Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Sunday 30 January 2011

SEJARAH SILAT LINTAU 1 (FAKTA ATAU FANTASI?)

Saya menerbitkan disini artikel yang di tulis oleh Mohd Sharif Hidayatullah bin Sahperi bin Haji Abdul Mulok bin Ideham yang disiarkan di beberapa laman web dan blog serta dalam bentuk pdf. Bukan tujuan untuk bersengketa dengan beliau atau sesiapa tetapi bagi anda menilai siapa yang benar dalam hal ini. Justeru itu, saya menyeru penulis memohon maaf kepada seluruh ahli Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia, ahli Pertubuhan Seni Silat Lintau Malaysia, ahli2 Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan (dahulu Pasir Puteh) dan kepada SEMUA warga Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Pulanglah ke pangkal jalan dan bertaubatlah. Semuanya sudah terbongkar kini...

SEJARAH SILAT LINTAU 1

Oleh: Mohd Sharif Hidayatullah bin Sahperi
Ipoh, Perak.

KRONOLOGI LINTAU

· 1662 : TENGKU NANRINCI DILAHIRKAN. DARI KAWASAN PAGAR RUYUNG@ NAUNGAN PEPATIH NAN SEBATANG, KAMPUNG LINTAU.
FAKTA YANG SEBENAR IALAH: Tuanku Nan Renceh berasal dari Kamang Ilia, Luhak Agam dan BUKANNYA seperti yang dinyatakan diatas dan dilahirkan pada separuh kedua tahun 1770-an. Di masa remaja Tuanku Nan Renceh, di darek (pedalaman Minangkabau) muncul seorang lama berpengaruh, yaitu Tuanku Nan Tuo di Koto Tuo, Ampat Angkat. Banyak orang belajar agama kepadanya, yang datang dari berbagai nagari di Minangkabau, termasuk pemuda (Tuanku) Nan Renceh. Tuanku Nan Renceh juga belajar agama Islam ke Ulakan.

· 1671 : BERUMUR 9 TAHUN BELAJAR AGAMA DI BUKIT MERAPI, SUMATERA.

· 1680 : BERUMUR 18 TAHUN TAMAT BELAJAR AGAMA DAN MENGETUAI ANGKATAN TENTERA MENYERANG PANGLIMA GAJAH PUTIH DAN MENJATUHKAN KERAJAAN MAJAPAHIT.(SETELAH MEMENANGI PERTANDINGAN KEPAHLAWANAN)

FAKTA YANG SEBENAR IALAH: Kerajaan Majapahit jatuh sebelum tahun 1600. Mana mungkin Tuanku Nan Renceh mengetuai angkatan tentera menyerang Panglima Gajah Putih dan Menjatuhkan Kerajaan Majapahit?

· 1683 : BELIAU DI LANTIK SEBAGAI KETUA BAGI KUMPULANYA DENGAN GELARAN :

1) (KETUA)TENGKU NANRINCI SEBAGAI BENDAHARA SAKTI.(PENGASAS SILAT LINTAU)

FAKTA YANG SEBENAR IALAH: Tuanku nan Renceh orang Kamang, mana mungkin menjadi pengasas Silat Lintau? Bukan sahaja daerahnya lain malah Kabupatennya juga tidak sama.

2)TENGKU NAN PUTIH SEBAGAI BAGINDA GARANG(PENGASAS SILAT SENDENG)

FAKTA YANG SEBENAR IALAH: Silat Sendeng BUKAN diasaskan oleh Tuanku Nan Renceh. Tuanku Nan Renceh adalah orang Kamang maka silatnya ialah Silat Kumango.


3)TENGKU MALIM SEBAGAI DATUK SETIA RAJA.(PENGASAS SILAT TERALAK)

FAKTA YANG SEBENAR IALAH: Silat Teralak diasaskan oleh Ulud Bagindo Chatib1865. Mengatakan Silat Terlak diasaskan oleh TNR menimbulkan kemarahan bagi mereka yang mengetahui sejarah Teralak.

4)TENGKU RAJA INDAH SEBAGAI DATUK PANGLIMA KAYA.(PENGASAS SILAT SELAYANG)
KALAU AKU TANYA MAMAT NI MANA RUPANYA SILAT SELAYANG RASANYA TAK DAPAT NAK TUNJUKKAN... BUKAN ITU SAJA... KALAU DIA TUNJUK PUN GERENTI IANYA REKAAN DIA SENDIRI... UDAH-UDAH LE TU MEMBOHONGNYA... SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG LAMA2 MENCURI... 


· 1699 : TUANKU NANRINCI BERKAHWIN
· 1683 : LAHIR BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH.
· 1685 : LAHIR BAGINDA TENGKU SANI.
· 1688 : LAHIR BAGINDA TENGKU SAID ALI.(MENINGGAL DUNIA DI PATTANI KETIKA MENCARI BAGINDA ZAHARUDDIN PADA -1724)

· 1690 : LAHIR ANAK PEREMPUAN TUNGGAL IAITU BAGINDA TENGKU DANG WANGI

FAKTA DI BAWAH INI KESEMUANYA DISANGGAH DAN HANYALAH REKAAN SEMATA2. 

