Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday 11 February 2016

Bila Guru Kencing Berdiri...

Pepatah Melayu ada menyebut 'Bapa kencing berdiri Anak kencing berlari' Adakah ini bermakna bila seorang bapa kecing berdiri maka anak-anaknya akan kecing berlari secara fizikal. Pasti tidak, maksud pepatah ini lebih besar daripada itu. Bagi saya maksud pepatah ini apa juga perbuatan jahat yang dilakukan oleh seorang bapa atau ibu samada dilihat atau tidak oleh anak-anaknya pasti akan dilakukan kembali oleh anaknya. Lebih malang anak-anaknya akan melakukan lebih teruk daripada apa yang telah dilakukan oleh bapa atau ibunya.

Begitu juga dengan guru yang mana guru adalah pengganti ibubapa semasa ibubapa bekerja. Anak2 berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 2.00 petang setiap hari. Banyaknya masa dihabiskan disekolah, tak termasuk kelas2 tambahan dan lain-lain aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.

Secara sedar atau tidak anak-anak sentiasa menjadikan guru dan ibubapa sebagai model. Ibubapa dan guru tidak hanya boleh memerintah anaknya solat berjemaah di masjid sedangkan kita solat di rumah atau langsung tidak solat.

Arti dari peribahasa Guru kencing berdiri, murid kencing berlari adalah Murid yang mengikuti perbuatan tidak baik yang dilakukan oleh gurunya. Peribahasa Guru kencing berdiri, murid kencing berlari dapat anda gunakan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam bentuk lisan maupun tulisan sebagai suatu perumpamaan yang mempunyai arti Murid yang mengikuti perbuatan tidak baik yang dilakukan oleh gurunya.

Sebelum saya lanjutkan penulisan marilah sama2 kita merenung puisi dibawah ini serta mengambil iktibar darinya.

Children Learn What They Live
By:  Dorothy Law Nolte
 If a child lives with criticism, He learns to condemn.
If a child lives with hostility, He learns to fight.
If a child lives with ridicule, He learns to be shy.
If a child lives with shame, He learns to feel guilty.
If a child lives with tolerance, He learns to be patient.
If a child lives with encouragement, He learns to be confident.
If a child lives with praise, He learns to appreciate.
If a child lives with fairness, He learns justice.
If a child lives with security, He learns to have faith.
If a child lives with approval, He learns himself.
If a child lives with acceptance and friendship,
He learns to find love in the world.

Guru biasanya dihormati oleh masyarakat tetapi Guru juga akan diberi penilaian yang negatif apabila didapati ianya tidak menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sepertimana yang sepatutnya. Jangan fikir bahawa anda kebal kerana title guru sekolah anda itu. Samada anda guru sekolah, Penolong Kanan, Pengetua atau apa saja, anda tetap manusia yang bekerja makan gaji. Dan gaji anda itu datangnya dari cukai yang dibayar rakyat jelata.

Kalau guru tidak menjalankan tugas dengan baik dan penuh integriti serta menyebabkan terluka hati dan perasaan orang ramai, maka nantilah saatnya 'hukum karma' kembali kepada anda. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang kita semua lakukan. Berwaspadalah kerana... bila guru kencing berdiri ...

Guru kencing berdiri, murid kencing berlari:
  1. Murid biasanya bulat-bulat mencontoh gurunya, maka guru sebaiknya jangan memberikan contoh yang buruk.
  2. Menjadi tokoh panutan di masyarakat/pejabat negeri hendaknya jangan sampai memberi contoh yang buruk.
  3. Jika seorang pemimpin berbuat buruk, maka pengikut-pengikutnya akan berbuat lebih buruk daripada yang dilakukan oleh pemimpin tersebut.
Kepada guru-guru diluar sana ingatlah pesan orang tua-tua...  

Orang darat menunggang kuda,
     Kuda ditunggang laju sekali;
Buat baik berpada-pada,
     Buat jahat jangan sekali.


No comments:

Post a Comment