Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday 15 February 2012

Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan

Bermula tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan supaya dasar 1 murid 1 sukan dilaksanakan di sekolah2.



Pekeliling mengenainya telah dikeluarkan dan surat siaran pematuhan kepada pekeliling juga telah dikeluarkan kepada semua sekolah.

Soalnya sekarang adakah sekolah telah mematuhi arahan yang dikeluarkan? Rasanya TIDAK. Dasar 1 murid 1 sukan meliputi 3 segmen aktiviti Ko Kurikulum sekolah iaitu:



  1. Aktiviti Sukan
  2. Persatuan
  3. Badan Beruniform
Ini bermakna setiap pelajar dikehendaki menyertai/mengambil bahagian dalam :

  1. SATU ACARA SUKAN
  2. SATU PERSATUAN dan
  3. SATU BADAN BERUNIFORM
Tujuan dasar ini diperkenalkan ialah untuk TIDAK MEMBEBANKAN ibubapa pelajar yang terpaksa membeli peralatan atau pakaian seragam anak mereka.

Masalah yang timbul kini ialah para pelajar masih didapati menyertai lebih dari SATU badan beruniform. 

Selain itu, masih ada guru yang menyatakan bahawa Silat bukan badan beruniform tetapi persatuan... Hal ini jelas bertentangan dengan Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian yang mengiktiraf Silat sebagai BADAN BERUNIFORM. 

PERSILEK berharap pihak sekolah dapat membuat pembaikan dimana perlu supaya Seni Budaya Nusantara seperti Silat diberi tempat yang sewajarnya. 

Setiausaha Agung,
PERSILEK.


No comments:

Post a Comment