Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday 5 November 2012

UPDATED! Makam Rasulullah Akan Diroboh!? TERKINI! VIDEO MENGENAINYA...

Hadis Nabi: من زارني في المدينة محتسبا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahiku di Madinah dgn mengharapkan pahala; maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untk membelanya pd hari kiamat.(HR Baihaqi)

Harian Metro 5 November 2012
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MakamRasulullahakandiroboh/Article/index_html
Bukankah telah saya katakan dahulu DISINI bahawa masanya telah tiba untuk Umat Muhammad SAW bangun dari tidur dan jangan lagi membiarkan diri dibuai mimpi duniawi yang kononnya indah itu?

Kini segalanya mungkin terlambat, kalau kita tidak mengambil SATU TINDAKAN DRASTIK SECARA KOLEKTIF untuk menghentikan perbuatan Kerajaan Saudi yang berhasrat untuk 
MEROBOHKAN MAKAM NABI MUHAMMAD S.A.W.
SAKSIKAN VIDEO MENGENAI HAL INI


 
Ingatkah anda betapa seluruh dunia berani BANGKIT untuk menentang penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui filem kontroversi baru-baru ini? Lihat DISINI
Tindakan kerajaan Arab Saudi ingin merobohkan makam Rasulullah SAW juga adalah lebih dahsyat dari PENGHINAAN yang dibuat oleh golongan kuffar. Ini kerana terdapat dalil dari Al Quran dan Hadis Nabi SAW yang menyebut tentang keutamaan menziarahi makam Baginda di Madinah. Selepas ini kita semua tidak berpeluang lagi untuk menziarahi Baginda seperti dahulu.

Kalau berita ini benar maka Syiah adalah lebih baik daripada pemerintah Saudi. Fikir-fikirkanlah.

KEUTAMAAN MENZIARAHI MAKAM RASULULLAH SAW.
Hadis Nabi:
من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي 
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)

من زار قبري وجبت له شفاعتي
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku. (HR Dar Qutni)
Ziarah Kubur Nabi adalah salah satu ibadat yg sangat besar..

Dalil disunatkan menziarahi kubur Nabi:-
1. Firman Allah:

ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاؤك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما
Maksudnya: Dan kalaulah mereka melakukan kezaliman trhadap dr mereka dgn membuat dosa; mereka datang berjumpa dngnmu(Muhammad) lalu mereka meminta ampun pd Allah; serta Rasul meminta ampun utk dosa2 mereka; nescaya mereka akan dapati Allah itu maha menerima taubat dan maha pengasih.(An-Nisa: 64)

Samada kita sedar atau tidak, kita kini dilanda sejenis sindrom yang takut kepada tindakan sesetengah pihak yang dengan sewenang-wenangnya berbuat apa saja tanpa mengira hati dan perasaan kita. DISINI

AYUH BANGUN DAN LAKSANAKAN TINDAKAN MEMPROTES DIHADAPAN KEDUTAAN ARAB SAUDI

MANA PEMIMPIN PAS
MANA PEMIMPIN UMNO
MANA PEMIMPIN MELAYU
MANA PENDEKAR YANG HEBAT-HEBAT
BANGUN... BANGUN... BANGUN... 

JANGAN BIARKAN MAKAM RASULULLAH DIROBOH

2 comments:

  1. wah gak ada yang dukung nich....
    capek dech....

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum, sebenarnya isu ini dimulai oleh akhbar bukan islam dari Britain yang sekadar mengucar kacir umat Islam. Ianya tidak benar, saya ada kupas sedikit dengan jawapan dari sumber yang boleh dipercayai terjawab semua persoalan mengenai isu MAKAM RASULULLAH BAKAL DIMUSNAHKAN http://lavendermummy.blogspot.com/2014/09/kmlm-makam-rasulullah-tetap-disitu.html

    ReplyDelete