Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday 20 November 2012

Berhati2 Memilih Guru Silat Lintau...

Kekeliruan mengenai Silat Lintau tidak pernah akan berakhir selagi ada pihak yang mengaku bahawa merekalah yang membawa dan mengajar Silat Lintau yang betul.



Bukan niat untuk memperhangatkan isu atau mengapi2kan permusuhan dan perbalahan tetapi sekadar memberi penerangan yang jelas mengenai Silat Lintau yang sering dilanda kontroversi di Malaysia ini.

Kelmarin saya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang memberitahu bahawa dia pernah belajar Silat Lintau di Kota Bharu beberapa tahun dahulu. Setelah diselidiki dan bersoal jawab dengannya maka kesimpulan yang dibuat ialah bahawa dia tidak diajar Silat Lintau akan tetapi amalan yang jalankan oleh satu puak yang mengaku mereka mengajar Silat Lintau. Kumpulan ini telah difatwakan sebagai AJARAN SESAT dan berita mengenainya pernah keluar disebuah akhbar/tabloid Mingguan dan khutbah Jumaat. Lihat DISINI

Disebabkan ramai yang tertanya-tanya mengenai kesahihan Silat Lintau maka adalah diingatkan supaya berhati-hati apabila mencari dan memilih guru Silat Lintau di Malaysia...Ini adalah kerana terlalu ramai yang mengaku diri mereka sebagai MAHAGURU Silat Lintau dan ada pula yang mendakwa HANYA MEREKA YANG LAYAK untuk mengijazahkan Silat ini kepada orang ramai. Lihat di SINI dan SINI.

Ada pula yang mempertikaikan langkah yang saya tunjukkan dan mereka meluahkan perasaan tersebut di blog ini dan juga di facebook tanpa terlebih dahulu berbincang dan bercakap secara baik dengan saya sedangkan mereka tahu nombor telefon saya. Alahai...

Takut apa kat saya? Saya bukan orang HEBAT... Saya bukan ada ilmu pelik2. Saya hanya insan biasa yang beramal dengan amalan biasa seperti yang diajar Rasulullah S.A.W. Rasulullah tidak ada ilmu kebal (baginda patah gigi dan luka dalam peperangan dan dalam berdakwah). Baginda juga diracun.

Kehebatan bukan sesuatu yang saya cari apatah lagi nama dan pangkat. Nama dan pangkat didunia ini tidak memberi pengertian apa-apa kepada saya. Yang penting ialah menegakkan yang HAQ dan menentang KEBATHILAN.

Untuk mengetahui mengenai Silat Lintau yang sebenar, pembaca dinasihatkan supaya berhubung terus dengan Tua Silat Lintau, Dr. Kamal Shah, yang telah melakukan jejak Silat Lintau pada 2011 di Lintau.

Lihat di SINI, SINI, SINI dan SINI dan keputusannya DISINI.

Berhati-hati dengan mereka yang mengaku itu dan ini. Mereka BUKAN Silat Lintau.

No comments:

Post a Comment