak silat final , photo sea games 2011 pencak silat final, photo sea games indonesia pencak silat final, gambar silat malaysia akhir sukan sea, gambar silat malaysia akhir sukan sea 2011, gambar silat malaysia akhir sukan sea indonesia, photo sea games silat malaysia final , photo sea games 2011 silat malaysia final, photo sea games indonesia silat malaysia final, gambar pencak silat malaysia akhir sukan sea, gambar pencak silat malaysia akhir sukan sea 2011, gambar pencak silat malaysia akhir sukan sea indonesia, photo sea games pencak silat malaysia final , photo sea games 2011 pencak silat malaysia final, photo sea games indonesia pencak silat malaysia final,pencak silat,pencak silat sukan sea 2011,sukan sea 2011,sukan
26th Sea Games, Indonesia. Hari ini 17 Nov 2011, 4 wakil Malaysia akan menentukan pingat emas atau perak di peringkat akhir Sukan Sea 2011 di Indonesia. Mereka adalah Fauzi Khalid (Gambar, Putera F), Siti Rahmah (Puteri E), Ahmad Shahril @ Botak (Putera D) dan Al-Jufferi (Putera E) iaitu dalam sukan Pencak Silat atau Silat Olahraga.

Keputusan pertandingan Peringkat Akhir Pencak Silat Sukan Sea 2011.

SAPTO PURNOMO (INA) VS (MAS) AHMAD SHAHRIL — Putera D

[MAS menang - Emas oleh Ahmad Shahril]

NGUYEN DUY CHIEN (VIE) VS (MAS) AL – JUFFERI —— Putera E

[MAS menang - Emas oleh Al-Jufferi]

SITI RAHMAH (MAS) VS (INA) AMELIA —– Puteri E

[IND menang - Perak oleh Siti Rahmah]

FAUZI KHALID (MAS) VS (THA) KATAHAT RAKSAPON —– Putera F

[MAS menang - Emas oleh Fauzi Khalid]

Friday 11 November 2011

SILAT LINTAU: MAKSUD DAN TUJUAN

SEBELUM KE LINTAU

Saya Mula Mengajar Silat Lintau Ini Di Sekolah Kebangsaan Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan Pada Tahun 1995. Pada Mulanya Saya Mengajar Silat Ini Kerana Melihat Betapa Anak Muda Hanyut Dengan Gaya Hidup Yang Tidak Menampilkan Peribadi Yang Mulia. Ramai Anak Muda Yang Kurang Ajar Samada Di Jalanraya Atau Dimana Sahaja. Seolah-Olah Sudah Hilang Nilai Budaya Dan Agama Dalam Masyarakat Kita.

Setelah Saya Mengajar Silat, Alangkah Terperanjatnya Saya, Saya Mendapat Kejutan Budaya Yang Dahsyat Saya Kira. Rata-Rata Mereka Yang Datang Untuk Belajar Silat Tidak Dapat Membaca Surah Al Fatihah Dengan Baik Dan Tidak Menguasai Lebih Dari 7 Surah Lazim (Surah Dalam Juz Amma) Dengan Baik Dan Betul. Masya Allah, Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Masyarakat Pada Hari Ini?

Kejutan Kedua Ialah Apabila Ditanya Soalan-Soalan Berkaitan Agama, Kebanyakan Mereka Samada Tidak Dapat Menjawab Atau Menjawab Dengan Salah, Contohnya Bila Ditanya Rukun Islam Berapa Perkara Ada Yang Menjawab Enam Dan Sebagainya. Haru... Cukup Haru... Situasi Yang Begini Tidak Boleh Dibiarkan Begitu Sahaja. Sesuatu Dan Seseorang Mesti Melakukan Sesuatu Agar Remaja Ini Bukan Sahaja Pandai Bersilat Malah Boleh Membaca Alquran Dengan Baik Dan Kenal Agamanya Dengan Betul.

Dari Situ, Bermulalah Satu Revolusi Dalam Pendidikan Silat Lintau Yang Saya Ajar Di Kelantan. Revolusi Ini Bukan Sesuatu Yang Asing Pada Urang Lintau Kerana Di Lintau Itu Sendiri Hubungan Silat Dan Surau Itu Berkait Rapat.

Dalam Usaha Saya Mendidik Dan Membentuk Remaja Menjadi Sebaik-Baik Umat Muhammad, Saya Terpaksa Melalui Berbagai Ancaman, Ugutan, Dugaan Dari Berbagai Pihak Sehinggakan Ada Pihak Yang Tidak Senang Dengan Cara Saya Mengajar Silat Dan Berusaha Untuk Menyingkir Saya Dari Mengajar Silat Di Sekolah-Sekolah. Sementara Guru Penasihat Silat Yang Dilantik Pihak Sekolah Pula Sukar Untuk Memberi Bantuan Yang Diperlukan.

Sesuatu Mesti Dilakukan...

Saya Keseorangan Di Sini. Ini Adalah Kerana Saya Bukan Orang Sini. Saya Adalah Perantau, Pedagang Di Negeri Orang... Saya Juga Bukan Orang Politik.... Sebab Itu Sukar Bagi Saya Mendapat Bantuan Dari Mana-Mana Pihak. Untuk Berpihak Kepada Satu Puak Politik Akan Menyebabkan Satu Puak Lagi Menyisihkan Saya Maka Itu Saya Mengambil Jalan Tengah Untuk Tidak Memperlihatkan Kecenderungan Saya.

Tujuan Saya Mengajar Silat Lintau Ini Tidak Lain Dan Tidak Bukan Ialah Untuk Mengumpul Anak2 Muda Dan Dapat Mengajar Mereka Sedikit Sebanyak Ilmu Yang Ada Ini Kepada Mereka Agar Mereka Menjadi Manusia Yang Berguna Kepada Masyarakat.

MASALAH DALAM NEGERI

Yang Mana Satu Silat Lintau?

Di Malaysia Sekarang Ini Terdapat Sekurang-Kurang Empat Pihak Yang Masing-Masing Mengaku Bahawa Merekalah Silat Lintau Yang Sebenarnya. Salah Satu Daripadanya Pernah Di Fatwakan Sebagai Ajaran Sesat Di Brunei Darus Salam Dan Kini Dikenalpasti Bergiat Cergas Di Gua Musang, Kelantan, Kuala Lumpur Dan Banyak Lagi. Mereka Ini Difatwakan Sebagai Ajaran Sesat Di Johor, Kelantan Dan Selangor.

Selain Itu, Ada Sepihak Lagi Yang Mendakwa Bahawa Merekalah Yang Mengajar Silat Lintau Yang Sebenar Dengan Dakwaan Yang Berbagai Macam Tentang Silsilah Silat Lintau Dan Sebagainya. Kesemua Dakwaan Mereka Telah Saya Patahkan Dalam Blog Saya http://lintauartstudio.blogspot.com/2011/01/sejarah-silat-lintau-1-fakta-atau.html

Sebelum Saya Ke Lintau Pada 27hb Julai 2011 Saya Telah Berjaya Menghubungi Semula Almarhum Abg Din (Shabudin Ahmad) Yang Sedang Sakit Dan Tinggal Di Sg Buloh, Selangor http://lintauartstudio.blogspot.com/2011/05/abg-din-masuk-hospital.html Dan http://lintauartstudio.blogspot.com/2011/05/lagi-abg-din-ke-hospital.html

Saya Juga Sempat Menemui Abdul Rashid Bin Ahmad, Adik Kepada Almarhum Abg Din Yang Datang Ke Hotel Bersama Dua Orang Rakan.

Melalui Muzakarah Di Bilik Hotel Tersebut Saya Menyatakan Dengan Jelas Bahawa Tujuan Dan Hasrat Saya Ke Lintau Ialah Untuk Mencari Kebenaran Tentang Silat Ini.

SETELAH KE LINTAU

Sambutan Yang Diberikan Oleh Semua Pihak Di Lintau Cukup Menakjubkan Dan Membanggakan Saya. Urang Lintau Membuktikan Bahawa Mereka Masih Lagi Berpegang Penuh Dengan Adat Minangkabau Yang Tersohor Itu. Salut Untuk Warga Lintau.

Muzakarah Yang Dijalankan Dengan Beberapa Orang Tuo Silek Secara Peribadi Dan Forum Di Sasaran Tuanku Lintau Tepi Selo Membuktikan Kebenaran Langkah Silat Yang Saya Bawa. Saya Telah Mempamerkan 4 Pola Langkah Silat Dan Satu Daripada Empat Pola Langkah Tersebut Telah Ditolak Secara Sebulat Suara Oleh Tuo Silek Lintau. Langkah Yang Ditolak Oleh Tuo-Tuo Silek Lintau Di Acara Menapak Tilas Silek Lintau Tersebut Ialah Langkah Yang Dibawa Oleh Persatuan Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia.

Tuo Silek Mengakui Bahawa Langkah Yang Saya Pelajari Di Kuala Kangsar Adalah Langkah Silat Lintau Yang Sebenar.

KEMBALI KE MALAYSIA

Setelah Kembali Ke Malaysia, Saya Telah Dinasihati Supaya Tidak Menimbulkan Kontroversi Tentang Hal Ini Oleh Sesetengah Pihak. Tetapi, Setelah 4 Bulan Berlalu, Tuo-Tuo Silek Mula Menyuarakan Perasaan Hati Mereka Kepada Saya Setelah Melihat Saya Mendiamkan Diri. Untuk Itu, Saya Menulis Nota Ini Bertujuan Untuk Menjernihkan Hubungan Dengan Tuo-Tuo Silek Di Lintau Dan Menegaskan Bahawa Saya Akan Teruskan Perjuangan Melestarikan Silek Lintau Nan Sabana Di Bumi Malaysia Ini Walaupun Selepas Ini Saya Mungkin Dihantam Didalam Facebook, Blog Dan Sebagainya. Kepada Tuo Silek Lintau Yang Saya Hormati Sekalian Saya Ingin Nyatakan Saya Sudah Bersedia.

Thursday 10 November 2011

KESEPAKATAN TUO SILEK LINTAU DI SUMATERA BARAT.


PERHATIAN: 
KEPUTUSAN MENGENAI YANG MANA SATU SILAT LINTAU INI MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG TELAH DISEPAKATI OLEH TUO SILEK YANG TELAH BERMESYUARAT PADA ACARA MENAPAK TILAS SILEK LINTAU DI SASARAN TUANKU LINTAU, TEPI SELO, LINTAU, KABUPATEN TANAH DATAR, SUMATERA BARAT, INDONESIA PADA 28HB JUN, 2011.


PRAKATA

Silat Lintau berasal dari Nagari Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Silat Lintau BUKAN diasaskan oleh Tuanku Nan Renceh atau keturunannya. Ianya BUKAN milik Tuanku Nan Renceh dan keturunannya. Kami memiliki BUKTI KUKUH tentang hal ini.

Silat Lintau merupakan salah satu dari Silek Tuo (Silat Tua) yang terdapat di Minangkabau. Ianya merupakan satu sistem beladiri yang lengkap dengan pola langkah yang pelbagai.

Silat Lintau umpama sebatang pokok yang daunnya terlalu lebat dan berwarna hijau, dan buahnya juga berwarna hijau, justeru, amat sukar untuk melihat buah kerana persamaan warna buah dan daun. Tetapi, apabila diselak daunnya, alangkah terkejutnya kita kerana terdapat ribuan buah disebaliknya.

SILAT LINTAU DI MALAYSIA

Terdapat dua aliran Silat Lintau di Malaysia. Pertama ialah aliran Langkah Empat yang diperkenalkan oleh Haji Abdul Mulok bin Ideham dan satu lagi ialah Silat Lintau Langkah Empat (yang lebih lengkap pola langkahnya) yang diperkenalkan oleh Pandeka Talib.



Soalnya: Yang mana satu Silat Lintau?




TAPAK EMPAT?

Majlis Dialog Bersama Tuo Silek Yang Diadakan Di Sasaran Tuanku Lintau, Tepi Selo Telah Sepakat Bahawa Langkah Ini BUKAN Silat Lintau TETAPI SILAT STRALAK.


Manakala Langkah Silat Lintau yang ASLI yang berasal dari Minangkabau dan dipelajari turun temurun sejak bermulanya peradaban Minangkabau adalah seperti yang ditunjukkan dibawah ini.




Saya sengaja mengubah sedikit gerak ini untuk mengelakkan keseluruhan langkah diketahui, bimbang ada yang meniru dan mengklaim yang bukan-bukan seperti sebelum ini. ~ Dr Kamal Shah

SALAH SATU POLA LANGKAH SILAT LINTAU
YANG MASIH DI AJAR DI LINTAU 

Friday 4 November 2011

DAPATKAH SILAT OLAHRAGA MEMBENTUK SAHSIAH PELAJAR?

SILAT MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA
BAHAGIAN PERTAMA:

Oleh Dr. Kamal Shah.
03 November, 2011


Assalamu 'alaikum wm wb.,


Silek atau biasa disebut silat adalah seni beladiri yang dimiliki oleh masyarakat Minangkabau, yang diwariskan secara turun temurun dari generasi ke generasi. Masyarakat Minangkabau memiliki tabiat suka merantau semenjak beratus-ratus tahun yang lampau. Untuk merantau tentu saja mereka harus memiliki bekal yang cukup dalam menjaga diri dari hal-hal terburuk selama di perjalanan atau di rantau, misalnya diserang atau dirampok orang. Selanjutnya daerah Nusantara ini adalah daerah yang subur dan merupakan tempat rempah-rempah penting sejak abad pertama masehi, oleh sebab itu, tentu saja ancaman-ancaman keamanan bisa saja datang dari pihak pendatang ke kawasan Nusantara ini.

Untuk dua alasan diatas maka masyarakat Minangkabau pada tempo dahulunya perlu memiliki sistem pertahanan untuk mempertahankan negerinya dari ancaman musuh kapan saja. Jadi secara fungsinya silat dapat dibedakan menjadi dua yakni:

§  Sebagai alat untuk panjago diri [pembelaan diri dari serangan musuh]

§  Sebagai alat untuk panjago nagari [sistem pertahanan negeri]

Secara harfiah Silek [Silat] berasal dari kata siliek yang berarti si liat, karena demikian hebatnya berkelit dan licin seperti belut. KataPencak Silat di dalam pengertian para tuo silek (guru besar silat) adalah mancak dan silek. Perbedaan dari kata itu adalah:

§  Kata mancak atau dikatakan juga sebagai bungo silek (bunga silat) adalah berupa gerakan-gerakan tarian silat yang dipamerkan di dalam acara-acara adat atau acara-acara seremoni lainnya. Gerakan-gerakan untuk mancak diupayakan seindah dan sebagus mungkin karena untuk pertunjukkan

§  Kata silek itu sendiri bukanlah untuk tari-tarian itu lagi, melainkan suatu seni pertempuran yang dipergunakan untuk mempertahankan diri dari serangan musuh, sehingga gerakan-gerakan diupayakan "sesedikit mungkin, cepat, tepat, dan melumpuhkan lawan".

