Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday, 4 July 2011

Apa keputusannya? (bhgn 1)

Pada 27hb Jun 2011 saya telah ke Padang kemudian terus ke Lintau



Dalam perjalanan ke Lintau kami singgah di Batusangkar kerana Ketua Dinas Pariwisata, En. Alfian Jamrah menunggu kedatangan rombongan. 

Dari kiri: Alfian Jamrah, Isteri saya, Saya, Uwa Djelly, Abdullah Puteh dan Dodoy Capellen.
Di sini lah saya bertemu dengan Dodoy Capellen buat pertama kalinya, sungguh gembira hati saya dapat berjumpa dengan beliau. Beliau merupakan tenaga utama dalam memastikan acara Menapak Tilas Silek Lintau ini berjaya.... 




Dr. Kamal Shah bersama Bpk. Alfian Jamrah, Ketua Dinas Pariwisata Batusangkar.

 Kami di jamu dengan Lamang Tapai, makanan tradisional Minangkabau...




Selepas itu kami terus ke Lintau, di Balai Tangah, kerumah Uwa Djelly Chaniago. Saya dan isteri serta Abdullah Puteh (yang mewakili PSSLM) menginap disitu. 

Selepas mandi dan makan malam kami berbual dan oleh kerana keletihan saya tidur.

.....bersambung

5 comments: