Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday, 22 October 2012

Silat Lintau Pendekar Talib

Samakah langkah Pendeka Talib dengan langkah yang di ajar oleh PERSILEK?
Persoalan yang mungkin bermain diminda pembaca ialah apakah saya mengajar Silat Lintau yang serupa dengan diajarkan oleh Pandeka Talib atau bagaimana.

JAWABNYA: YA DAN TIDAK. 

YA saya mengajarkan langkah Pandeka Talib tetapi hanya kepada murid tertentu sahaja. Bukan semua murid akan dapat langkah Pandeka Talib dengan jalan mudah. Langkah Pandeka Talib merupakan langkah yang berasal dari Tepi Selo yang dikembangkan oleh Pandeka Zainuddin, begitu lah yang diberitahu kepada saya oleh Bpk Azwar, Tuo Silek Lintau dari Tepi Selo, Lintau. Langkah dan permainannya ada dua. Satu bertampin-tampin seperti yang biasa kita lihat permainan orang tua-tua di kampung dan satu lagi langkah mempertahankan diri yang pantas dan merbahaya.

Lantaran ilmu ini bukan untuk permainan dan pertunjukan maka ianya tidak diajar di sekolah2. Murid yang ingin belajar Langkah Pandeka Talib mesti memenuhi syarat yang tertentu terlebih dahulu. Antara syaratnya ialah mengisi adat dan mereka hanya boleh mempelajari silat ini di gelanggang yang tersedia, bukan disekolah.

Antara syarat yang dikenakan kepada mereka yang mempelajari Silat Lintau ini ialah:

TIDAK BOLEH sembarangan menunjukkan langkah.
TIDAK BOLEH memulakan pergaduhan
TIDAK BOLEH dipertandingkan

dan beberapa syarat yang lain.

Di  PERSILEK, InshaAllah ilmu ini dijaga dengan rapi oleh beberapa orang jurulatih. Sekiranya saya tiada lagi didunia ini, mereka lah yang akan meneruskan perjuangan bagi mengembangkan Silat Lintau yang ASLI yang dibawa oleh Pandeka Talib. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Silat Lintau yang dikembangkan oleh Pandeka Talib, pembaca boleh saja membuat temujanji untuk berjumpa dengan saya. Saya tidak akan melayan persoalan mengenainya di blog ini atau di emel atau di facebook. Kalau nak tahu, buat temujanji dan datang ke Kelantan. Sekian

No comments:

Post a Comment