Para tuo silek juga mengatakan kalau mamancak di galanggang, kalau basilek dimuko musuah (jika melakukan tarian pencak di gelanggang, sedangkan jika bersilat untuk menghadapi musuh). Di tiap Nagari memiliki tempat belajar silat atau dinamakan juga Sasaran Silek dan Surau Silek yang dipimpin oleh guru yang dinamakan Tuo Silek. Tuo Silek ini memiliki tangan kanan yang bertugas membantu beliau mengajari para pemula.

Orang yang mahir bermain silat dinamakan Pandeka [pendekar]. Gelar Pandeka ini pada zaman dahulunya dilewakan (dikukuhkan) secara adat oleh Ninik Mamak dari Nagari yang bersangkutan. Namun pada zaman penjajahan gelar dibekukan oleh pemerintah Belanda. Setelah lebih dari seratus tahun dibekukan, masyarakat adat Koto Tangah, Kota Padang akhirnya mengukuhkan kembali gelar Pandeka pada tahun 2000-an. Pandeka ini memiliki peranan sebagai Parik Paga Dalam Nagari (penjaga keamanan negeri), sehingga dibutuhkan dalam menciptkan negeri yang aman dan tentram. 

Pada bulan Jun 2011, Presiden PERSILEK, Dr. Kamal Shah b. Abdullah Zawawi digelari Pandeka Sutan Rajo Sati oleh Ketua Tuo Silek Se Alam Minangkabau, Bapak David Suhu di hadapan orang ramai di sasaran Silek Lintau Nan Tuo Gunung Ledang, Tanjung Bonai, Lintau. Gelar ini diberikan sebagai penghormatan atas upaya beliau mengembangkan Silek Lintau di Kelantan.

Sejak abad ke 16, Islam mula tersebar dikalangan masyarakat Minangkabau. Kedatangan Islam membawa perubahan yang sangat besar dalam masyarakat dan ini telah meletakkan silat ditempat yang lebih tinggi dari sebelum Islam. Para pendakwah Islam atau mu'allim yang membawa perubahan kepada sistem pengajian silat. Perubahan yang dibawa bukanlah dalam bentuk teknik bersilat tetapi lebih kepada falsafah yang berbentuk kerohanian/kesufian dan ianya digabungkan dengan teknik silat itu sendiri.

Para Ulama dan pendakwah yang menyebarkan Islam ini mula menggabungkan falsafah Islam yang terdapat dalam ajaran Tasauf dengan gerakan silat. Maka lahirlah Silek (Silat) Ulama atau Silat Kain yang juga disebut sebagai Silaturrahim. 'Musuah indak dicari' (musuh tidak dicari) menjadi kata pakai pesilat dimana pesilat diajar untuk tidak memulai permusuhan atau pergaduhan malah menggunakan silat HANYA sebagai alat pertahanan diri semata2. Dari situlah lahirnya SILAT LINTAU - gabungan diantara teknik pergaduhan (silat) dan tasauf.

Pada waktu ini juga gelanggang silat beralih ke surau dimana gelanggang didirikan ditepi surau dan ini merupakan permulaan kepada istilah SURAU SILAT di Lintau dan Minangkabau amnya. Di surau silat ini penuntut diajar ilmu agama dengan penekanan kepada pembentukan sahsiah diri (melalui ilmu tasauf) dan ilmu mempertahankan diri (silat). Pergerakan silat dilihat sebagai tajalli diri bathin yang harmonis. Ilmu pernafasan dan zikir diajar kepada penuntut silat untuk membentuk diri menjadi hamba Allah yang sholeh, wara' dan tawadhu'.

Gerak Asas

Gerakan pertama yang ingin dibincangkan kali ini ialah balabeh. Balabeh merupakan konsep yang merujuk kepada kedudukan tubuh pesilat dengan memasang kuda-kuda dan satu tangan diletakkan dihadapan dada. Pesilat berhadapan dengan lawan dalam kedudukan ini. Akan tetapi, balabeh sebenarnya mempunyai aspek yang lebih penting dari hanya kedudukan fisikal. Balabeh juga merujuk kepada keadaan mental dan konsentrasi pesilat. Setiap balabeh mempunyai nama yang tertentu seperti contoh: Balabeh Alang Babega.

Seperti yang dikatakan di atas tadi, silat dan ilmu agama disatukan menjadikan penuntut silat itu seorang yang bukan sahaja mahir bersilat tetapi juga dapat mengawal diri dari menyalahgunakan ilmu yang diperolehinya di gelanggang berkat daripada mempelajari ilmu tasauf. Orang Minangkabau berpendapat bahawa sebahagian daripada prinsip kehidupan itu boleh didapati daripada memerhatikan alam semesta sepertimana kata alam takambang dijadikan guru (Alam terkembang dijadikan guru). Al-Quran mengandungi intipati prinsip kehidupan yang mesti di pelajari. Kaitan diantara pergerakan silat dan Al-Quran adalah jelas dan ianya menjurus kepada nilai kewujudan manusia di bumi ini. 

Sekarang kita akan bicarakan tentang langkah silat dan empat peringkat nilai yang perlu ada bagi setiap pesilat.

Kebanyakan guru silat merujuk kepada langkah empat sebagai empat falsafah yang lahir daripada sifat Nabi Muhammad SAW. Langkah pertama dikaitkan dengan sifat Sidiq iaitu Benar dalam segala perbuatan, perkataan dan iqtikad dalam hati dan kewajipan pesilat itu ialah menegakkan kebenaran dimana sahaja dia berada. Kedua ialah Amanah dimana setiap pesilat itu dididik dan diasuh supaya tidak bersifat khianat pada bangsa, agama dan negara. Ketiga ialah Tabligh yang membawa maksud menyampaikan dan bagi pesilat Tabligh ini ialah menyampaikan kebenaran dalam kehidupan sendiri kepada ahli keluarga dan masyarakat dan keempat ialah Fathonah yang mendidik pesilat supaya berhikmah dalam menjalani kehidupan seharian. Hanya apabila seseorang itu berjaya menguasai keempat2 sifat ini lah baru dia boleh digelar Pandeka yang membawa maksud Pandai Akal. Disamping itu, ada juga guru silat yang memberi pengertian yang berbeza kepada langkah empat seperti umpamanya Syariah, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Begitulah seterusnya pada perguruan2 yang berasal dari Minangkabau.

