Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday 16 October 2012

Kenapa Kita Jadi Begini?

Apa dah jadi pada bangsaku ini. Hari-hari tiada cerita lain yang keluar didada akhbar. Kes buang bayi, dadah, rempit, murtad, sengketa politik sesama Melayu beragama Islam, rompakan, ragut, bunuh dan segala yang negatif semuanya berlaku dan dilakukan oleh anak bangsa kita sendiri?  
APAKAH DOSA KITA?

Mungkinkah kita berdosa pada Allah sehingga bala ini melanda bangsa kita. Bala yang tidak kita sedari sedang melanda bangsa ini ditanah pusaka warisan nenek moyang kita? Apakah salah dan dosa kita sehingga kita ditimpa malapetaka yang begini rupa?

Mungkinkah  kerana kita lupa asal usul bangsa kita sehingga dunia kita diterbalikkan sebegini rupa? Mungkinkah ini semua berlaku kerana kealpaan kita daripada menjaga nilai adat dan budaya kita? Apakah kita tahu dan reti adat dan budaya kita?

Atau Mungkinkah semua ini berlaku kerana kita telah melanggar adat dan budaya kita sendiri. Perhatikanlah dan renungilah... apakah kita sekarang menerima tulah daripada perjanjian Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba.

"Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak'

Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun..

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun'

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah'

Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu'

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.

Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;

Jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa.
Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya"
 Sekadar renungan. Sila komen.

No comments:

Post a Comment