Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday 23 July 2009

Chegu Mohd Yunus bin Shamsuddin

Chegu Haji Mohd Yunus bin Shamsuddin, JP, AMN, bekas Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Kangsar, meninggal dunia di rumahnya di Kg Padang Asam, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak, pada jam 12.30 thari, Selasa, 21/07/2009. Beliau meninggalkan seorang balu dan 8 orang anak (7 darinya hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama yang telah meninggal dunia pada tahun 1986).

Chegu Mohd Yunus bin Shamsuddin, di lahirkan di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Ibu beliau, Hajah Khadijah bt Mat Saneh dan bapa beliau Shamsuddin bin ........ Beliau merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Kanda beliau Mohd Saaid bin Shamsuddin meninggal dunia pada tahun () dan adinda beliau Hajah Fatimah binti Shamsuddin masih hidup dan menetap di Petaling Jaya.

Sewaktu hidupnya,

chegu Yunus yang mesra dengan panggilan Abah di kalangan semua anak saudaranya merupakan seorang yang ceria dan sentiasa riang. Raut wajahnya yang tak dimakan usia walaupun berumur 60tahun menggambarkan keceriaan beliau yang suka bergurau dan tidak suka bergaduh.

Ramai yang tidak mengetahui satu perkara tentang abah iaitu kebolehan beliau bersilat. Beliau merupakan seorang pendekar silat Lintau yang di ajar di kampung2 sekitar Kuala Kangsar, Padang Asam dan Padang Rengas. Beliau merupakan generasi ketiga setelah Pendekar Talib, Kulop Mat Aleh dan Tok Ki Baharom.

Abah, jasamu dikenang, nyanyian mu kini menjadi nyanyian ku...
langkahmu pergi menyahut panggilan ilahi tanpa ku disisi
aku rindu padamu

alfatihah