Integrasi antara adat Minangkabau dan Islam boleh disimpulkan sebagai berikut. Adat Minangkabau menerangkan bahawa perkembangan kerohanian mesti melalui empat fasa iaitu: 

  • Urang - Mereka yang boleh berfikir
  • Urang nan takka urang: Mereka yang berfikiran kritis
  • Urang nan kajadi urang: Mereka yang mempunyai sikap yang lebih saintifik
  • Urang nan sabana urang: Mereka yang mempunyai pegangan atau falsafah hidup yang sempurna
Langkah empat juga diterjemahkan sebagai hubungan kekeluargaan dimana langkah pertama disebut Langkah Mande (Ibu) yang membesarkan kita. Dalam langkah ini tangan ditunjuk kebawah. Langkah kedua ialah langkah ayah dan dalam langkah ini satu tangan menunjuk keatas, langkah ketiga ialah langkah mamak (bapa saudara sebelah ibu - bhs. minang) dalam langkah ini pesilat melindungi badan dengan kedua belah tangan dan langkah keempat ialah langkah taqdir yang membawa pengertian bahawa kita tidak tahu apakah taqdir kita dan tidak dapat mengawalnya serta tidak tahu bila berakhirnya hayat kita dibumi ini.


Disini kita dapat melihat bahawa pendidikan silat ini berhubung kait dengan pembentukan sahsiah murid dimana murid yang belajar silat ini akan dilatih dan diasuh menjadi seorang yang cintakan kedamaian, bersikap patriotik dan memiliki peribadi yang mulia.




SEKIAN BAHAGIAN PERTAMA:





Friday 28 October 2011

Mambangkik Batang Tarandam Manaruko Masonan Katibo


Mambangkik Batang Tarandam Manaruko Masonan Katibo

Silat adalah seni beladiri tradisional bangsa. Bila ada yang mengatakan silat adalah olahraga kampungan berarti kita menghina diri kita sendiri.”

Silat sebagai seni beladiri warisan turun temurun nenek moyang kita, telah melalui perjalanan yang sangat panjang, Ketika kepulauan Nusantara ini masih terdiri dari kerajaan-kerajaan, para bangsawan dan kesatrianya menjadikan silat sebagai sebuah kebanggaan tersendiri karena disaat itulah kerajaan-kerajaan di Nusantara mencapai kejayaan, tak pernah ditaklukkan oleh kerajaan lain. Keperkasaan bangsa kita dahulu menjadikan silat sebagai akar pertahanan dan strategi mereka.

Kini, muncul anggapan silat adalah olahraga kampungan. Ini didasari oleh cara yang dikembangkan pada jaman penjajahan dimana perkembangan silat memang dimulai dari desa dan perkampungan untuk melawan penjajah. Karena pada masa itu penjajah sangat alergi terhadap beladiri ini, yang menjadi salah satu alat perjuangan yang sangat ampuh bagi bangsa kita masa itu.

Namun, kapankah anggapan kampungan bisa hilang dari pemikiran bangsa kita sendiri terutama generasi mudanya?

Silat kurang populer dibanding olahraga lainnya mungkin bisa saja benar. Kalau demikian maka menjadi tugas kita bersama untuk mempopulerkan, bukan mengganggap remeh kemudian meninggalnya”,
Kini saatnya dan untuk akan datang mari kita berkumpul dan mengadakan kegiatan untuk mengasah kecintaan mereka terutama pada silat tradisional LINTAU yang merupakan ruh dari silat2 yang saat ini berkembang.

Di dalam Komunitas silat, silat bukan lagi menjadi olahraga biasa dan bukan pula bertujuan untuk mencari kesaktian. Akan tetapi sudah menjadi suatu gaya hidup anggota yang umumnya adalah mahasiswa, pedagang, karyawan hingga professional muda. Silat melatih diri dan kecerdasan secara menyeluruh, tidak hanya fisik tapi juga mental, bahkan spiritual, Yang kesemuanya diolah dengan menggunakan gerak fisik silat yang di dalamnya terkandung unsur konsentrasi, koordinasi,antara akal dan hati atau sadar akan diri baik fisik maupun non fisik, keseimbangan, energi dan rasa, Silat sebagai bagian dari kebudayaan bangsa Indonesia berkembang sejalan dengan sejarah masyarakat Indonesia. Dengan aneka ragam serta perkembangan zaman yang dialami oleh bangsa Indonesia, Silat kita kenal dengan wujud dan corak yang beraneka ragam, namun mempunyai aspek-aspek yang sama.Silat merupakan unsur-unsur kepribadian bangsa Indonesia yang dimiliki dari hasil budi daya yang turun temurun. Sampai saat ini belum ada naskah atau himpunan mengenai sejarah pembelaan diri bangsa Indonesia yang disusun secara alamiah dan dapat dipertanggung jawabkan serta menjadi sumber bagi pengembangan yang lebih teratur. Hanya secara turun temurun dan bersifat pribadi atau kelompok latar belakang dan sejarah pembelaan, inti yang ada cuma tersirat.

by Uwa Djelly Tjaniago


Thursday 27 October 2011

Benarkah Pandeka Talib Berasal Dari Tigo Jangko?

Silat Lintau di Malaysia dikenalpasti di kembangkan oleh beberapa orang. Diantaranya ialah Pendekar Talib yang pernah tinggal di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Menurut cerita yang disampaikan oleh Almarhum guru Ahmad bin Rashid kepada saya ialah Pendekar Talib ini Kulup Mat Aleh (Kulup Endut mengikut Aruah Abg Din). Ilmu silat ini kemudiannya diperturunkan kepada Baharom (Tok Ki Baharom - Abg Din dan Rashid adalah cucu Tok Ki Baharom ini), Pak Da Abas (Padang Asam) dan Ahmad bin Rashid (Simpang Lawin).

Menurut Pak Mat lagi, Pendekar Talib telah berhijrah dari Padang Rengas ke negeri Kedah dan bekerja di ladang getah disana. Sewaktu di Kedah ini beliau berpeluang untuk menunjukkan kehandalannya bersilat dengan Panglima Ismail dan telah mengalahkan Panglima Ismail dalam pertandingan tiga pusingan.


  • Pusingan pertama bersilat tangan kosong
  • Pusingan kedua bersilat menggunakan senjata
  • Pusingan ketiga menggunakan gayuang.
Pendekar Talib telah memenangi ketiga2 pusingan tersebut. 

Begitulah sepertimana yang diceritakan oleh Pak Mat (Ahmad bin Rashid) kepada saya. Hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Allahu a'lam... 

