Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday 2 January 2012

2012

Assalamu alaikum wm wb., apa kabar semua? Lama jugak tak menulis di blog ini. Kesibukan membuat banyak persiapan terutama menyiapkan studio rakaman untuk video dan fotografi.

Bermacam2 peristiwa berlaku di tahun Masehi 2011 yang lalu. Kisah suka, duka dan bermacam lagi kisah yang berlaku semuanya adalah asam garam kehidupan kita sebagai manusia. Yang manis kita bawa bersama kita, yang pahit kita tinggalkan ia ditahun 2011.

2012 ini, PERSILEK membuka tirai dengan menambah satu lagi gelanggang di Pasir Puteh ini iaitu di SMK Jeram. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Pada tahun ini juga, kita akan mula mengadakan beberapa siri kursus dan seminar, pertandingan peringkat sekolah, dan negeri yang akan kita anjurkan sendiri. Tiada lagi Silat Olahraga atau Silat Seni. Yang ada hanyalah Silat Lintau dalam bentuknya yang tersendiri.

Selain itu, kita akan mula mengembangkan budaya Minangkabau sedikit demi sedikit bermula dengan Talempong dan tarian tradisional Minangkabau.

Antara perancangan tahun 2012 ini adalah seperti berikut:

  1. Kursus Gerak dan Langkah Silat Lintau Tahap 1&2 di Kluang, Johor.
  2. Seminar
  3. Pertandingan peringkat gelanggang
  4. Pertandingan antara sekolah
  5. Persembahan Budaya Minangkabau dan Silat Lintau
  6. Mini Festival Silat Lintau 
Semua perancangan yang disebut diatas tertakluk kepada kelulusan pihak yang berwajib.


Akhirul kalam, saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua pelajar Silat Lintau dimana saja anda berada.

Musuh tidak dicari, jumpa musuh pantang mengelakkan

No comments:

Post a Comment