KAMI ADA BUKTI YANG SAH DARI PIHAK KERAJAAN REPUBLIK INDONESIA.

· 1693 : BAGINDA ZAHARUDDIN BELAJAR AGAMA DI BUKIT MERAPI DAN DITURUTI OLEH ADIK-ADIKNYA DAN MENDAPAT GELARAN SYEIKH BONDU KADIUNG DI SEKITAR KEPULAUAN SUMATERA.

Mana ada Syeikh Bondu Kadiung? Mari mana la pulak... Aduh... Lepas satu... satu... Nak kenal keturunan Bonda Kandung yang sebenar? Itulah Datuk Katumanggungan dan Silat yang dikembangkan bernama Silek Tuo Pangka Batu Batikam... 

· 1707 : BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN BERKAHWIN

· 1720 : BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SAMPAI DI MELAKA DALAM PERJALANAN UNTUK KE MEKAH DENGAN SAHABAT SERTA SAUDARA-MARANYA.(KETIKA BERUMUR 37 TAHUN)

· 1721 : BERTEMU DENGAN ORANG KAYA KULUB (ORANG KAYA BAUK) YANG DILANTIK OLEH SULTAN SULAIMAN DAIK YANG MEMERINTAH DARI KUALA KESANG (KINI TANJUNG EMAS SEHINGGA SUNGAI SARANG BUAYA) MEMINTA BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN MENGHAPUSKAN LANUN-LANUN DI SELAT MELAKA.BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN DAN ROMBONGANYA BERSETUJU DAN BERLAYAR SINGGAH DI PULAU KUNDUR(KINI PULAU SIALU),DIANTARA MUAR DAN BATU PAHAT.BERJUMPA DENGAN KELUARGA HAJI MOHD SALLEH B HUSSIN DAN ISTERINYA HAJAH NYONYA SERTA ANAK PEREMPUAN MEREKA IAITU HITAM MANIS UNTUK TINGGAL SEKETIKA WAKTU MENJALANKAN TUGAS MENENTANG LANUN TERSEBUT.KEBANYAKKAN PENDUDUK PULAU TERSEBUT BERASAL DARI PANTAI MELAKA.KINI YANG TINGGAL HANYA KELUARGA HAJI SALLEH SAHAJA KERANA YANG LAIN TELAH DI USIR OLEH LANUN TERSEBUT.SELAIN DARIPADA ITU BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN MEMBUKA KELAS AGAMA DI DAERAH MUAR DENGAN DIBANTU OLEH SAUDARA DAN SAHABATNYA.

· 1722 : BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN SYAH BERKAHWIN DENGAN HITAM MANIS(ANAK TOK ALIM IAITU HAJI SALLEH)UNTUK MENJAGA KESELAMATAN MEREKA SEKELUARGA SERTA PULAU KUNDUR(PULAU SIALU SEKARANG INI)TETAPI TIDAK DIKURNIAKAN CAHAYA MATA..

· 1723 : LANUN-LANUN BERJAYA DIHAPUSKAN DENGAN BANTUAN PENDUDUK SETEMPAT YANG TELAH MEMPELAJARI SILAT LINTAU DARI BAGINDA.

· 1724 : BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH PERGI MEMANCING DENGAN DUA ORANG SAHABATNYA TANPA MEMBAWA SENJATA.SAKI BAKI LANUN TELAH MENYERANG BELIAU TETAPI GAGAL MENGALAHKANYA LALU LANUN TERSEBUT MEMECAHKAN PERAHU KECIL BELIAU DENGAN MEMBALING TOMBAK HINGGA PERAHUNYA PECAH.RIBUT DATANG PULA PADA WAKTU ITU DAN BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN SYAH TELAH HANYUT DAN LEMAS MANAKALA SEORANG SAHABATNYA SEMPAT BERPAUT PADA SERPIHAN SAMPAN TERSEBUT DAN SAMPAI DI PERSISIRAN PANTAI MUAR.BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN SYAH MENINGGAL DUNIA KETIKA BERUMUR 41 TAHUN.MAYAT BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH HANYUT DI PANTAI BERHAMPIRAN KAMPUNG PARIT SAKAI LAUT MUAR DAN TERSANGKUT PADA AKAR POKOK TUAK (BUAT GASING MELAYU).MAYAT BELIAU TIDAK BUSUK DAN ORANG KAMPUNG DAN MENGENALINYA SEBAGAI LIDAH HITAM. KERANA LIDAHNYA BERWARNA HITAM DAN DIKEBUMIKAN DI KAMPUNG TERSEBUT.PADA MALAM SELEPAS DIKEBUMIKAN MAYAT BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH MAKA KEDENGARAN BUNYI 7 KALI TEMBAKAN MERIAM DARIPADA MAKAM BELIAU DAN BATU NISAN DI MAKAM TERSEBUT TELAH BERTUKAR MENJADI SEPERTI LIDAH BERWARNA HITAM DAN PENDUDUK DI KAMPUNG TERSEBUT MEMANGGILNYA KERAMAT LIDAH HITAM.(PENGASAS SENI SILAT LINTAU MALAYSIA).BERITA KEMATIAN TENGKU ZAHARUDDIN SYAH TELAH DIKETAHUI OLEH TUANKU NANRINCI LALU MENYURUH TUANKU BAGINDA SAID ALI MENCARI DIMANA MAKAM KEKANDA BELIAU DI PATTANI DAN MENIGGAL DUNIA.

