Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday, 31 December 2013

2013 RECAP



2013 meninggalkan banyak kenangan pahit manis mengajar Silat Lintau di empat buah sekolah dengan jumlah pelajar seramai 176 orang yang aktif. Antara kenangan manis ialah persembahan Silat Lintau di hadapan menteri dalam negeri Dato Seri Zahid Hamidi di UTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Disember 2013 yang lalu.


1.      Idea untuk mengadakan KARNIVAL SILAT NUSANTARA mula dicetuskan oleh Pengerusi WARIS, Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati. Proposal Silat Lintau dan WARIS untuk mengadakan KARNIVAL SILAT NUSANTARA diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Kelantan bersetuju mengadakan Karnival tersebut sebagai acara tahunan Kerajaan Negeri. Karnival akan di adakan pada 4-6 April 2014 bertempat di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

2.      Festival Silat Kelantan kali kedua berjaya diadakan dengan lebih meriah lagi. T-Shirt Festival yang ditempah untuk dijual sebanyak 200 helai habis dijual semuanya. Kejayaan mengundang Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato Nik Amar untuk perasmian, kehadiran YB EXCO Kebudayaan Kelantan Mejar Nizam dan penyertaan seramai lebih 200 orang dari semua 10 pertubuhan yang bergabung dalam WARIS amat membanggakan.

3.      Persembahan Seni Silat Lintau di majlis jamuan yang diadakan di Tok Bali dan dihadiri oleh YB Dato Nik Amar selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru pada bulan Mei.

4.      Persembahan Seni Silat Lintau menyambut ketibaan Menteri Besar Kelantan yang baru di Kg Nering, Saring, Pasir Puteh Kelantan pada bulan Jun

5.      Persembahan Silat di Kolej Komuniti sempena konvo Kolej.

6.      Perkhemahan Perdana Silat Lintau di kem JPA3, Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan.
Semoga 2014 membawa peluang yang lebih banyak dan lebih baik kepada PERSILEK.

No comments:

Post a Comment