TUANKU KERAMAT : Nan Dipertuan Saleh ibni Nan Dipertuan Hela Perhimpunan

Gambar makam yang kita lihat disebelah kiri ini berada di kampung Padang Lowe di dalam kenagarian Tepi Selo, Kecamatan Lintau Buo Utara, Kabupaten Tanah Datar. Masyarakat setempat mengenalnya sebagai makam Ongku Kiramat. Saat PRRI berkecamuk di Minangkabau, salah seorang komandan pasukan APRI menemukan makam ini dan juga sebilah keris masih terhujam di atas makam. Sang Komandan APRI mencari tahu siapa yang dimakamkan di Padang Lowe ini, namun tidak banyak mendapatkan informasi banyak selain banyak keterangan yang ia dapatkan di Buo. Sang Komandan APRI kemudian memutuskan untuk menyelamatkan makam ini lengkap dengan bangunan atap bergonjong yang dibangun di atas makam Ongku Kiramat. Nah, saat sekarang inilah foto makam Ongku Kiramat yang belum lama diambil tetapi kita sudah tidak menemukan lagi keris yang terhujam tersebut. Mungkin sudah diselamatkan Sang Komandan APRI saat itu. Jujur saja kita patut berterima kasih kepada Sang Komandan APRI yang masih mau menyelamatkan keberadaan makam ini. Tetapi siapakah Ongku Kiramat ini?
Kira-kira tiga tahun sebelum sebelum Lintau ditaklukan oleh de Quay dan Veltman, terlihat dari kejauhan seseorang dengan pakaian putih-putih ala paderi sedang memacu kudanya menuju Buo. Utusan itu datang dengan sangat tergesa-gesa seperti ada kabar yang sangat penting yang akan disampaikan. Sepanjang perjalanan ia meneriakkan sesuatu sehingga menarik perhatian banyak orang. Tepat di halaman istana Rajo Adat di Buo, sang utusan langsung turun dari kudanya dan duduk di depan tangga istana sambil menjunjungkan kedua belah tangan ke atas kepalanya. Rupanya kedatangan sang utusan ini adalah untuk mengabarkan kepada keluarga Rajo Adat di Buo, bahwa Tuanku Keramat telah wafat karena usia lanjut.
Sudahlah menjadi adat bagi masyarakat Lintau, jika ada seseorang meninggal dunia maka bako (pihak keluarga dari sebelah ayah) adalah orang yang paling ditunggu kaum kerabatnya untuk memulai penyelenggaraan jenazah oleh kaumnya. Tradisi itu masih berlanjut sampai sekarang di mana pihak bako akan diberikan kehormatan untuk turut serta dalam upacara memandikan jenazah. Dalam aturan adat telah ditetapkan jika bahagian kepala jenazah merupakan hak bako dalam upacara memandikan jenazah. Untuk meyelenggarakan upacara fardhu kifayah ini, pihak bako wajib untuk membawa sehelai kain kafan lengkap dengan pernak-perniknya yang disebut limau kasai, semacam perlengkapan adat untuk penyelenggaraan memandikan jenazah.
Arak-arakan pembawa limau kasai tampak panjang sekali, payung Panji Alam pun juga diturunkan untuk memayungi dulang limau kasai. Tak kurang dari tiga belas dulang dijunjung oleh para ibu di mana masing-masing mereka dipayungi oleh payung mursyid dan payung bakondai. Masing-masing dulang ditutupi oleh kain dulamak yang penuh dengan hiasan benang emas dan tampak agung di atas kepala para ibu tersebut. Tampaknya iring-iringan para pembawa limau kasai ini bukan untuk sembarang orang. Pasti seorang bangsawan tinggi telah wafat sehingga begitu banyak alat-alat kebesaran kebesaran Rajo Adat di Buo harus diturunkan mengawal para ibu pembawa limau kasai ini.
Adalah sejarah lisan yang disampaikan oleh almarhum Haji Sabran Pahlawan Garang, salah seorang pewaris Kerajaan Adat di Buo yang menyatakan jika Tuanku Keramat adalah salah seorang putera dari Nan Dipertuan Hela Perhimpunan Sultan Seri Maharaja Diraja, Rajo Adat di Buo dengan seorang wanita dari Tigo Tumpuek di Talawi, tetapi ada juga keterangan lain menyebutkan bahwa ibunya berasal dari Tanjung Barulak. Nama kecil Tuanku Keramat ini adalah Sutan Saleh, lebih sering dipanggil dengan nama Ampu Tuan Saleh dalam keluarganya (Nan Dipertuan Saleh). Sejak masa remajanya Tuanku Keramat adalah seorang yang wara’ dan taat beribadat. Hidupnya bersih dan betul-betul mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya. Ia tidak terpengaruh dengan gaya hidup segelintir anak muda Minangkabau yang senang mengadu ayam atau menghisap madat, yang terakhir diketahui sebagai budaya Cina yang masuk ke dalam kehidupan anak nagari.
Tidak ada keterangan tertulis yang menjelaskan siapa keturunan Tuanku Keramat. Dari beberapa keterangan lisan disampaikan bahwa anak cucu Tuanku Keramat masih ada di Tigo Tumpuek, Talawi. Pada tahun 1990, kami berkesempatan untuk bertemu dengan Bapak Sambran dan Bapak Sambiran, dua orang kakak beradik yang mengaku keturunan Tuanku Keramat yang masih anak cucu Sutan Jamil dari Buo. Namun adalah sangat mengherankan jika kemudian makam Tuanku Keramat tidak berada di Talawi, tetapi malah di Padang Lowe dalam wilayah Nagari Tepi Selo, Kecamatan Lintau Buo Utara. Apakah ini berarti jika Saidi Muning salah seorang Imam Paderi yang terkenal dengan gelar Tuanku Lintau, juga merupakan salah satu keturunannya? Ada sedikit kemiripan kisah perjalanan hidup Tuanku Keramat ini dengan ayah Tuanku Lintau sendiri, di mana keduanya dikenal sebagai pedagang gambir di wilayah Lintau dan sekitarnya.
Walaupun Tuanku Keramat adalah anak Rajo Adat di Buo, ia sadar bahwa dirinya tidak berhak untuk menjadi pewaris tahta Raja Adat di Buo menurut adat saat itu. Tuanku Keramat kemudian lebih dikenal sebagai ulama besar dan pedagang gambir yang sukses di wilayah Lintau, Koto Tujueh, Sumpur Kudus sampai ke Kuantan Singingi. Karirnya sebagai konglomerat gambir banyak didukung oleh statusnya sebagai putra Raja Adat di Buo. Banyak kemudahan dalam berdagang didapatkannya, akses yang luas terhadap wilayah-wilayah rantau Raja Adat sudah pasti di dalam genggamannya. Ia mungkin banyak berkenalan dengan para pedagang asing dari Eropa, India, Cina dan juga orang Arab yang kemudian banyak membantunya dalam pengadaan senjata dalam perang paderi di Lintau. Salah satu pemegang tender pengadaan senjata yang ditunjuk oleh Tuanku Keramat dicatat Belanda bernama Said Salim Al-Jufri, seorang pedagang Arab yang cukup terkenal di Batavia dan
Dugaan nama kampung Pamosian yang berada tidak jauh dari Tepi Selo, konon kabarnya berasal dari kata per-Mesir-an, yang berarti tempat orang-orang Mesir. Cukup beralasan memang karena saat itu sudah banyak rakyat Minangkabau yang menjalin hubungan dengan orang-orang timur tengah. Kata Mesir jika dilafalkan dengan logat Lintau asli akan dibaca Mosi-e. Oleh sebab itu dapat disimpulkan jika kampung Pamosian sebagai tempat berkumpulnya orang-orang Arab dari Mesir yang banyak terlibat dalam perdagangan senjata yang ditukar dengan hasil bumi seperti kopi, lada, cengkeh dan gambir. Komoditi yang disebutkan tadi merupakan barang dagangan yang mendorong Belanda mau turut campur dalam urusan Kerajaan Minangkabau setelah tragedy berdarah di Koto Tangah pada tahun 1809, bahkan dengan senang hati Belanda bersama-sama pasukan bayarannya menggempur Lintau sejak tahun 1821.
Dalam masa itu boleh dikatakan banyak para Tuanku, anak raja bahkan ulama yang terlibat sebagai pedagang atau yang menguasai jalur pedagangan dari Minangkabau melalui daerah-daerah pantai timur Sumatera. Daerah-daerah yang merupakan alur lalu-lalang perdagangan tentunya akan menjadi daerah yang maju dan penting sehingga tidak jarang menjadi rebutan para elit dan penguasa yang juga ingin mengambil peran. Keterlibatan Tuanku Keramat di dalam perang paderi tidak bisa kita abaikan begitu saja. Di samping sebagai pedagang gambir yang sukses, Tuanku Kiramat juga sangat berkilau bintangnya dalam bidang militer di kalangan kaum paderi di Lintau dan Talawi. Mungkin itu sebabnya wajar Sang Komandan APRI yang disebutkan sebelumnya, segera menyelamatkan keberadaan makan Tuanku Kiramat sebagai wujud penghormatan sesama loyalis militer.
Dalam salah satu perundingan antara Belanda dengan pihak paderi jelas dicatat oleh Mayor Jenderal de Stuers jika Tuanku Keramat yang sudah tua datang ke Padang untuk mewakili Saidi Muning Tuanku Lintau untuk berunding dengan didampingi oleh Tuanku Saleh dari Talawi dan Tuanku Bawah Tabieng mewakili Tuanku di Guguek Lima Puluh Kota (EB Kielstra, Sumatera Westkust, 1819-1825). Dapat kita bayangkan betapa tinggi semangat juang Tuanku Keramat ini, datang sebagai ulama paderi yang sudah tua, tidak gentar untuk ditipu atau ditangkap, maju ke meja perundingan atas nama rakyat, tidak hanya Lintau tetapi juga Talawi dan Agam. Beliau harus berhadapan dengan Mayor Jenderal Hubert Joseph Jean Lambert de Stuers, seorang jenderal perang yang sudah berpengalaman di Eropa, lengkap dengan akal bulus dan tipu dayanya. Sejarah mencatat jika perundingan tersebut diselenggarakan di Ujung Karang pada tanggal 29 Oktober 1825 yang kemudian melahirkan perjanjian damai antara Belanda dengan kaum paderi yang ditandatangani di Padang pada tanggal 15 Nopember 1825 yang diiringi dengan bunyi dentuman meriam sebagai penghormatan bagi kedua belah pihak yang menandatangani perjanjian damai tersebut.
Dalam buku Sejarah Nasional Jilid II karya Prof. Nugroho Susanto (1992) disebutkan isi perjanjian antara de Stuers dan Tuanku Keramat sebagai berikut:
