Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Friday 12 October 2012

Jangan Tiru Aksi Kami...

Sebab apa sehingga kini saya masih belum mempamerkan Silat Lintau Pandeka Talib kepada umum? Ada sebabnya. Kekhuatiran saya akhirnya terbukti bila melihat aksi terkini sebuah pertubuhan silat yang telah meniru sebahagian daripada gerak dan langkah Silat Lintau. Kalau tangan sanggup mencincang, bahu juga harus sanggup memikul...
Perbuatan meniru adalah perbuatan yang tidak bermoral dan dalam jangka panjang akan merugikan banyak pihak. Perbuatan meniru juga akan menyebabkan hubungan baik antara dua pihak menjadi retak.

Terdapat sesetengah Persatuan dan Pertubuhan Silat dikesan telah meniru aksi yang dipamerkan oleh pesilat daripada PERSILEK. Mereka meniru tanpa mengetahui apakah falsafah yang terkandung disebalik setiap gerak dan diam Silat Lintau.

Silat Lintau yang diakui sebagai Silek Nan Tuo atau Silat Yang Paling Tua diantara Silat di alam Melayu/Minangkabau mengandung banyak falsafah. Falsafah yang terkandung didalam Silat Lintau ini diperturunkan daripada guru kepada murid terpilih sahaja. Tidak semua murid dibekalkan dengan rahsia dan falsafah yang terkandung didalam Silat Lintau.

Mengetahui falsafah dalam setiap gerak, saya merasa terkilan apabila ada pihak yang dengan sewenang2nya mengambil perbuatan yang mempunyai falsafah dan rahsia didalamnya tanpa mempelajari apakah makna yang terkandung dalam gerak tertentu. Marah ada, bimbang pun ada. Marah kerana mereka tidak meminta izin dan belajar dengan betul dan bimbang sekiranya nanti ada yang akan tercedera akibat daripada perbuatan meniru gerakan tertentu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment