Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday 21 September 2011

Sunday 18 September 2011

Maklumat terkini dan kenangan kisah silam...

Assalamu 'alaikum wm wb.,

Semuga pembaca budiman didalam peliharaan Allah Azza WaJalla.. Amiin..

Sudah lama saya tak menulis di blog ini... Ini kerana saya sibuk menguruskan persatuan dan event SILAT LINTAU untuk dilestarikan di Malaysia ini dengan sepenuhnya.. Banyak kerja... meletihkan tapi inshaAllah berbaloi..

Saya kini telah menubuhkan SRS Training & Consultancy, sebuah syarikat dibawah naungan PERSILEK yang mana SRS akan bertindak sebagai badan penyelaras silibus dan kurikulum SILAT LINTAU bagi semua peringkat umur dan mengikut kesesuaian penuntut.

Hal ini dilakukan untuk memartabatkan SILAT LINTAU yang sebenar yang mana sekarang ini masyarakat hanya mengenali Silat Lintau 'yang lagi satu' yang sebenarnya BUKAN SILAT LINTAU.

SRS bertanggungjawab menyelaras dan mengatur program seni beladiri dan kelas2 SILAT LINTAU diseluruh negara. Bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat Universiti dan seterusnya.

Saya sebenarnya perlukan lebih ramai pekerja untuk bekerja di SRS Training & Consultancy yang baru ditubuhkan ini. Pejabat kami terletak di Seri Kembangan, Selangor dan mempunyai cawangan di Kelantan dan Johor. Cawangan2 baru akan menyusul selepas ini di Perak, Kedah, Pahang dan Sabah.

Alhamdulillah, hingga kini, lebih dari 1,000 orang telah mendaftar menjadi pelajar SILAT LINTAU dan bilangan ini akan terus meningkat dengan sokongan pihak yang berkenaan.

Saya teringat kepada aruah Guru saya, Pak Mat Rashid yang mengajar saya beberapa perkara di rumahnya pada tahun2 terakhir beliau. Saya sering berulang alik ke Kuala Kangsar untuk menemui beliau dan meminta nasihat serta tunjuk ajar dari beliau sejak saya mula mengajar di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1995. Akhirnya Pak Mat akur dengan dengan kesungguhan yang saya tunjukkan, ditambah pula dengan desakan almarhum bapa saudara saya, akhirnya Pak Mat mengajar saya apa yang tidak diajarkan kepada murid2 yang lain. Beliau rupanya menyimpan banyak rahsia silat lintau ini dari pengetahuan orang ramai. Ramai yang tidak tahu apa yang Pak Mat simpan untuk dirinya sendiri. Tahulah saya pada waktu itu bahawa Pak Mat seorang yang tidak suka menunjuk kepandaian nya. Biarlah org nak kata apa, yang penting baginya ialah dia tahu apa yang dia tahu. Setelah menurunkan ilmu nya kepada saya maka beliau akhirnya telah mengijazahkan saya sebagai pewaris ilmunya. Satu proses yang mengambil masa begitu panjang.... dari tahun 1975 hingga 2000.

Setelah 25 tahun mempelajari Silat Lintau ini maka, pada 16/09/2000, Pak Mat yang pada waktu itu berumur 86 tahun telah mengijazahkan saya sebagai pewaris Silat Lintau Tanah Datar. Upacara ini berlangsung di rumah beliau di Simpang Lawin, Kuala Kangsar, Perak.

Pak Mat banyak menyembunyikan apa yang dia ada. Pesan beliau, 'jangan bagi habis' takut nanti ada yang menderhaka saya ingat sampai sekarang. AlFatihah untuk almarhum Guruku Ahmad bin Rashid dan bapa saudara Chegu Yunus bin Shamsuddin.