Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Sunday, 19 August 2012

Ucapan AidilFitri Tuan Guru Menteri Besar Kelantan

Saya tulis semula (dengan sedikit suntingan) ucapan Aidilfitri YB Dato Bentara Setia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan.  

Kesedaran untuk hidup beragama seperti yang kita ketahui amat kurang dikalangan masyarakat kita sebelum ini. Alhamdulillah, kini kesedaran manusia untuk menjalani kehidupan beragama dilihat kian meningkat setelah Kelantan berjaya melaksanakan dakwah dalam pemerintahan di negeri Kelantan.

KESAN PENJAJAHAN

British dan penjajah2 barat yang lain yang menjajah dunia Islam memperlekehkan agama secara total dan membawa masuk bermacam2 maksiat bagi mencetuskan semangat kehidupan yang lebih mementingkan nafsu dan menimbulkan keghairahan untuk hidup bersuka ria tanpa memikirkan masalah dosa pahala, azab kubur, syurga dan neraka. Mereka membawa masuk maksiat kedalam kehidupan masyarakat sehingga menyediakan prasarana dan kemudahan bagi merosakkan akal budi serta akidah Umat Islam di seluruh dunia.


  • Nak berjudi ada tempatnya
  • Nak berzina ada tempatnya
  • Nak minum arak ada tempatnya
Inilah kecelakaan yang menimpa umat Islam setelah dijajah.
Ini lah bencana yang menimpa umat Islam seluruh dunia.

Kita kena kembali kepada Islam kerana apa? kerana dunia yang kita pijak allah yg buat, langit yang kita junjung allah juga yg buat. Allah buat semua ni semata2 nak jaga manusia supaya manusia boleh hidup.

TUJUAN HIDUP

Tujuan hidup ialah ليعبدون ... menghambakan diri pada Allah, bukan menjadi hamba mulut, bukan menjadi hamba perut, bukan menjadi hamba duit, bukan menjadi hamba pangkat tapi HAMBA ALLAH.

Dukacitanya di Malaysia ni nak bercakap pasal agama pun payah. Ini semua ekoran semangat yang dibawa masuk oleh penjajah yang ditanam dalam fikiran umat islam seluruh dunia termasuk orang Melayu bahawa Islam ni kacau bilau, Islam ni mundur, Islam ni hanya sesuai zaman unta, kononnya sekarang ni kita dah maju, perlu apa pada ugama? Ini perkara yang dimasukkan oleh penjajah dalam kepala anak2 jajahannya termasuk orang Melayu diwaktu itu.

Yang penting untuk kita ingat ialah hujung dunia ini, dunia dan seluruh alam ini akan diletupkan, dihancurkan, gunung ganang dipenyet,

Apabila bumi digoncang dengan goncangan yang kuat


dan gunung ganang dihancurleburkan dengan selebur-leburnya

Setelah berlaku kiamat Allah akan membuat dunia lain.. ini perkara yang mesti diterima oleh semua manusia kerana ini bukan perintah dari sebuah kerajaan ke, syarikat ke, dak... ini perintah dari Allah SWT yang mencipta langit dan bumi hatta diri kita sendiri.. setelah itu Allah akan menjadikan dunia lain dimana semua manusia akan dihidupkan kembali

Semua manusia akan mati, saya akan mati, tuan2 pun akan mati, tok bomoh pun mati PM pun mati, alim ulama... semua akan mati dan dihidupkan kembali...

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


sebanyak mana susah payah manusia dimuka dunia ini akan dibalas sepenuhnya... susah payah kita cari duit ke, cari pangkat ke, cari ilmu ke, cari apa sekalipun kalau kena dengan line Allah, syurga lah balasannya, kalau tak kena dengan line Allah neraka lah tempatnya, walaupun dia orang Arab yang tinggal diMekah sekalipun kalau hidup didunia ini tak kena dengan line Allah tetap akan dilanyak kedalam neraka, itu kerja Allah, mana orang boleh lawan, oleh kerana itulah kita wajib meningkatkan kesedaran hidup beragama dalam diri masing2 supaya selamat di akhirat kelak.

Pengajaran mengasingkan agama dari politik ini adalah satu pengasingan yang jahat, yang betul2 menyesatkan dan menyusahkan manusia. Orang Arab ada yang bela bangsa Arab, orang Melayu ada yang bela bangsa Melayu, dia nak buat apa dengan Melayu? Yang kita bela bangsa Melayu tak bela Islam tu kerana apa? Contohnya di Kelantan, ada yang nak bela bangsa, ada yang nak bela Islam, yang nak bela bangsa di Kelantan ni oleh kerana dia pegang kerajaan pusat, dia buat khianat kepada orang yang nak bela Islam di Kelantan, kena ISA la, pindah sekolah/tempat kerja la dan macam2 lagi. Di Kelantan ni, orang PAS tak dapat baja sehingga kerajaan negeri terpaksa keluarkan baja untuk mereka ini. Nak pakai kopiah pun satu masa dulu jadi masalah besar hinggakan ustaz yang mengajar di sekolah pun dipaksa pakai songkok.

KITA AKAN MATI
Kita akan mati dan bila masuk dalam kubur kita akan keseorangan. Selepas mati apa yang tinggal ialah amalan kita. Bila kita mati 3 perkara yang akan ikut kita ke kubur iaitu ahli keluarga, harta dan amal. Ahli keluarga dan harta akan balik meninggalkan kita keseorangan didalam kubur dengan amalan kita. Kalau amalan kita baik, serupa dengan kehendak Allah SWT maka amalan itulah yang akan menolong kita, tapi kalau amalan kita tak serupa dengan kehendak Allah SWT didunia rasuah, menipu, menabur fitnah, mengata keji pada alim ulama, mencetuskan permusuhan sesama Islam maka kita akan dilanyak oleh Malaikat didalam kubur itu sehingga waktu kiamat. Agak2 boleh lawan ke bang? Boleh buka Silat Gayong, Silat Lintau ke lagi masa tu bang? Tak boleh....

Dalam surah Yasin di sebut



Ingatlah bahawa di akhirat nanti sebelum dihumbankan kedalam neraka, Allah Taala akan berkata kepada kita seperti ayat di atas yang bermaksud:

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

"Dan (telah Aku perintahkan kepadamu): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. 

Maka oleh itu, alasan apakah lagi bagi kita untuk menolak perjuangan Islam diatas muka bumi Allah ini? Atau adakah kita memang sengaja menempah jalan untuk ke neraka?

Kepada Allah saya memohon keampunan. Sekian.

No comments:

Post a Comment