Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Saturday, 20 February 2016

LANGKAH DITEMUI...

Pernah seseorang memberitahu saya bahawa mungkin langkah Silat Lintau Pandeka Talib sudah tiada di Lintau. Saya tidak berputus asa dalam pencarian. Saya tetap mencari dan mencari dan akhirnya...

Langkah Silat Lintau yang diajarkan oleh Pandeka Talib di Padang Rengas masih ada dan masih diajarkan oleh beberapa orang guru disana. 

Pada 5hb Jun, 2015, saya dan isteri telah berangkat ke Buo, Lintau dimana acara Mamancang Gelanggang Silat Lintau Rajo Adat Buo telah diadakan pada 6 Jun 2015. Kami disambut oleh Bpk Ricky Shahrul dan keluarga Rajo Adat di Buo yang merupakan Ahli Waris Yang Dipertuan Bakumih, Daulat Yang DiPertuan Sulthan Abdul Jalil Muning Shah, Rajo Adat Di Buo dan kaum kerabat semuanya. 

Acara disambut dengan meriah dari pagi sampai malam. 

Saya kembali ke Balai Tangah dimana saya dan isteri menginap, dan bersungut mengenai Langkah yang dicari... apakah telah hilang atau apakah masih ada... saya dan dunsanak di Balai Tangah berbincang sehingga akhirnya... seorang dari mereka mencadangkan supaya dipanggil seorang Tuo Silek Lintau ke gelanggang untuk menilai dan memberikan jawapan.

pada 8 Jun 2015 Tuo Silek tersebut telah dibawa ke Balai Tangah dan saya bersoal jawab dengannya, menunjukkan langkah2 yang saya pernah pelajari dahulu dan bersilat dengannya. Bila ditunjukkan langkah empat kepadanya... setiap kali selesai... beliau mengesahkan langkah saya sama dengan yang beliau ada. 

Selesai menunjukkan langkah, kami bermain dan ternyata langkah Silat Lintau yang dibawa Pandeka Talib ke Padang Rengas dahulu, masih ada dan diamalkan di negeri asalnya. 

Alhamdulillah, usaha untuk menegakkan kebenaran Silat Lintau selesai sudah setelah berulang alik ke Lintau sejak dari tahun 2011 hingga 2015. Tiada lagi keraguan tentang yang mana satu Silat Lintau.  
Silat Lintau yang tulen ada di sini.

Sekian dan terima kasih.

** Nama tempat dan Tuo Silek/Mamak tidak disiarkan kerana sebab2 tertentu.

No comments:

Post a Comment