Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday, 3 March 2016

Setelah Disahkan

Setelah mendapat pengesahan dari Tuo Silek/Mamak di Lintau maka saya mula mengatur langkah untuk menyusun semula kelas di gelanggang.

Gelanggang dah ada, pengesahan dah dapat, maka dengan itu boleh lah saya meneruskan usaha untuk melebarluaskan ilmu Silat Lintau yang diwarisinya ini kepada anak murid yang setia.

Sebelum ini, saya memang banyak berahsia. Banyak menyimpan gerak langkah Silat Lintau ini dan tidak berani mengajarkan kepada murid2 kerana saya khuatir... khuatir kalau ilmu ini digunakan dengan sewenang2nya untuk bergaduh sana sini.

Anak murid perlu dididik supaya patuh kepada ajaran Islam dan menjadi manusia yang mulia disisi Allah dan pandangan orang ramai. Saya tidak mahu anak murid saya menjadi samseng atau bersikap ganas hanya kerana memiliki ilmu Silat Lintau. Bukan itu tujuan dan matlamat saya mengajar sejak dari awal lagi.

Kita bersilat bukan untuk jadi samseng. Kita bersilat bukan untuk jadi orang jahat. Kita bersilat bukan untuk pukul orang tak tentu pasal. Kita bersilat bukan untuk menunjuk siapa kuat dan sebagainya.

Kita bersilat kerana kita nak dekatkan diri kepada Allah. Kita bersilat kerana kita nak cari dan dapat syafa'at Rasulullah S.A.W. Kita bersilat untuk mencari kawan yang ramai didunia dan bersilaturahim sesama manusia.

Kita bersilat kerana Silat boleh menjadikan kita berdisiplin dan mempunyai hemah yang tinggi. Itu tujuan kita bersilat. Di PERSILEK, anak didik diajar merendah diri. Khusyu' dan tawadhu' adalah dua diantara banyak kriteria yang mesti ada pada seseorang yang bersilat.

Anak murid datang dari berbagai latar belakang. Kita bentuk dia dari seorang yang mudah marah dan pukul orang kepada seorang yang sabar dan berhemah.

Itulah yang sepatutnya dan itulah yang akan membezakan kami dengan orang lain. Kalau guru kencing berdiri maka murid akan kencing berlari... berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi... pepatah petitih Melayu itu kami jadikan pedoman dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang disegani, bukan orang yang digeruni.

Itulah intipati dari Silat yang diajarkan kepada murid. Semoga semua mereka menjadi hamba Allah yang ta'at kepada perintahNYA dan Rasulullah S.A.W. Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat pada orang lain.

Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..ade x silat ini diajarkan di negeri sembilan..sye org seremban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ini Silat Lintau yang saya ajar hanya ada di Pasir Puteh, Kelantan sahaja. Terima Kasih.

      Delete