Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Friday, 27 April 2012

Hati-hati dengan propaganda..

Musim Pilihanraya sudah tiba... Gendang perang sudah berbunyi. Apakah PRU kali ini akan menjadi bertambah kotor seperti kata BERSIH 3.0 atau sebaliknya? Apapun, api perkauman sudah mula kedengaran dan ianya dapat dibaca di blog pro-kerajaan. 1 Malaysia menjadi slogan yang mati kerananya...
Kepada para pendekar di seluruh negara, tidak kira dari Pertubuhan/Persatuan Silat mana pun saya merasakan masa ini adalah masa dimana kita seharusnya mengambil sikap berdiri tegak diatas kebenaran dan berdiri tanpa gerak. Ini kerana api perkauman dan permusuhan kaum sudah mula dimainkan oleh para bloggers yang memungkinkan apa sahaja berlaku nanti.

Disebelah pihak saya melihat ada suara sumbang yang menghina orang Cina dan India (terutama Cina) dan suara2 tersebut mengulang-ulang peristiwa berdarah 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969. Suasana ini amat tidak sihat dan sebagai Pendekar yang tugasnya menegakkan kalimah Allah dibumi Allah ini saya harap, para pendekar semua tidak melibatkan diri dengan isu2 seperti ini.

Pendekar merupakan Parit Pagar Dalam Negeri, pembela Agama, pejuang Bangsa dan Penegak Kebenaran. Pendekar TIDAK BOLEH melibatkan diri dalam isu yang mendatangkan ketidakstabilan negara ini. Sekiranya Pendekar mengambil sikap yang boleh menambah kacau bilau dalam negara ini (sepertimana insiden sebelum Bersih 2.0 dilancarkan dimana sebuah pertubuhan silat memberi ancaman akan turun) maka maruah Pendekar akan tercemar.

Jangan dengar khabar angin yang bakal disebarkan oleh pihak tertentu dan jangan bersekongkol dengan pengadu domba politik. Ianya tidak akan menguntungkan Silat dan para pendekar dalam jangka panjang malah akan menambah kekusutan yang sedia ada.

Masanya hampir tiba untuk setiap rakyat Malaysia membuat pilihan. Pilihlah dengan bijak.

Selamat...

No comments:

Post a Comment