Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday 25 October 2012

Festival Silat Nusantara Kelantan

Satu Festival Seni Silat Nusantara Kelantan akan diadakan di Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan pada 06hb Disember 2012 ini.


Festival Silat Kelantan yang akan diadakan itu akan menampilkan persembahan Silat daripada 10 pertubuhan yang merupakan ahli Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara Kelantan (WARIS).

WARIS di anggotai oleh Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan (PERSILEK), Pertubuhan Silat Seni Gayungman Segerak Kelantan (PSSGSK), Pertubuhan Silat Seni Gayong Tiga Kalimah (PSSGTK), Pertubuhan Silat Seni Gayong Warisan Serantau Malaysia Caw. Kelantan (PSSGWSM), Pertubuhan Seni Silat Teralak Tunggal Kelantan (PSSTTK), Pertubuhan Seni Silat Sekebun Kelantan (PSSSK), Pertubuhan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia Caw. Neg. Kelantan (PSSGMM), Pertubuhan Seni Silat Gayungman Gerakan Satu Kelantan (PSSGGSK), Pertubuhan Seni Silat Warisan Tengku Ngah Kelantan (PSSWTNK) dan Pertubuhan Seni Silat Pesan Sakti Kelantan (PSSPSK).


Sejarah WARIS

9 dari 10 ahli WARIS
Idea asal untuk menubuhkan satu gabungan Silat timbul hasil perbincangan antara Presiden Pertubuhan Seni Silat Lintau Pasir Puteh, Kelantan (PERSILEK) dengan Setiausaha Pertubuhan Silat Seni Gayungman Segerak Kelantan (PSSGSK). Ini adalah kerana banyak permohonan dari pertubuhan-pertubuhan Silat sebelum ini untuk menyertai PESAKA Kelantan tidak dilayan oleh mereka. PSSGSK contohnya telah membuat permohonan bertulis kepada Setiausaha PESAKA Kelantan pada 26hb Februari 2004 namun tidak mendapat jawapan.

Perjumpaan pertama dengan beberapa pertubuhan Silat telah diadakan dirumah Setiausaha PSSGSK pada 18/08/2006 di diikuti dengan perjumpaan kedua pada 28/08/2006 di tempat yang sama.

Berbagai usaha telah dilakukan selepas perjumpaan tersebut, antaranya ialah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha PESAKA Kelantan yang telah diadakan oleh Presiden Pertubuhan Seni Silat Lintau Pasir Puteh, Kelantan (PERSILEK) bersama Setiausaha Pertubuhan Silat Seni Gayungman Segerak Kelantan (PSSGSK) pada 05/09/2006.

Hasil pertemuan tersebut, Setiausaha PESAKA meminta semua pertubuhan yang belum menjadi ahli PESAKA Kelantan supaya menghantar permohonan rasmi kepada beliau. Akhirnya permohonan daripada sepuluh pertubuhan Silat yang kini mengganggotai WARIS telah dihantar 'by hand' kepada Setiausaha PESAKA Kelantan pada 30/11/2006. Hingga kini (25 Oktober 2012) PESAKA Kelantan masih belum memberikan jawapannya.

Salinan permohonan tersebut juga telah dihantar kepada:

1. Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan (YB Amran bin Mat Nor)
2. Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan (En. Ismail bin Yusof)
3. Pengerusi PESAKA Kelantan (Dato' Haji Hassan bin Ismail)
4. Setiausaha Agung PESAKA Kebangsaan (Tn. Hj. Megat Zulkarnain b. Dato' Hj. Omardin)

Hasil daripada itu, satu pertemuan telah diadakan oleh Setiausaha Pertubuhan Silat Seni Gayungman Segerak Kelantan (PSSGSK) dengan Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan En. Ismail bin Yusof di pejabat beliau. Hasil dari itu, satu mesyuarat telah dipanggil untuk membincangkan hala tuju dan masa depan silat yang membabitkan sepuluh pertubuhan tersebut.

Setelah sekian lama menunggu 'buah tak jatuh' daripada PESAKA Kelantan, maka pada 28 Disember 2008, satu permohonan untuk menubuhkan badan gabungan yang baharu telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan. 

Akhirnya, pada 09 Februari 2011 PERTUBUHAN GABUNGAN SENI SILAT WARISAN NUSANTARA KELANTAN atau nama ringkasnya WARIS diluluskan penubuhannya. Maka lahirlah WARIS sebagai penyambung lidah semua guru-guru silat yang bernaung dibawahnya. 

2 comments:

  1. SEDIH. TAK HABIS-HABIS SAMPAI SEKARANG ORANG-ORANG SILAT (PESILAT MELAYU) SUKAR DISATUKAN AKIBAT TERLALU SUKA MENGILAT.--- TUAN ISMAIL TUAN SOH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan orang yang mengaku dirinya pesilat dan pendekar sebenarnya telah lari dari dasar Islam. Mereka lebih mengutamakan semangat Kebangsaan Melayu Malaysia tanpa menyedari bahawa kebanyakan Silat ini berasal dari Indonesia dan Nusantara. Ramai yang terlalu bangga dengan BANGSA menyebabkan mereka lupa bahawa sebagai Muslim, mereka mesti menghilangkan RASA BANGGA itu terlebih dahulu.

      Delete