Terlalu banyak fakta yang salah yang diutarakan oleh penulis Mohd Sharif Hidayatullah bin Sahperi. Saya akan menyiarkan SEJARAH TUANKU NAN RENCEH YANG SEBENARNYA.

Manakala sejarah Baginda Zahiruddin tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak.

Tuesday 25 January 2011

ANDA MAHU BUKTI?



Oleh: Dr. Kamal Shah

Kepada semua peminat dan pengamal Silat Lintau yang ingin mengetahui kebenaran yang nyata dan jelas, saya sudahpun mengumpul bukti dan fakta yang banyak tentang Silat Lintau dari Ranah Minangkabau (Ranah=Tanah).
Contoh-contoh seperti dibawah akan saya postkan satu persatu sehingga mereka yang tidak bertanggungjawab MENGHENTIKAN perbuatan MENIPU orang ramai tentang asal usul Silat Lintau.
Saya menyeru kepada semua peminat, jurulatih, guru dan pelajar Silat Lintau, dimana jua anda berada supaya BERDIRI DIATAS PAKSI KEBENARAN dan jangan bersekongkol dengan mereka yang mendukung kebatilan.
Ini contoh bukti yang akan saya postkan di blog ini dari masa ke masa
oh ya
mau lihat blog orang yang mengklaim silat lintau miliknya dan keturunannya? Nah... ini dia>>> http://silatlintau.blogspot.com/2006/11/mahaguru.html... sejarahnya aneh dan melucukan mereka yang mengenal sejarah Minangkabau... 
M Ifra is offline.
M Ifra is online.

hahaha...

kenapa
udah baca?
M Ifra is offline.
M Ifra is online.

ketawa saya pak....td saya baca....orang kamang ciptakan silat lintau....ah nggak mungkin aja itu pak....

Saya akan terus menulis sehingga KEBENARAN TERSERLAH. 

Lintau Langkah Tiga

Pandeka Talib

Oleh: Dr. Kamal Shah @ Raden Ahmad Guntur

Pada tahun 1974 sewaktu umur 14 tahun, ibu saya pada suatu hari ingin ke kedai.... shopping untuk beli kain untuk dibuat baju raya. Saya memberitahu ibu bahawa saya nak pakai baju Melayu hitam, ibu mulanya membantah tapi akhirnya mengikut cadangan saya.

Pada tahun berikutnya iaitu 1975, keinginan untuk belajar silat memuncak. Pada musim cuti sekolah penggal kedua tahun itu, bapa saudara saya (semua anak saudaranya memanggilnya ABAH), Che Gu Yunus bin Shamsuddin yang tinggal di Kg. Padang Asam, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak telah datang bercuti dirumah kami. 

Saya menyampaikan hasrat untuk belajar silat dan ABAH suruh balik kampung pada cuti penggal ketiga nanti. Saya happy sangat2 waktu itu. 

Pada musim cuti penggal ketiga sekolah 1975, saya pulang ke kampung menaiki bas dan menginap di rumah ABAH. Saya nyatakan hasrat untuk mempelajari Silat Gayong tapi ABAH tak mengizinkan. ABAH memberitahu bahawa kalau nak belajar silat yang sebenar ikut dia malam itu dan dia akan bawakan ke gelanggang silat di kampung padang asam.

Malam itu, saya di bawa ke gelanggang yang didirikan dengan buluh dan dilingkungi pelepah kelapa. Terdapat 18 orang pesilat dalam gelanggang tersebut... Saya melihat mereka bermain... terdetik dalam hati saya yang sudahpun belajar Tae Kwan Do masa itu... apa ke jenis silat ni? Silat apa macam ni? kata saya dalam hati... 

Melihat mereka bermain, saya merasakan seolah2 gerak geri mereka ini senang nak makan... sekali aku bagi flying kick berterabur lah puak ni.. kata saya dalam hati...

Saya diperkenalkan kepada Pak Da Abas, salah seorang guru silat lintau di daerah Kuala Kangsar.... Gelanggang tersebut di buka oleh Pak Mat Rashid di atas tanah Pak Da Abas. Pak Mat Rashid tinggal di Kg. Simpang Lawin. 

Silat Lintau ini di bawa oleh Pandeka Talib, yang datang dari Daerah Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.

