Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Saturday, 13 July 2013

Ancaman Keatas Islam



Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Apakah ‘locus standi’ kenyataan ini disisi undang-undang? Adakah ia bermakna bahawa ‘agama’ lain tidak diiktiraf dinegara ini? Ungkapan ‘agama rasmi’ perlu diberi pentafsiran yang lebih jelas supaya kedudukan Islam dan umatnya dinegara ini terjamin baik dari segi undang-undang mahupun dari segi kedaulatannya.


Kedudukan Raja Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam dinegara ini juga perlu diperjelaskan lagi dan Raja-Raja Melayu diberi kuasa yang lebih luas untuk memelihara kedaulatan agama Islam dalam konteks yang lebih luas supaya kedaulatan Islam serta umatnya tetap terpelihara sesuai dengan firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah ialah Islam”.

Negara ini pernah dikejutkan dengan usaha penubuhan sebuah badan antar agama yang dilihat sebagai usaha golongan kuffar (terutamanya Kristian dan Yahudi) yang bertujuan untuk melemahkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, sekaligus menafikan hak umat Islam terutama dalam hal penukaran agama. Usaha ini disokong oleh kerajaan Amerika Syarikat melalui badan tertentu yang sentiasa berusaha agar Malaysia menerima keputusan untuk membenarkan Umat Islam keluar dari agama suci ini.

Kerajaan harus tegas dalam hal ini. Sekiranya kerajaan tidak mengambil sikap bertegas dalam menjaga kedaulatan Islam di negara ini maka ianya akan mengundang bala dari Allah sepertimana yang ditimpakan keatas negara lain didunia.

Apabila amaran Allah tidak diendahkan maka nantikanlah kedatangan bala. Antara bala yang akan menimpa umat ini ialah bahawa Allah akan menggantikan umat ini dengan umat lain dan negara ini akan sekali lagi jatuh ketangan penjajah yang akan menghapuskan kedaulatan dalam negara ini. Umat Islam di Malaysia akan dijadikan rakyat kelas kedua sepertimana yang berlaku kepada Umat Islam di Palestin. Keamanan yang kita nikmati selama ini akan hilang selama-lamanya dan umat Islam akan hidup menderita selama-lamanya seperti yang berlaku di Palestin sejak penubuhan kerajaan haram Israel.

Persilek sekali lagi ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah agama ciptaan Nabi Muhammad SAW tetapi ianya merupakan kesinambungan daripada ajaran yang dibawa oleh Nabi Daud, Nabi Musa dan Nabi Isa alaihissolatu wassalam dan merupakan ‘the final word of God’ kepada umat manusia seluruhnya. Islam adalah agama Tauhid yang mentauhidkan Allah. Sesungguhnya Allah tidak mempunyai anak dan tidak diperanakkan.

Persilek juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba untuk menggugat kedaulatan Islam dinegara ini supaya berhati-hati. Jika ada pihak yang tidak senang dengan Islam, silakan keluar dari negara ini. Persilek menggesa kerajaan supaya melucutkan kewarganegaraan mereka sebagai amaran kepada orang lain supaya tidak lagi mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Tutup mulut atau hadapi tentangan para pendekar!

Allahu Akbar! 

No comments:

Post a Comment