1.    Belanda mengakui wilayah kekuasan para tuanku-tuanku di Lintau, Talawi dan Agam.
2.    Kedua belah pihak akan melindungi orang-orang yang sedang dalam perjalanan dan para pedagang.
3.    Kedua belah pihak akan melindungi orang-orang yang kembali dari pengungsian.
Apapun yang telah disepakati di dalam perjanjian damai tersebut, jelas jika Belanda menginginkan adanya gencatan senjata di mana sejarah mencatat bahwa perjanjian tersebut merupakan siasat Belanda untuk memusatkan perhatiannya di Jawa yang baru saja diamuk oleh Perang Jawa atau terkenal dengan nama Perang Diponegoro pada tahun 1825 – 1830. Setelah perjanjian damai tersebut dapat dikatakan jika wilayah Lintau atau Minangkabau dalam keadaan aman terkendali. Sebagian para tuanku dan imam paderi kembali menjalini hidup normalnya, namun tidak termasuk Tuanku Keramat yang tetap waspada dan secara intensif menggalang dukungan dari wilayah-wilayah rantau Kerajaan Adat, termasuk ke Negeri Sembilan yang baru saja mengalami suksesi kepemimpinan dari Yamtuan Lenggang kepada putera tertuanya Yamtuan Radin pada tahun 1824.
Membaca isi perjanjian damai tersebut jelas Tuanku Keramat tidak ingin mengganggu kedudukan Belanda di Padang. Justeru Belandalah yang mengganggu bisnis gambirnya dan juga perdagangan rakyat Minangkabau yang mengekspor hasil bumi melalui jalur perdagangan wilayah timur. Menuju Siak dan Penang merupakan tujuan akhir para pedagang Minangkabau yang sudah berlangsung ratusan tahun yang lalu bahkan sejak jaman Majapahit. Lalu tiba-tiba datang si bule dari Belanda yang merasa berhak mengatur perdagangan rakyat, wajar saja mendapatkan perlawanan hebat dari rakyat Lintau. “Sorry-sorry aja, Bung” gumam Tuanku Keramat dalam hati. Inggris di Penang masih menggunakan sopan santun dengan mengirim utusan Portugisnya, Thomaz Diaz pada tahun 1684 datang menyembah kepada Rajo Adat di Buo agar diijinkan berdagang dengan rakyat Minangkabau di Siak dan Palalawan, Kampar Kiri (http://id.wikipedia.org/wiki/Rajo_Tigo_Selo).
Perlawanan terhadap Belanda yang dilakukan oleh Tuanku Keramat sebelum perjanjian damai itu juga tidak kalah hebatnya. De Stuers juga mencatat jika bagaimana perlawanan rakyat Talawi yang dilakukan oleh Tuanku Keramat cukup mengacaukan barisan Belanda yang dipimpin oleh Kolonel Raff yang didatangkan khusus untuk menggempur Lintau lewat Atar. Belum lagi bagaimana Belanda harus kehilangan banyak meriam dan pasukannya dalam pertempuran yang melibatkan ribuan rakyat Minangkabau yang dipimpin oleh masing-masing tuankunya untuk mempertahankan Lintau, yang di dalam adat disebutkan sebagai wilayah Rajo Adat di Buo.
Melihat kenyataan ini adalah sesuatu yang mustahil bagi kita untuk percaya kepada pernyataan Belanda yang menyatakan bahwa alasan meletusnya perang paderi hanya karena hal sepele. Sering kita baca dalam banyak buku sejarah disebutkan jika pemicu perang paderi karena adanya pertentangan  antara kaum adat dan kaum agama. Pertanyaannya kita adalah “kaum adat yang mana?” Tuanku Keramat yang kita uraikan panjang lebar di sini adalah putera seorang Raja Adat di Buo. Nan Dipertuan Sembahyang yang ditulis Belanda bangkit setelah Lintau ditaklukan adalah seorang Rajo Adat di Buo. Lalu atas dasar apa kita masih mempertahankan pernyataan Belanda tentang sebab-sebab terjadinya perang paderi?
Dalam catatan de Stuers yang direkam oleh EB Kielstra disebutkan jika pada tanggal 9 April 1826, de Stuers menerima sepucuk surat yang ditandatangani oleh Tuanku Lintau, Tuanku di Guguek, Tuanku Nan Renceh dan Tuanku Keramat yang isinya menuntut Belanda agar menurunkan Sultan Alam Bagagarsyah sebagai Regent Tanah Datar dan menggantikannya dengan Said Salim Al-Jufri dan point yang kedua adalah menuntut agar perijinan atas gelanggang sabung ayam yang selama ini diberikan segera dihapuskan. Ingat bahwa Belanda masih dalam kondisi lemah dan sedang berkonsentrasi terhadap Perang Diponegoro, maka dengan serta merta de Stuers mencabut dan melarang segala bentuk perijinan  judi sabung ayam. Tindakan de Stuers ini dengan segera menuai protes yang keras yang diajukan oleh Datuk Pamuncak dari Batipuh sebagaimana termaktub dalam suratnya tanggal 17 Mei 1826, yang isinya sebagai berikut:
 ”Uw vroeger gegeven bevel ten aanzien van het hanenvechten werd door ons opgevolgd; wij vroegen naar aanleiding daarvan vergunning aan den civielen commandant van Semawang om het hanenvechten te mogen plegen, betalende vier ropijen daags. Nu is ons weder van Uwentwege aangekondigd dat het hanenvechten ten eenemale verboden is en er geene vergunning meer mag worden gevraagd om ons daarmede te vermaken.
“Anda sebelumnya telah memberikan ijin untuk mengadakan gelanggang sabung ayam, kami telah mendapatkan persetujuan dari Komandan Sipil di Simawang, untuk persetujuan tersebut kami membayar 4 rupiah sehari dan sekarang Anda benar-benar telah melarang para lelaki untuk menghibur diri dengan melakukan sabung ayam
 ”Het hanenvechten is sedert overoude tijden eene blijvende gewoonte der voorouderen van onze voorouderen geweest, en mitsdien hebben wij met genoegen het geld betaald dat daarop gesteld was, om die oude gewoonte niet voor ons te doen verloren gaan. Nu Mijnheer het hanenvechten ten eenemale heeft doen ophouden, wordt zulks aangemerkt als een maatregel, welke de strekking heeft om de erfelijke gewoonten onzer voorouders omver te werpen.
Gelanggang sabung ayam merupakan merupakan adat kebiasaan nenek moyang kami sejak zaman kuno dan adat kebiasaan tersebut sudah kami lakukan terus-menerus dari nenek moyang kami hingga sekarang. Kami bersedia untuk membayar sejumlah uang untuk mempertahankan adat kebiasan nenek moyang agar tidak hilang. Sekarang gelanggang sabung ayam sudah dihentikan sebagai adat kebiasaan kami dari nenek moyang turun temurun dan sudah menjadi ukuran hidup kami.
Siapa saja yang membaca surat Datuk Pamuncak dari Batipuh kepada de Stuers pasti akan tertawa terbahak-bahak. Entah adat nenek moyang yang mana yang diungkit-ungkit oleh Datuk Pamuncak. Mungkin saja adat istiadat nenek moyangnya dari “las vegas” sana. Namun bagi yang jeli membaca situasi masa silam, keningnya pasti akan berkerut memperhatikan kenyataan bahwa Datuk Pamuncak dari Batipuh rela untuk membayar sebanyak 4 rupiah untuk setiap hari gelanggang adu ayam dilakukan dibandingkan dengan nilai keuntungan pajak pasar dan keramaian yang ia raup sebagai penyelenggara judi sabung ayam di Batipuh. Artinya berapa banyak asset rakyat yang harus diundi dalam pertarungan dua ekor ayam demi untuk memenuhkan kocek keuangan Datuk Pamuncak?
Setelah kita sedikit kupas dengan fakta-fakta yang ada selama perang paderi berkecamuk di Minangkabau, jelas tidak ada alasan buat kita untuk mengatakan jika perang paderi yang melibatkan Tuanku Keramat sebagai perang antara kaum adat dan kaum agama. Perang paderi adalah bahagian dari perjuangan rakyat Minangkabau membela haknya untuk bebas berdagang dengan siapa saja yang mereka kehendaki dengan harga yang pantas dan mereka setujui. Tuanku Keramat tidak sudi Belanda yang pongah itu datang untuk mengatur bisnis gambirnya dan juga tidak rela melihat rakyat Minangkabau harus ditindas dengan monopoli dagang yang hanya mendatangkan kesengsaraan buat rakyat. Butir-butir perjanjian yang ia buat dengan de Stuers, menggambarkan kepada kita bahwa perjanjian damai itu semata-mata melindungi rakyat dan para pedagang Minangkabau yang sudah beratus-ratus tahun menjalin hubungan dagang dengan orang asing di Siak dan Penang, bukan ke Padang.
Siapapun Tuanku Keramat yang kita paparkan di sini, beliau adalah profil pejuang yang gigih, berani dan perkasa. Keuletannya dalam berdagang secara jujur membuahkan hasil di mana ia adalah konglomerat gambir di wilayah Lintau, Sumpur Kudus dan Talawi. Kesalehannya dalam menjalankan syariat agama menjadikannya sebagai pemimpin umat yang dihormati, bahkan dianggap keramat sebagaimana gelarnya Tuanku Keramat. Seluruh anak nagari di Minangkabau wajib menjadikan Tuanku Keramat sebagai contoh teladan dimana beliau tidak silau kepada tahta kerajaan. Sepanjang hidupnya, beliau mengabdikan diri untuk bangsa dan tanah airnya dan yang terutama agamanya. Beliau tampil maju ke depan untuk meluruskan kembali akhlak rakyat Minangkabau agar tidak menjadi pemimpin yang korup seperti di Pagaruyung saat itu.
Siapapun yang membaca artikel ini dipersilahkan untuk maju ke depan untuk peduli terhadap situs kesejarahan rakyat Lintau yang ada di Padang Lowe Nagari Tepi Selo. Jika di jaman peri-peri dahulu (PRRI) tampil seorang Komandan APRI meyelamatkan situs sejarah tersebut dengan dana dari koceknya, nah.. sekarang mari kita bersama-sama memulai usaha yang serupa untuk menyelamatkan warisan sejarah di Kecamatan Lintau Buo Utara, yaitu makam Ampu Tuan Saleh Tuanku Keramat, harimau tua dari Lintau yang aumannya memporak-porandakan barisan Kolonel Raff saat menggempur Lintau dan membuat kecut de Stuers untuk menandatangani perjanjian damai tanggal 15 Nopember 1825 di Padang seratus delapan puluh enam tahun yang lalu.
Batam, 26 Oktober 2011
Ricky Syahrul

Wednesday 21 September 2011

Sunday 18 September 2011

Maklumat terkini dan kenangan kisah silam...

Assalamu 'alaikum wm wb.,

Semuga pembaca budiman didalam peliharaan Allah Azza WaJalla.. Amiin..

Sudah lama saya tak menulis di blog ini... Ini kerana saya sibuk menguruskan persatuan dan event SILAT LINTAU untuk dilestarikan di Malaysia ini dengan sepenuhnya.. Banyak kerja... meletihkan tapi inshaAllah berbaloi..

Saya kini telah menubuhkan SRS Training & Consultancy, sebuah syarikat dibawah naungan PERSILEK yang mana SRS akan bertindak sebagai badan penyelaras silibus dan kurikulum SILAT LINTAU bagi semua peringkat umur dan mengikut kesesuaian penuntut.

Hal ini dilakukan untuk memartabatkan SILAT LINTAU yang sebenar yang mana sekarang ini masyarakat hanya mengenali Silat Lintau 'yang lagi satu' yang sebenarnya BUKAN SILAT LINTAU.

SRS bertanggungjawab menyelaras dan mengatur program seni beladiri dan kelas2 SILAT LINTAU diseluruh negara. Bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat Universiti dan seterusnya.

Saya sebenarnya perlukan lebih ramai pekerja untuk bekerja di SRS Training & Consultancy yang baru ditubuhkan ini. Pejabat kami terletak di Seri Kembangan, Selangor dan mempunyai cawangan di Kelantan dan Johor. Cawangan2 baru akan menyusul selepas ini di Perak, Kedah, Pahang dan Sabah.

Alhamdulillah, hingga kini, lebih dari 1,000 orang telah mendaftar menjadi pelajar SILAT LINTAU dan bilangan ini akan terus meningkat dengan sokongan pihak yang berkenaan.