Pandeka Talib menurunkan Silat ini kepada Kulop Mat Deros dan Kulop Mat Deros mengajarkan silat ini kepada 3 orang:
  1. Tok Ki Baharom
  2. Pak Mat Rashid
  3. Pak Da Abas
Silat ini berkembang dengan pesat dari Padang Rengas hinggalah ke Kuala Kangsar, Kota Lama Kiri, Sauk, Kati, Lubuk Merbau, Talang dan banyak lagi.

Berbalik pada cerita di gelanggang pada kali pertama saya pergi dengan ABAH; saya diperkenalkan pula dengan abang Hadi Mat Yakin dari Kg Padang Asam yang merupakan jurulatih di situ. Saya diarahkan belajar dengan abg Hadi. 

Abg Hadi mempelajari silat ini daripada tiga orang,  Shabudin (cucu Tok Ki Baharom), Pak Da Abas dan Pak Mat Rashid.


Setelah selesai cuti sekolah, saya kembali ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1976 tiap kali cuti sekolah, saya akan pulang ke kampung untuk menyambung pelajaran sehinggalah di angkat menjadi jurulatih silat ini pada tahun 1977.

Sehingga bertemu di posting yang akan datang... Assalamu alaikum wm wb...
Dr. Kamal Shah


Saturday 22 January 2011

SEJARAH SILAT LINTAU DI KELANTAN (BAHAGIAN KEDUA)

Oleh: Dr. Kamal Shah @ Raden Ahmad Guntur

"BERANI MENEGAKKAN KEBENARAN WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI RINTANGAN - MUSUH TIDAK KU CARI, MUSUH DATANG AKU TAK LARI INSHA ALLAH"

MENGAJAR DI SMDI
Setelah bertahun2 mengajar di SEMENTOJA, akhirnya Dr. Kamal ditawarkan mengajar silat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ismail, Pasir Puteh pula. PK KO yang menawarkan beliau mengajar ialah Chegu Abdul Aziz, bekas guru di SEMENTOJA.

Pelajar yang belajar di SMDI ini adalah yang terpilih dan hanya pelajar yang tinggal di asrama yang dibenarkan belajar silat. Kumpulan pertama seramai 50 orang pelajar telah menyertai silat ini. Kejayaan dalam pertandingan silat olahraga dan silat seni terus dicapai oleh para pelajar yang tekun mempelajari dengan baik. Mereka yang kalah adalah kerana tidak mengikuti pola pertandingan dan pola gerak silat lintau. :)

PANCAINDERA SENI SILAT LINTAU MASIH WUJUD?

Dr Kamal terkejut membaca artikel yang disiarkan didalam majalah BELADIRI dimana terdapat gambar Pak Bakar, seorang lagi beraksi silat. Beliau kemudiannya menghubungi setiausaha Panca Indera Seni Silat Lintau Malaysia PSSLM dan menghubungkan silaturrahim dengan setiausaha PSSLM.

Tidak berapa lama selepas itu, suatu acara telah diadakan di Kampar, Perak, bertempat di Dewan Belia dan Sukan Kampar. Dr Kamal bersama puterinya Nur Ashikin dan beberapa orang muridnya menyertai program tersebut. Pada program itu, Dr. Kamal telah dipertemukan dengan Abg. Din (Din Besi) yang merupakan Presiden PSSLM, Ayob (Mohd, Sharif Hidayatullah bin Sahperi) yang merupakan cucu kepada Hj Abdul Mulok bin Ideham, dan beberapa orang lagi.

Beberapa peristiwa dan cakap2 yang kurang elok kedengaran pada waktu itu dan hal ini membuatkan Dr Kamal ingin menyiasat lebih lanjut apakah sebenarnya yang berlaku. (akan datang dalam nota lain)

Setelah kembali dari Kampar, Perak, Dr Kamal telah menghubungi saudara Dollah Salleh dan meminta jasa baik beliau untuk menyelaraskan 'ibu' lintau di gelanggangnya di Pasir Puteh. Dollah Saleh tidak keberatan dan datang berkampung di Pasir Puteh selama 3 hari untuk menyelaraskan semua ibu yang dipelajari. Seramai 5 orang murid terlibat dan kini mereka menjadi Jurulatih Lintau di Pasir Puteh.

Hingga kini, Dr Kamal secara peribadi telah mengajar lebih daripada 5,000 orang murid di Pasir Puteh, Kelantan sejak tahun 1995 hingga kini.

Sejarah Silat Lintau di Pasir Puteh akan terus ditulis dan dicipta oleh pewaris* silat ini yang giat berusaha untuk melestarikan silat lintau ini.

* Pewaris Silat Lintau tidak semestinya dari keturunan Haji Mulok. Perlu diingat bahawa Silat Lintau adalah milik Lintau, Kabupaten Tanah Datar dan bukannya milik individu tertentu. Siapa saja boleh mewarisi Silat ini asalkan cukup syaratnya dan telah di'tua'kan dalam gelanggang.

Saturday 15 January 2011

Udah-udah la tu membohongnya...

Udah-udah le tu membohongnya... akhirnya terbongkar juga rahsia... keme bukan bodoh tak reti sejarah... udah-udah le tu... menegakkan benang yang basah kelak kamu akan dicerca... jangan sampai orang sebut "tak ku sangka, rupanya cucu (sipolan) macam ini perangainya... udah-udah le tu... bertaubat lah dan kembali kepangkal jalan...





Setelah perang padri di minangkabau terjadi perundingan antara kaum adat dan ulama pada tahun
1834 yang dikenal dengan Perdamaian Marapalam yang membuahkan istilah ABS-SBK ( Adat Basandi Sarak - Sarak Basandi Kitabullah). Sedangkan menurut sejarah Tuanku Nan Renceh tidak hadir di sana karena wafat pada tahun 1826. Disini sudah jelas ada pembohongan publik yang di sengaja..

Kerajaan majapahit berjaya pada masa 1293 M - 1500 M.. sedangkan yang ditulis oleh Mohd Sharif Hidayatullah bin Sahperi beliau lahir pada tahun 1662.
Kita bisa melihat secara logika tahun lahir dan wafat. Mungkinkah Tuanku Nan Renceh berumur lebih dari 200 Tahun????


TNR dikenal sebagai Panglima Perang Padri yang militan dan ditakuti pada masanya. Dan menurut sejarah lain Tuanku Nan Renceh berasal dari Kamang, Luhak Agam. Kurang jelas kapan persisnya ia dilahirkan, tapi pasti dalam paruh kedua tahun 1870-an. Tak ada catatan historis mengenai masa mudanya. Namun, sedikit banyak dapat direkonstruksi melalui satu sumber pribumi, yaitu Surat Keterangan Syekh Jalaluddin (SKSJ) karangan Fakih Saghir, salah seorang ulama Paderi dari golongan moderat

http://ulama-minang.blogspot.com/2010/01/tuanku-nan-renceh-dalam-surat.html

Fakih Saghir menyebutkan bahwa Tuanku Nan Renceh “kecil tubuhnya” (Kratz & Amir: 24), yang memang bersesuaian dengan namanya (kata Minang renceh berarti kecil, lincah, dan bersemangat). H.A. Steijn Parvé dalam “De secte der Padaries in de Padangsche Bovenlanden” (Indisch Magazijn [selanjutnya IM]1, 1e Twaalftal, No.4:21-40) menyebutkan bahwa Tuanku Nan Renceh bertubuh kecil, kurus, bertabiat bringasan, dan memiliki sinar mata yang berapi-api—cerminan dari sifat radikal dan keras hatinya. Pakaiannya mungkin seperti pakaian kebanyakan pengikut Paderi, seperti yang dideskripsikan oleh P.J. Veth dalam “De Geschiedenis van Sumatra,” (De Gids 10e Jrg., Januarij: 1850, hal. 21), Thomas Stamford Raffles dalam Memoir of of the Life and the Public Services of Sir Thomas Stamford Raffles editan Lady Sofia Raffles (Singapore: Oxford University Press, 1991 [reprinted ed.]: 349-50), atau sketsa visual oleh [E.] Francis dalam “Korte Beschrijving van het Nederlandsch Grondgebied ter Westkust Sumatra 1837” (Tijdschrift voor Nederlandsch-Indië [selanjutnya TNI] 2-1, 1839: 28-45, 90-111, 131-154, hal. [141]): rambut dicukur, jenggot dipanjangkan, tasbih dan pedang selalu jadi ‘pakaian’, sorban dan jubah panjang hingga bawah lutut berwarna putih, membawa Al-Quran yang ditaruh dalam kantong merah yang digatungkan di leher (ini hanya khusus buat ulama/panglima Paderi) (lihat ilustrasi).

Tak ada riwayat apapun tentang keluarga Tuanku Nan Renceh. Nama kecilnya juga tidak diketahui. Hanya ada sedikit kisah tragis bahwa ia memulai jihadnya dengan cara sadis: ia menyuruh bunuh bibinya sendiri—menurut Mangaraja Onggang Parlindungan (op cit.:134) ibu Tuanku Nan Renceh sendiri yang bergelar “orang kaya” (urang kayo)—yang tidak mau mengikuti perintahnya berhenti makan sirih, yang dianggap kebiasaan yang tidak sesuai dengan Islam. Mayatnya tidak dikuburkan tapi dibuang ke hutan karena dianggap kafir (lihat: Muhamad Radjab, Perang Paderi di Sumatera Barat (1803-1838), Djakarta: Perpustakaan Perguruan Kementerian P.P. dan K., 1954:18-19; Christine Dobbin, Kebangkitan Islam dan Ekonomi Petani yang Sedang Berubah: Sumatra Tengah 1784-1847, terj. Lilian D. Tedjasudhana. Jakarta INIS, 1992: 158). Dengan begitu, Tuanku Nan Renceh cepat mendapat pengikut dari mereka yang berjiwa militan.

Naskah SKSJ mencatat bahwa akhirnya Tuanku Nan Renceh memusuhi Tuanku Nan Tuo yang tetap memegang sikap moderat dalam memperjuangan cita-cita Gerakan Paderi. Tuanku Nan Tuo mengecam cara-cara di luar peri kemanusiaan yang dilakukan oleh Tuanku Nan Renceh dan pengikutnya terhadap penduduk nagari-nagari yang mereka taklukkan. Tuanku Nan Renceh menghina ulama kharismatik yang dituakan di darek itu dengan menyebutnya sebagai “rahib tua” dan Fakih Saghir, sahabat dan bekas teman seperguruannya, digelarinya “Raja Kafir” dan “Raja Yazid” (Kratz & Amir: 41).

Perpecahan di kalangan pemimpin Paderi tak terelakkan: Tuanku Nan Renceh membentuk kelompok sendiri yang terkenal dengan sebutan “Harimau Nan Salapan” yang militan, yaitu Tuanku di Kubu Sanang, Tuanku di Ladang Lawas, Tuanku di Padang Luar, Tuanku di Galuang, Tuanku di Kota Hambalau, Tuanku di Lubuk Aur, Tuanku di Bansa dan Tuanku Nan Renceh sendiri (Kratz & Amir: 39). Mereka memisahkan diri dari Tuanku Nan Tuo dan mencari patron (imam besar) yang baru, yaitu Tuanku di Mansiang. Tuanku Nan Renceh dan pengikutnya pun beberapa kali berusaha membunuh Tuanku Nan Tuo. Ia menganggap mantan gurunya itu menghalang-halangi tujuannya dan terus-menerus mengeritik jalan radikal yang ditempuhnya bersama pengikutnya. Namun, seperti diceritakan Fakih Saghir dalam SKSJ, upaya pembunuhan itu gagal.

Seperti diuraikan oleh seorang penulis berinisial v.D.H. dalam artikelnya “Oorsprong der Padaries (Eene secte op de Westkust van Sumatra)” (TNI 1.I, 1838: 113-132), Tuanku Nan Renceh dan pengikutnya yang militan kemudian menjadi lebih terkenal, meredupkan pamor kelompok moderat (Tuanku Nan Tuo dan pengikutnya). Dalam tahun 1820-an, pengikut golongan radikal itu makin banyak di Luhak Nan Tigo. Mereka mewajibkan kaum lelaki memelihara jenggot, yang mencukurnya didenda 2 suku [1 suku = 0,5 Gulden); memotong gigi didenda seekor kerbau; lutut terbuka didenda 2 suku; wanita yang tidak pakai burka didenda 3 suku; memukul anak didenda 2 suku; menjual/mengkonsumsi tembakau didenda 5 suku; memanjangkan kuku, jari dipotong; merentekan uang didenda 5 shilling; meninggalkan shalat pertama kali didenda 5 suku, jika mengulanginya dihukum mati (lihat: B.d., “De Padries op Sumatra”, IM 2e Twaalftal, No. 5&6, 1845 [1827]:167-180, hal.172).

Tuanku Nan Renceh dan pengikutnya menjadi momok besar bagi masyarakat Minang waktu itu, khususnya Kaum Adat. Semakin meluasnya pengaruh faksi radikal Kaum Paderi yang dibidani oleh Tuanku Nan Renceh telah mendorong Kaum Adat minta bantuan kepada Belanda. Pada 21 Februari 1821 mereka resmi menyerahkan wilayah darek kepada Kompeni dalam perjanjian yang ditandatangani di Padang, sebagai kompensasi kepada Belanda yang bersedia membantu melawan kaum Paderi. Ikut “mengundang” sisa keluarga Dinasti Pagaruyung di bawah pimpinan Sultan Muningsyah yang selamat dari pembunuhan oleh pasukan Paderi yang dipimpin Tuanku Pasaman di Koto Tangah, dekat Batu Sangkar, pada 1815.

Wednesday 12 January 2011

SEJARAH SILAT LINTAU DI KELANTAN (BAHAGIAN SATU)

Oleh: Dr. Kamal Shah @ Raden Ahmad Guntur.




PENGENALAN

Dr. Kamal Shah @ Raden Ahmad Guntur merupakan satu2nya anak lelaki kepada Raden Abdullah Zawawi bin Raden Haji Hamzah, bekas pengarang Berita Harian.

Beliau merupakan keturunan daripada Bintoro Raden Adipati DanuRadjo (DanuRejo), seorang pembesar Jawa yang juga dikenali dengan nama Sunan Geseng.

Di sebelah ibunya, Dr Kamal adalah daripada keturunan Sultan Mahmud Shah Melaka. Dr Kamal dilahirkan di Singapura tetapi daftar kelahiran beliau dibuat di Perak. Maka tercatatlah dalam surat beranak beliau bahawa beliau dilahirkan di Kg. Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak pada 19hb Mac, 1960.

