Disaat ini, AJARAN SESAT yang menggunakan nama Silat Lintau masih terus berkembang dan bergiat di Malaysia. Adakah kerana JAKIM dan Jabatan Agama Islam di Negeri2 kekurangan anggota atau memang sengaja malas untuk 'follow-up' isu ini tidaklah diketahui akan tetapi isu ini sekiranya dibiarkan akan merebak dengan lebih luas lagi, menyesatkan lebih ramai umat Islam di Malaysia.
JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri dengan ini digesa untuk membuat tindakan selanjutnya bagi membenteras hingga ke akar umbi, AJARAN SESAT yang menggunakan nama Silat Lintau yang telah diharamkan di Brunei dan di Kelantan.
Pada mulanya, kumpulan ini bergerak dengan menggunakan nama Silat Lintau dan bergerak secara diam-diam dengan mengatakan bahawa ilmu yang diajar merupakan Ilmu Kebatinan Silat Lintau. Cerita di olah sebegitu rupa sehingga ramai yang percaya dan terjebak dengan ajaran mereka.
Setelah isu Silat Lintau Haram yang keluar di muka depan sebuah tabloid pada tahun 1997 dan 'peristiwa khutbah' yang berlaku pada tahun 2007 di Masjid2 seluruh negeri Kelantan, pihak ini memberhentikan kegiatan mereka sebentar tetapi lama kelamaan mereka mula menjalankan kegiatan ini dan kali ini dengan lebih hebat lagi.
Ramai yang terpedaya. Mengikut kajian yang kami lakukan, ramai guru2 Silat telah diperdaya, pegawai kerajaan peringkat atasan juga ramai yang termakan oleh kumpulan ini. Mereka menjalankan kegiatan secara halus, pada permulaannya nampak alim dan wara' nya. Tetapi didalamnya terselit belitan Syaitan yang amat berbahaya.
Berhati2 lah wahai kaum Muslimin sekelian. Sesungguhnya Tipu Daya Iblis itu amat dahsyat. Inilah antara sebab kenapa saya tidak mahu menunjukkan langkah di blog ini atau di you tube dan facebook.
No comments:
Post a Comment