Saya teringat kepada aruah Guru saya, Pak Mat Rashid yang mengajar saya beberapa perkara di rumahnya pada tahun2 terakhir beliau. Saya sering berulang alik ke Kuala Kangsar untuk menemui beliau dan meminta nasihat serta tunjuk ajar dari beliau sejak saya mula mengajar di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1995. Akhirnya Pak Mat akur dengan dengan kesungguhan yang saya tunjukkan, ditambah pula dengan desakan almarhum bapa saudara saya, akhirnya Pak Mat mengajar saya apa yang tidak diajarkan kepada murid2 yang lain. Beliau rupanya menyimpan banyak rahsia silat lintau ini dari pengetahuan orang ramai. Ramai yang tidak tahu apa yang Pak Mat simpan untuk dirinya sendiri. Tahulah saya pada waktu itu bahawa Pak Mat seorang yang tidak suka menunjuk kepandaian nya. Biarlah org nak kata apa, yang penting baginya ialah dia tahu apa yang dia tahu. Setelah menurunkan ilmu nya kepada saya maka beliau akhirnya telah mengijazahkan saya sebagai pewaris ilmunya. Satu proses yang mengambil masa begitu panjang.... dari tahun 1975 hingga 2000.

Setelah 25 tahun mempelajari Silat Lintau ini maka, pada 16/09/2000, Pak Mat yang pada waktu itu berumur 86 tahun telah mengijazahkan saya sebagai pewaris Silat Lintau Tanah Datar. Upacara ini berlangsung di rumah beliau di Simpang Lawin, Kuala Kangsar, Perak.

Pak Mat banyak menyembunyikan apa yang dia ada. Pesan beliau, 'jangan bagi habis' takut nanti ada yang menderhaka saya ingat sampai sekarang. AlFatihah untuk almarhum Guruku Ahmad bin Rashid dan bapa saudara Chegu Yunus bin Shamsuddin.

Monday 29 August 2011

SALAM AIDILFITRI

Assalamu 'alaikum wm wb.,


Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya Dr. Kamal Shah dan seluruh warga Silat Lintau Kelantan mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL FITRI
MAAF LAHIR BATHIN

Wednesday 6 July 2011

KEPUTUSANNYA

KEPUTUSAN YANG DAPAT DI AMBIL DARI ACARA MENAPAK TILAS DI LINTAU IALAH:

Apa keputusannya? (bhgn 4)

29hb Jun, 2011


Siang tidak berjalan jauh. Di rumah Uwa Djelly menanti masa untuk berjumpa Tuo Silek, Dato Mustapha (Dato Topah).

Apa keputusannya? (bhgn 3)

28 hb Jun, 2011


Selesai wawancara di Radio Luhak Nan Tuo kami ke Dangau Barangin untuk makan


Apa keputusannya? (bhgn 2)

Pada 28hb Jun sebelah pagi saya telah kerumah Bpk Jhon Wismar Sutan Sati, pemerhati silat dan orang yang bertanggungjawab menggiatkan aktiviti di Sasaran (gelanggang) Perguruan Silat Nan Tuo Gunung Ledang, Lintau Buo Utara. Rumahnya berdekatan dengan rumah Uwa Djelly (sekitar 100 meter). Saya dan isteri dibawa oleh Arius Saputra. Begitu sampai saya telah disambut oleh Bpk Jhon Sutan Sati dan saya meminta untuk menziarahi ibunya yang sakit.



Tuesday 5 July 2011

WISATA SEJARAH DI BATUSANGKAR

MENELUSURI WISATA SEJARAH DI BATUSANGKAR
Ditulis oleh Teguh   
Minggu, 03 Juli 2011 01:17
BENTENG VAN DER CAPELLEN
BATUSANGKAR, HALUAN — Fort Van Der Capellen, kata yang tidak asing lagi bagi sebagian masyarakat Sumatera Barat. Sebuah benteng bekas pertahanan Belanda yang berada di Batusang­kar, Kabupaten Tanah Datar.
Menurut sejarah, benteng ini didirikan saat Perang Padri yang dibangun antara tahun 1822 dan tahun 1826, dan dinamai menurut nama Gubernur Jenderal Hindia Belanda G.A.G.Ph. Van Der Capellen. Pada tahun 1949, kawa­san benteng ini berubah nama kolonialnya menjadi Batu­sangkar.
Sampai saat ini Van Der Capellen bekas Markas Kepolisian Resor Tanah Datar ini masih berdiri kokoh dan sudah masuk dalam daftar salah satu benda cagar budaya di Tanah Datar. Keberadaan benteng ini di jantung Kota Batusangkar ini tidak bisa dilepaskan dari peristiwa pepera­ngan antara kaum adat dan kaum agama yang diperkirakan terjadi pada tahun 1821. Pada tahun 2008 lalu, Peme­rintah Kabupaten Tanah Datar telah melakukan rehabilitas Benteng Van Der Capellen yang dimaksudkan mengembalikan kondisi banguan bernilai kuno ini menjadi bangunan benda cagar budaya bernilai jual tinggi untuk pariwisata Luhak Nan Tuo.
“Selama bangunan kuno ini bisa dipertahankan apalagi me­nyim­pan sejarah yang panjang, pemerintah akan tetap melakukan rehabilitasi yang diharapkan mampu mempertahankan seba­gai­mana aslinya dan menarik dikunjungi,” ujar Kepala Dinas Budaya Pariwisata Pemuda dan Olahraga Alfian Jamrah.
Saat pengunjung memasuki Benteng Van der Capellen, masih terdapat dua buah meriam kuno peningalan Belanda yang terdapat di sisi kiri dan kanan bangunan benteng. Pengembalian bentuk awal bangunan benteng yang saat ini ditempati sebagai Kantor Dinas Budaya Pariwisata Pemuda dan Olahraga Tanah Datar itu masih dipertahankan.
Kilas Sejarah
Setelah Belanda meninggalkan Batusangkar, Benteng Van der Capellen kemudian dimanfaatkan oleh PTPG yang merupakan cikal bakal IKIP Padang (sekarang Universitas Negeri Padang) untuk proses belajar mengajar yang saat itu diresmikan olah Prof. M. Yamin, SH. Pemakaian bangunan benteng untuk PTPG berlangsung sampai tahun 1955 dan pada tahun itu juga PTPG dipindahkan ke Bukit Gombak.
Benteng Van Der Capellen kemudian dijadikan sebagai markas Angkatan Perang Re­publik Indonesia.
Pada saat meletus peristiwa PRRI tahun 1957, Benteng Van der Capellen dikuasai Batalyon 439 Diponegoro yang kemudian diserahkan kepada Polri pada tanggal 25 Mei 1960. Oleh Polri kemudian ditetapkan sebagai Mapolres Tanah Datar dan ber­lanjut hingga tahun 2000.
Sejak tahun 2001, Benteng Van der Capellen dikosongkan karena Mapolres Tanah Datar telah pindah ke bangunan baru yang berada di Pagaruyung.
Pada tahun 1984 dilakukan pe­nam­bahan ruangan untuk serse dan dibangun pula TK Bhayang­kari. Parit yang masih ada di sebelah kanan dan kiri bangunan benteng ditimbun dan diratakan pada tahun 1986. Selain itu, rua­ngan sel tahanan yang semula ter­diri dari 4 ruangan, dibongkar satu sehingga tinggal menjadi 3 ruangan. Peru­bahan bangunan terakhir kalinya terjadi pada tahun 1988, yaitu berupa penambahan bangunan kantin dan bangunan untuk gudang. (aldoris/berbagai sumber).