MENGENALI SILAT

Dr. Kamal Shah mulai mengenali Silat Lintau pada tahun 1975, ketika usianya 15 tahun, di Kg. Padang Asam, Pdg Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Beliau dihantar ke gelanggang oleh arwah bapa saudara sebelah ibunya, Chegu Hj. Yunus b. Shamsuddin. Beliau pertama kali belajar silat ini di rumah Pak Da Abas salah seorang guru silat ini pada ketika itu. Gelanggang yang beliau belajar telah dibuka oleh Pak Mat Rashid kerana Pak Da Abas uzur. Jurulatih yang bertanggungjawab membimbing Dr. Kamal bernama Abdul Hadi bin Mat Yakin, bekas warden penjara Pulau Jerejak yang tinggal sekampung di Pdg Asam.

MULA BELAJAR

Di gelanggang ini, beliau diasuh dan diajar Silat Lintau. Pada permulaannya, beliau benci melihat cara permainan Silat ini yang baginya tak nampak macam bersilat, tidak gah, tidak ada belebat. Beliau merasakan dengan ilmu Tae Kwan Do yang dimilikinya akan dapat menumpaskan pesilat Lintau ini dalam satu detik sahaja. Akan tetapi beliau silap besar. Beliau akhirnya makan pasir di Lintau oleh Abang Hadi (panggilan mesra Hadi Mat Yakin). Dari situlah beliau belajar bersungguh-sungguh hingga tamat.

SALASILAH PERGURUAN

Abg Hadi mempelajari silat ini daripada Pak Mat Rashid yang ketika itu tinggal di Simpang Lawin, Kuala Kangsar. Pak Mat Rashid, Pak Da Abas dan Tok Ki Baharom, kesemuanya menerima ilmu silat ini dari seorang yang bernama Kulop Mat Aleh dari Pdg Rengas. Kulop Mat Aleh mengambil silat ini dari seorang Pandeka dari tanah seberang, dari daerah Lintau, Kabupaten Tanah Datar iaitu Pandeka Talib.

MENJADI JURULATIH

Pada tahun 1977, beliau menjadi Jurulatih silat dan mula mengajarkan kepada beberapa orang rakan. Rakan2 sekolah beliau juga seperti beliau apabila melihat kepada pergerakan silat ini, merasakan silat ini 'kacang' hendak di makan oleh mereka. Seorang demi seorang beliau humban ke perdu rambutan di belakang rumahnya.

MENYIMPAN ILMU

Daripada tahun 1984 sehinggalah tahun 1994, Dr. Kamal menyimpan rahsianya. Tidak seorang pun tahu bahawa dia adalah Jurulatih Silat Lintau.

Daripada Petaling Jaya, Dr Kamal berhijrah ke Kelantan setelah berkahwin dengan seorang gadis pilihan hatinya sendiri yang berasal dari Machang, Kelantan. Dari Machang beliau berpindah ke Pasir Puteh pada tahun 1987 dan menetap disana hingga kini.

Beliau dikurniakan Allah 4 orang zuriat.

RAHSIA PECAH DISULUK

Pada pertengahan tahun 1994, keluar artikel mengenai silat Lintau di Johor. Membaca artikel tersebut, timbul rasa sangsi dengan apa yang diceritakan. Beliau membuat keputusan untuk menyiasat Silat Lintau yang dikembangkan oleh Pancaindera Seni Silat Lintau melalui gurunya Hj. Mulok bin Ideham lalu beliau mengambil keputusan untuk ke Muar, mencari Abdullah bin Salleh (Dollah Belanda) yang dikenali sebagai Ketua Jurulatih Silat Lintau (Panca Indera Seni Silat Lintau) pada tahun 70an.

Dalam masa yang sama juga, surau suluk di Lenggeng mengumumkan akan mengadakan suluk pada hujung tahun tersebut dan Dr. Kamal mengambil keputusan untuk melaksanakan suluk dan berziarah ke Muar pada hujung tahun itu.

Setelah bersuluk selama 5 hari, Dr. Kamal 'menerima isyarat' bahawa beliau hendaklah menamatkan suluk dan meneruskan perjalanan menjejak Dolah Belanda.

Beliau diizinkan menamatkan suluk dan menaiki bas dari Lenggeng ke Seremban dan seterusnya ke Muar, Johor.

Beliau disambut dengan mesra dan penuh kasih sayang oleh abg Dolah di Muar. Abg Dolah telah membawanya melawat Makam Panglima Lidah Hitam yang kononnya merupakan Makam Baginda Zahiruddin. Makam tersebut dijaga oleh pihak Muzium Negara dan tertulis di situ, MAKAM PANGLIMA LIDAH HITAM, PENGASAS SILAT LINTAU DI MALAYSIA.

Makam di Parit Sakai, Muar, Johor.

Dr. Kamal kemudiannya diperkenalkan dengan beberapa orang termasuk Abas dan Idris. Beliau telah meminta Dolah Belanda mengajarkan Silat Lintau yang dimilikinya. Di rumah Idris, Dolah Belanda telah mengajar 7 ibu Silat yang diwarisinya daripada Hj. Abdul Mulok. 

Setelah tiga hari bermukim di Johor, Dr. Kamal kembali ke Pasir Puteh, Kelantan dan mula merancang untuk membuka gelanggangnya yang pertama.

GELANGGANG PERTAMA

Awal tahun 1995 melihat Dr. Kamal mula mengajar Silat Lintau di Sekolah Menengah Tok Janggut (Kini Sek Men Keb Tok Janggut atau SEMENTOJA) Pasir Puteh, Kelantan dengan jumlah murid seramai 40 orang.

Beliau mengajar di SEMENTOJA dari 1995 hinggalah sekarang.

KEJAYAAN

Sepanjang kariernya mengajar silat lintau di SEMENTOJA, Dr Kamal dengan anak muridnya telah berjaya meraih sebanyak 32 pingat daripada berbagai peringkat. Kejayaan yang dicapai muridnya menjadikan beliau lebih berazam untuk mengajar silat pada generasi yang akan datang.

"Musuh Jangan Dicari, Musuh Datang Jangan Lari" ~ Pandeka Talib

END OF PART ONE.

Sunday 9 January 2011

Peranan ulama dalam silat

Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.

Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan ‘senjata’ qalam untuk mengajar umat Melayu dan juga senjata pedang untuk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah.
Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanah air.

Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah:
1-silat menggunakan qalam/pena,
2-silat kalam/lidah,
3-silat menggunakan siasah/politik, dan lain-lain termasuklah
4-silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.

Pelajaran silat dalam Kerajaan Pontianak

Tidaklah janggal pada kesempatan ini penulis mulakan petikan mengenai silat yang termaktub dalam sebuah manuskrip “Syair Kerajaan Pontianak”.
Kerajaan Pontianak (Indonesia) memang bukan dalam Malaysia, tetapi adalah sebuah kerajaan Melayu yang didirikan oleh Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang direstui dan dirasmikan oleh pahlawan Melayu-Bugis, Raja Haji bin Upu Daeng Celak.

Raja Haji pula adalah seorang pahlawan Melayu agung sesudah Hang Tuah, kerana hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu pernah dikunjunginya. Akhir riwayat Raja Haji gugur sebagai syahid fi sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka.

Syair Kerajaan Pontianak ditulis beberapa tahun setelah berdirinya Kerajaan Melayu-Islam Pontianak, dalam petikan tersebut juga jelas mencerminkan minat dan kesungguhan Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri terhadap seni dan budaya silat. Untuk lebih jelas dan merupakan dokumen sejarah persilatan Melayu, Bab Silat dalam Syair Kerajaan Pontianak penulis sebutkan beberapa petikan awal darinya, iaitu:

Setelah sudah berperi-peri,
baginda berangkat lalu berdiri
Panggilkan Mat Raiyat suruh ke mari,
serta dengan Wan Bakari.
Wan Ahmad, Wan Bakar datanglah sudah,
kepada baginda tunduk menyembah
Dengan segeranya baginda bertitah,
Adalah sedikit hendak diperintah.
Baginda tersenyum seraya berkata,
Jikalau suka rasanya cita
Tuan-tuan yang muda ajarkan kita,
diajarkan silat bermain senjata.
Tuan ajarkan padan-padan,
boleh dilihat usulnya badan
Bagaimana di dalam contoh teladan,
yang mana patut main di medan.

*Tulisan Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam.

Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.

Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab.
Transliterasi selengkapnya ialah: “Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu.

“Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita.

“Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang … ” (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).

Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya “Maka jika datang ia kepada negeri Islam … ” dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq.
Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam.

Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa “jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang …” berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam.

Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu.

Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).

Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.

Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.

Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau, “Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia …”.

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya “dan ditaruhkan senjatanya” maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.

Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya “dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu”. Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan “ilmu silat” kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.

Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan “kekuatan dalaman” atau “mental” atau “rohani”. Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.
Wirid pertahanan diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani

Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa’id an-Nafi’ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu “Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah”, beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu:

1. Faedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi ‘Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.
2. Faedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.
3. Faedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.
4. Faedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.

Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu “Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru … “Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.

Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli. Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98).
Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:

*Belajar secara fizik di gelanggang.
*Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.
*Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.

Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu’azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu’azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.

Silat Al-Mu’azat pernah dikembangkan di Johor oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad dalam tahun 1970-an. Wirid yang diamalkan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, yang sama dengan amalan dalam Silat Al-Mu’azat itu, lebih lengkap ditulis oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab Ward az-Zawahir (lihat hlm. 189).

Kesimpulan dan penutup

Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:

a.Seni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian.
b.Ilmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.
c.Ulama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.
d. Ulama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.

Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak.

Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya.

Sumber: Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH, Akhbar Utusan Malaysia